Unit Integriti SUK Negeri Pulau Pinang

Unit Integriti SUK Negeri Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Integriti SUK Negeri Pulau Pinang, Government Organization, Paras 30, George Town.

Hari ini berlangsung Program Citra Integriti Siri I Tahun 2026 di mana dalam konteks Program ini, integriti bukan sekada...
08/04/2026

Hari ini berlangsung Program Citra Integriti Siri I Tahun 2026 di mana dalam konteks Program ini, integriti bukan sekadar memahami peraturan atau garis panduan, tetapi lebih kepada keupayaan setiap individu untuk membuat keputusan yang betul, beretika dan berlandaskan nilai murni β€” walaupun tanpa pengawasan, serta menekankan kepentingan penghayatan integriti sebagai asas utama dalam setiap tindakan dan tanggungjawab yang dipikul.

Ramai peserta yg berjaya menjawab kuiz πŸ’―, menerima duit rayaπŸ’Ά sebagai hadiah daripada YBhg. Dato'.

Penceramah Jemputan : YBhg. Dato' Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah, Jabatan Bantuan Guaman Negara, JPM

Turut hadir : Tuan Jeffrey Chew Gim Eam
Pengerusi, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

βœ’οΈTajuk Program : "Ikrar Hari Ini, Tanggungjawab Setiap Hari".

LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK (PUSPEN) BACHOK, KELANTAN SERTA PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL ...
27/09/2025

LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK (PUSPEN) BACHOK, KELANTAN SERTA PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) INTEGRITI TURUN PADANG SEMPENA SAMBUTAN HARI INTEGRITI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2025

BERTEMPAT : PUSPEN, BACHOK KELANTAN
PADA : 24 - 26 SEPTEMBER 2025

Berlangsungnya "Program Wacana Integriti Siri 2 Tahun 2025" di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Seberang Jaya...T...
31/07/2025

Berlangsungnya "Program Wacana Integriti Siri 2 Tahun 2025" di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Seberang Jaya...Terima kasih kepada semua yg hadir/yg support. Terima kasih xterhingga juga kepada team AADK Penang πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» kerana sedia membantu.

π’π„πŒπˆππ€π‘ πŠπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπ€π πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 π€ππ“πˆπ‘π€π’π”π€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP), dengan ...
02/07/2025

π’π„πŒπˆππ€π‘ πŠπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπ€π πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 π€ππ“πˆπ‘π€π’π”π€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP), dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Bekas Pegawai SPRM, telah menganjurkan Seminar Kelestarian Integriti dan Antirasuah Tahun 2025 yang berlangsung pada 23 Jun 2025 di Hotel Royale Chulan, Pulau Pinang.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Seminar ini turut menampilkan Forum Integriti & Antirasuah: Memerangi Rasuah dan Tatakelola Baik, yang disampaikan oleh dua panel berpengalaman, iaitu YBhg. Dato’ Seri Hj Mustafar bin Hj Ali, Mantan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), dan YBhg. Dato’ Hajjah Sutinah binti Sutan, Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan (SPRM), bersama moderator YBrs. Hj Ishak bin Abu Bakar, Mantan Pegawai Penyiasat Kanan SPRM.

Selain itu, turut berlangsung penyampaian hadiah Pertandingan Video Pendek bertemakan β€œKelestarian Integriti” anjuran PSUKPP, melibatkan penyertaan daripada 14 bahagian / unit PSUKPP. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.



Program Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Tahun 2025 Anjuran Unit Integriti, PSUKPP dan anjur...
22/05/2025

Program Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Tahun 2025 Anjuran Unit Integriti, PSUKPP dan anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Seberang Jaya pada 21-22 Mei 2025.. terima kasih semua yang turut serta dan menjayakan program pada kali ini..πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Gemersik takbir mengundang tiba,Syawal mulia menghulur sapa;Salam dipohon maaf dipinta,Mengerat hubungan sesama kita;Dik...
30/03/2025

Gemersik takbir mengundang tiba,
Syawal mulia menghulur sapa;
Salam dipohon maaf dipinta,
Mengerat hubungan sesama kita;

Dikesempatan ini, kami warga Unit Integriti PSUKPP mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI✨
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Ikuti Siaran Langsung Program Bicara Integriti Perkhidmatan Awam Siri 4 Tahun 2023 yang akan membicangkan tajuk 'Biar Ta...
10/11/2023

Ikuti Siaran Langsung Program Bicara Integriti Perkhidmatan Awam Siri 4 Tahun 2023 yang akan membicangkan tajuk 'Biar Tahu Jangan Keliru' pada jam 10.00 Pagi ini bersama penceramah jemputan.

