24/06/2026
[ TIRAI DILABUHKAN DENGAN JAYANYA: TERIMA KASIH SELURUH WARGA INDUSTRI & BARISAN AJK MALAR SEGAR! ] ๐๐
Alhamdulillah, tirai Simposium Keselamatan Makanan 2026 sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia peringkat Negeri Pulau Pinang telah dilabuhkan secara rasmi semalam di Pelangi Ballroom, Shangri-La Rasa Sayang!
Satu hari yang penuh dengan perkongsian ilmu berimpak tinggi, perbincangan interaktif, dan jaringan profesional yang sangat luar biasa daripada lebih 100 pengurus QA/QC, eksekutif R&D, pengilang makanan, agensi kerajaan, dan ahli akademik yang hadir.
๐ Sekalung Penghargaan Kepada Para Peserta & Rakan Industri
Terima kasih kami ucapkan atas sokongan tidak berbelah bahagi dan kehadiran penuh komitmen daripada pihak Tuan/Puan. Kesediaan anda untuk meluangkan masa demi memahami peralihan standard baharu (MS 1480:2025) dan memperkasa sistem kawalan kualiti di organisasi masing-masing adalah bukti bahawa industri makanan kita sedang menuju ke arah ekosistem yang lebih selamat dan kompeten. Anda semua adalah nadi sebenar kepada kejayaan simposium ini!
๐ค Terima Kasih Rakan Strategik & Penaja
Setinggi-tinggi penghargaan buat Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia (MAFSA), Hotel Shangri-La Rasa Sayang Pulau Pinang, serta seluruh rakan kolaborasi korporat dan pameran yang memberi sokongan penuh daripada segi kepakaran, tajaan, serta kemudahan bagi menjayakan agenda tahunan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pempamer yang hadir bagi memeriahkan acara. Terima kasih kepada Metcal Technologies (M) Sdn Bhd, Aimpest Management (Penang) Sdn Bhd dan MyCO2 (PG) Sdn Bhd.
๐ฅ Tabik Hormat & Terima Kasih Barisan Urus Setia & AJK! ๐โค๏ธ
Kejayaan penganjuran yang lancar dan sistematik semalam tidak akan berlaku tanpa komitmen jitu barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) dan Urus Setia dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN Pulau Pinang serta seluruh Pegawai Teknologi Makanan dari setiap daerah di Pulau Pinang.
Semoga segala ilmu, solusi teknikal, dan rangkaian profesional yang dibina semalam dapat diterjemahkan kepada tindakan praktikal di premis masing-masing bagi merealisasikan tema "From Burden to Solutions - Safe Food Everywhere".
Sehingga kita berjumpa lagi di acara yang akan datang!
Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama ๐ฌ๐