17/05/2026
*MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN PERSIAP MALAYSIA KALI KE-37*
KAJANG, 16 MEI 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERSIAP Malaysia Kali Ke-37 anjuran PERSIAP Malaysia dengan kolaborasi bersama PERSIAP Cawangan PPN Johor Bharu bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Perasmian mesyuarat disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia merangkap Penaung PERSIAP Malaysia, diiringi oleh YBhg.Datin Sri Hajah Rosnani Binti Mohamed, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia.
Turut hadir, YBrs. TKJP Hafidz bin Othman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) bersama YBrs. Puan Fifiyanty binti Abd Manan, Naib Yang Dipertua I, YBrs. TKJP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) bersama YBrs. Puan Norhasliza binti Shaari, Naib Yang Dipertua II, YBrs. TKJP Zaidi bin Hamid, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) bersama YBrs. Puan Naimah binti Yaacob, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri, Pengarah-pengarah Institusi Penjara Zon Tengah serta para perwakilan dari seluruh negara
Yang Berbahagia KJP Dato’ Sri Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak dalam ucapan perasmian menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan atas komitmen ahli-ahli PERSIAP Malaysia dalam menjayakan program dan aktiviti disamping menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri. Beliau menyeru agar seluruh ahli PERSIAP terus mengekalkan semangat kesatuan, berilmu, profesionalisme dan nilai keprihatinan dalam melaksanakan amanah organisasi demi memastikan PERSIAP Malaysia terus relevan, progresif dan dihormati.
Majlis turut menyempurnakan beberapa pengiktirafan kepada ahli dan anak-anak seperti pengiktirafan kepada anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun 2025 iaitu SPM, STPM/STAM Ijazah Sarjana Muda tahun Akhir melalui SUMBANGAN SAGUHATI ANAK CEMERLANG melibatkan seramai 102 orang kepada Pengerusi Cawangan Negeri sebagai wakil.