Jabatan Hal Ehwal kesatuan Sekerja Pulau Pinang, Kedah & Perlis

Jabatan Hal Ehwal kesatuan Sekerja  Pulau Pinang, Kedah & Perlis Aras 12, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

29/07/2026

SELAMAT DATANG TUAN KETUA PENGARAH JHEKS

Seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Tuan Haji Bashah bin Bachik, Ketua Pengarah JHEKS yang memulakan tugas secara rasmi pada hari ini.

Semoga kehadiran dan kepimpinan Tuan Haji Bashah akan terus memperkukuh kecemerlangan JHEKS dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan berimpak kepada seluruh pemegang taruh.

Selamat menjalankan amanah dan semoga JHEKS terus melakar kejayaan di bawah kepimpinan baharu.

๐ŸŒŸTAHNIAH & TERIMA KASIH๐ŸŒŸJHEKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hafizah Nabilah...
29/07/2026

๐ŸŒŸTAHNIAH & TERIMA KASIH๐ŸŒŸ

JHEKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hafizah Nabilah binti Mohd Idris atas segala sumbangan, komitmen dan jasa bakti sepanjang menerajui JHEKS Melaka & Negeri Sembilan dari 27 Mac 2023 hingga 28 Julai 2026.

Dedikasi, kepimpinan serta komitmen Puan Hafizah dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga JHEKS.

Pada masa yang sama, seluruh warga JHEKS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Puan Hafizah sebagai Pengarah JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan yang berkuat kuasa pada 29 Julai 2026.

Semoga terus cemerlang menggalas amanah baharu dan dikurniakan kejayaan serta kecemerlangan dalam memacu JHEKS dan memperkukuh perhubungan perusahaan negara.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya!

๐Ÿ“ข ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—๐—›๐—˜๐—ž๐—ฆ๐Ÿ“ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ถ๐—ป ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต!Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerj...
16/07/2026

๐Ÿ“ข ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—๐—›๐—˜๐—ž๐—ฆ

๐Ÿ“ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ถ๐—ป ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต!

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang menjalankan Kajian Cadangan Reformasi Undang-Undang bagi:
โœ… Cadangan Pindaan Fi Jadual II Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262]; dan
โœ… Cadangan Reformasi Undang-Undang melibatkan Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262] serta Peraturan-Peraturan di bawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan daripada pegawai, kesatuan sekerja, majikan, pekerja dan orang awam bagi memastikan cadangan yang dikemukakan lebih komprehensif, praktikal dan selaras dengan keperluan semasa.

๐Ÿ“… Tempoh Kajian: 24 Jun 2026 hingga 31 Julai 2026
๐Ÿ“ฑ Imbas kod QR pada poster atau klik pautan soal selidik untuk mengemukakan pandangan dan cadangan anda.
๐Ÿ’ฌ Setiap pandangan yang dikongsikan amat bermakna dalam usaha memperkukuh sistem perundangan buruh dan pengurusan kesatuan sekerja di Malaysia.

Bersama Memperkasa Perundangan Buruh untuk Masa Depan yang Lebih Inklusif dan Progresif.

๐Ÿ“Œ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐’๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“Œ๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 25 Jun 2026 (Khamis)๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari๐Ÿ“ Tem...
25/06/2026

๐Ÿ“Œ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐’๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“Œ

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 25 Jun 2026 (Khamis)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Ixora Hotel Penang

๐Ÿ‘ฅAlhamdulillah, Bengkel Bimbingan Kesatuan Sekerja Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan seramai 40 orang wakil kesatuan sekerja dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

๐ŸขProgram ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan pengurusan Mesyuarat Agung, pemilihan pegawai serta perkara-perkara penting dalam pentadbiran kesatuan sekerja. Sesi perkongsian dan soal jawab yang diadakan turut memberi peluang kepada peserta untuk menambah pengetahuan serta bertukar pandangan.

๐Ÿ’Terima kasih diucapkan kepada semua peserta, penceramah dan urus setia atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

โœจ Bersama Memperkasa Kesatuan, Meningkatkan Kesejahteraan Pekerja.โœจ

Tahniah diucapkan kepada Datin A. Thanavalli Arnasalam atas pelantikan sebagai Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Seke...
13/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Datin A. Thanavalli Arnasalam atas pelantikan sebagai Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Pulau Pinang, Kedah & Perlis berkuat kuasa 4 Mei 2026. Semoga terus cemerlang dalam memacu kecemerlangan, integriti dan kesejahteraan pekerja

05/05/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN CUTI UMUM 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kerajaan telah menetapkan tarikh cuti umum seperti berikut:

๐Ÿ“… 31 Mei 2026 (Ahad) โ€“ Hari Wesak
๐Ÿ“… 1 Jun 2026 (Isnin) โ€“ Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (cuti wajib berbayar & tidak boleh diganti)

๐Ÿ“Œ Perhatian:
โœ”๏ธ Jika Hari Wesak jatuh pada hari rehat (Ahad), maka 2 Jun 2026 (Selasa) adalah cuti gantian
โœ”๏ธ Hari Keputeraan YDPA adalah cuti wajib bagi pekerja sektor swasta
โœ”๏ธ Bekerja pada cuti umum melayakkan pekerja menerima bayaran khas mengikut Akta Kerja 1955

๐Ÿ’ผ Pastikan majikan dan pekerja memahami hak masing-masing.

05/05/2026
05/05/2026

KENYATAAN MEDIA

CUTI UMUM SEMPENA HARI WESAK DAN
HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2026





Address

Tkt. 12, Bangunan Persekutuan P. Pinang
George Town
10400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6042265008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal kesatuan Sekerja Pulau Pinang, Kedah & Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Hal Ehwal kesatuan Sekerja Pulau Pinang, Kedah & Perlis:

Shortcuts

Share