JPN Pulau Pinang

JPN Pulau Pinang Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, (JPN) Negeri Pulau Pinang

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69Bersempena Hari Kebangsaan 2026, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang ...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69

Bersempena Hari Kebangsaan 2026, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyemarakkan semangat cintakan negara, menghargai kepelbagaian dan bersama-sama membina masa depan yang lebih baik.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada Pengarah & seluruh warga kerja
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang.

27/08/2026

Taraf kewarganegaraan seseorang adalah berlandaskan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PEMAKLUMAN PERALIHAN MYKAD GENERASI BAHARUJabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang melalui proses peralihan daripada MyKa...
26/08/2026

PEMAKLUMAN PERALIHAN MYKAD GENERASI BAHARU

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang melalui proses peralihan daripada MyKad struktur sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu.

Sehubungan itu, urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara bermula 26 Ogos hingga 31 Ogos 2026.

Orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad dinasihatkan supaya menangguhkan sementara urusan tersebut sepanjang tempoh berkenaan.

Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.

JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh peralihan ini serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.





SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบSelawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Sempena Maulidur Rasul, marilah kita bers...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW serta menjadikannya sebagai teladan dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyatukan hati, memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan kita.

Tulus ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ุฃูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูDengan rasa sedih...
23/08/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†

ุฃูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู

Dengan rasa sedih dan dukacitanya, adalah dimaklumkan bahawa saudara Mohd Nor Aidi Bin Jamaludin, Pegawai Pendaftaran di JPN Daerah Seberang Perai Utara telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Rabiulawal 1447H bersamaan 23 Ogos 2026, di kediaman beliau di Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang.

"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan semoga Allah S.W.T. melihatnya dengan penuh kasih dan sayangNya.. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT."

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kesabaran dan ketabahan di atas ujian dan pemergian insan yang tersayang.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Al Fatihah.

11/08/2026

Nantikan 14-15 Ogos ini

07/08/2026

Nantikan 14-15 OGOS ini

05/08/2026

Nantikan Ali Setan OGOS ini

05/08/2026

Sesi penyerahan surat penghargaan oleh PERKESO kepada Pasukan Inovasi JPNPP atas penciptaan produk yang berjaya memudahkan golongan warga emas, oku dan pesakit terlantar membuat gantian ic

04/08/2026

Dari tangisan pertama kelahiran, detik indah sebuah perkahwinan, hinggalah ke fasa kehilangan yang meruntun jiwa - setiap ketika yang penting dalam hidup anda adalah amanah yang kami kendalikan dengan penuh keikhlasan dari hati.

JPN bukan sahaja tentang urusan dokumen tetapi tentang coretan memori, kegembiraan dan penghargaan timbal balik antara kami dan anda yang sentiasa menjadi pembakar semangat untuk kami terus berbakti.

Saksikan sendiri sebuah perjalanan emosi yang pasti menyentuh sanubari tentang setiap urusan di kaunter kami, sebenarnya adalah satu ikatan kasih sayang yang melengkapi seluruh perjalanan hidup anda...

Terimalah โ€œSEMPURNAKAN HARI MUโ€


Address

Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang, Aras 3, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson
George Town
10400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPN Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPN Pulau Pinang:

Shortcuts

Share