Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang VISI
Mengungguli tadbir urus dan pembangunan ummah Negeri Pulau Pinang menjelang 2030.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ditubuhkan menurut kuasa seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Ulama IslamTahun 1959 bagi menasihati Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertua Agong dalam perkara berkaitan dengan agama Islam. Peranan MAINPP adalah untuk melahirkan masyarakat Islam yang beriman, bertakwa dan dinamis dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ia juga berperanan untuk menegak

kan keadilan mengikut hukum-hukum Islam serta mengawal dan membasmi murtad, bidaah, kemungkaran, maksiat, khurafat dan fikiran-fikiran yang menjejaskan kesucian Islam. Selain itu, MAINPP juga berperanan untuk memaju, menggalak, memudah dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial serta kesejahteraan umat Islam di Negeri Pulau Pinang berlandaskan hukum syara'. Dasar-dasar dan keputusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dilulus oleh 16 orang ahli yang ditauliahkan untuk tempoh 2 tahun oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong.

15/08/2026
14/08/2026
14/08/2026
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ahmad bin Sulaiman d...
12/08/2026

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ahmad bin Sulaiman dan keluarga atas penyerahan sebuah unit rumah pangsapuri wakaf khas kepada MAINPP.

Sesi penyerahan sijil penghargaan dan kunci kediaman wakaf telah disempurnakan dalam satu sesi ringkas di premis berkenaan. MAINPP diwakili oleh Puan Nur Al Fitrah binti Shaik Annuar Pasha (Unit Pentadbiran Tanah) dan Puan Nur Afiqa binti Mohamad (Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Premis).

Semoga wakaf ini menjadi amal jariah yang berpanjangan serta memberi manfaat kepada institusi surau dan masyarakat setempat.

JOM BERWAKAF BERSAMA MAINPP
Wakaf hari ini, manfaatnya terus mengalir untuk ummah.


12/08/2026

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข IKLAN JAWATAN KOSONG | WAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
(Wakaf MAINPP) ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

Wakaf MAINPP mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

โœ… Ketua Unit Teknologi Maklumat
โœ… Eksekutif Unit Pemasaran dan Komunikasi Strategik

๐Ÿ—“ Tarikh tutup permohonan: 10 September 2026 (Khamis)

Permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati di:
https://wakafmainpp.com.my/peluang-kerjaya/

12/08/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG | MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP)๐Ÿ”‰๐Ÿ”‰

MAINPP mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

๐Ÿ”น Pegawai Tadbir Gred N10 (Kontrak)
๐Ÿ”น Pegawai Tadbir Gred N9 (Tetap / Kontrak)

๐Ÿ—“ Tarikh tutup permohonan: 28 Ogos 2026

Permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati di:
https://www.mainpp.gov.my/index.php/jawatan-kosong

Ayuh sertai warga MAINPP dan bersama-sama memperkukuh tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan Islam demi kesejahteraan ummah.


HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKILKadangkala, bukan kita yang perlu menjadi lebih kuat tetapi hati kita perlu lebih dekat kepa...
11/08/2026

HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL

Kadangkala, bukan kita yang perlu menjadi lebih kuat tetapi hati kita perlu lebih dekat kepada Allah SWT.

Saat berdepan dengan ujian, kesukaran atau amanah yang terasa berat, basahilah lidah dengan zikir yang penuh makna ini:

ุญูŽุณู’ุจูู†ูŽุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู’ูˆูŽูƒููŠู„ู

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung."

(Surah Ali 'Imran: 173)

Yakinlah, setiap urusan yang diserahkan kepada Allah SWT tidak akan pernah sia-sia. Tawakal bukan bererti menyerah, tetapi meletakkan sepenuh pergantungan kepada-Nya setelah kita berusaha dengan sebaik-baiknya.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, menguatkan jiwa, serta mempermudahkan setiap urusan kita.

Mari kita amalkan bersama dan sebarkan manfaatnya. Semoga setiap perkongsian menjadi asbab hati yang lebih dekat kepada Allah SWT.


11/08/2026

Sedang berlangsung Kursus Teknikal Kaedah Pengurusan Harta Pusaka di ILIPP - Institut Latihan Islam Pulau Pinang

Tanah wakaf bukan sekadar tanah tetapi satu amanah yang memberi manfaat kepada ummah.Tahukah anda?1,800 lot tanah wakaf ...
10/08/2026

Tanah wakaf bukan sekadar tanah tetapi satu amanah yang memberi manfaat kepada ummah.

Tahukah anda?
1,800 lot tanah wakaf berkeluasan 1,618.24 ekar direkodkan di seluruh Pulau Pinang bagi tahun 2026 meliputi wakaf khas, wakaf am dan wakaf zurri.

Jom lihat taburan tanah wakaf mengikut daerah dan jenis wakaf di Pulau Pinang melalui infografik ini.

Amanah Ummah Manfaat Berbekalan



Address

Tingkat 7, 8, & 9 Menara JKP, 128, Jalan Macalister
George Town
10400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042260305

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang:

Shortcuts

Share