Pengesahan kehadiran berkursus akan diberikan semasa program berlansung.

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM 1ST CLASS INTEGRITY SIRI 4 TAHUN 2023 ANJURAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG...
27/10/2023

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM 1ST CLASS INTEGRITY SIRI 4 TAHUN 2023 ANJURAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Penceramah Jemputan adalah Syamsul Amri Ismail Official.
Permohonan penyertaan pihak Tuan/ Puan ke program ini boleh dibuat melalui permohonan seperti berikut:


Warga Kerja Jabatan Negeri Pulau Pinang adalah melalui Sistem e-Pengurusan Latihan (ePL) : https://epl.penang.gov.my
Warga kerja Persekutuan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun Negeri : https://forms.gle/snoBNb6kcx6eypGJ9
Urus Setia
Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Lensa Pengukuhan Integriti 2023 ~ Program Tahsin Integriti  Siri 1 Tahun 2023Tajuk : Pekerjaan : Ibadah & Amanah Satu Pe...
20/10/2023

Lensa Pengukuhan Integriti 2023 ~ Program Tahsin Integriti Siri 1 Tahun 2023
Tajuk : Pekerjaan : Ibadah & Amanah Satu Penghayatan.
Tarikh : 10 Mac 2023
Tempat : Auditorium C, KOMTAR
Penceramah : YBhg. Tuan Syeikh Mohd Rasydan Bin A Rahman
Tahsin adalah berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud menambahbaik atau memantapkan. Program Tahsin Integriti membawa maksud suatu program pemantapan integriti kepada para peserta. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan, kesedaran dan bimbingan kepada para peserta mengenai kepentingan integriti dalam kehidupan seharian.

Peserta program juga dapat menjadikan program ini medium untuk pengisian dan penambahbaikan integriti melalui rohani, spiritual dan personaliti para peserta untuk menjadi insan yang berintegriti. Selain itu, program ini merupakan platform untuk mewujudkan pentadbiran awam yang cekap, berdisiplin dan berintegriti melalui perkongsian ilmu dan pengalaman daripada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam kesalahan rasuah.

Lensa Pengukuhan Integriti 2023 ~ Program Bicara Integriti Perkhidmatan Awam Siri 1 Tahun 2023Tajuk : Gangguan Seksual :...
20/10/2023

Lensa Pengukuhan Integriti 2023 ~ Program Bicara Integriti Perkhidmatan Awam Siri 1 Tahun 2023
Tajuk : Gangguan Seksual : Terganggu, Diganggu Atau Mengganggu?
Tarikh : 28 Februari 2023
Tempat : Auditorium A, KOMTAR
Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk memberi kesedaran dan membimbing para peserta yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan supaya memperbaiki, memperkemaskan dan memantapkan kemahiran dan ilmu asas dalam pengurusan pentadbiran awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Melalui program ini juga, para pegawai dapat didedahkan dengan maklumat terkini dasar dan pekeliling yang berkuatkuasa dalam pelaksanaan pengurusan pentadbiran Kerajaan. Program ini merupakan platform untuk mewujudkan pentadbiran awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang tinggi melalui pembudayaan dan amalan kerja yang cekap dan beretika.

[CAKNA PEMATUHAN-2 HARI LAGI] PSUKPP KE ARAH PENSIJILAN - ISO 37301:2021 SISTEM PENGURUSAN PEMATUHAN TAHUN 2023.DASAR PE...
10/07/2023

[CAKNA PEMATUHAN-2 HARI LAGI] PSUKPP KE ARAH PENSIJILAN - ISO 37301:2021 SISTEM PENGURUSAN PEMATUHAN TAHUN 2023.
DASAR PEMATUHAN Pejabat SUK Pulau Pinang YANG PERLU DIFAHAMI, DIPATUHI DAN DIAMALKAN.

Address

Paras 30
George Town
10503

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Integriti SUK Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Integriti SUK Negeri Pulau Pinang:

Share