13/05/2026
Warga unit TLDM di Pulau Pinang amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman sempena lawatan beliau ke beberapa kem dan unit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Pulau Pinang, termasuk Rejimen 509 Askar Wataniah, Markas Stesen Staf Pulau Pinang serta Resident Naval Officer (RNO) Pulau Pinang sendiri.
Lawatan ini memberi peluang kepada warga RNO Penang untuk berinteraksi secara lebih dekat bersama kepimpinan tertinggi angkatan, di samping meninjau keadaan semasa anggota, fasiliti serta tahap kesiapsiagaan unit.
Semoga Angkatan Tentera Malaysia terus kekal sebagai sebuah angkatan yang diyakini rakyat serta sentiasa bersedia mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air.