EKSA JKSN Pulau Pinang

EKSA JKSN Pulau Pinang Ekosistem Sektor Awam-5S JKSN Pulau Pinang
Sisih (Seiri): Susun (Seiton): Sapu (Seiso): Seragam (Seiketsu): Sentiasa Amalkan (Sh*tsuke):

LATAR BELAKANG 5S
Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan. Di Malaysia, konsep Amalan

5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

02/03/2021
05/01/2021
24/12/2020

IKUTI WACANA AL-QURAN SIRI 49: RUMAH TANGGA: BERTAHAN ATAU BERPISAH?

Konflik yang meruncing menjadikan pasangan berada di persimpangan dilema antara terus bertahan atau berpisah. Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak. Apakah jalan yang harus dipilih ketika jiwa tertekan berdepan situasi ini? Bagaimana wahyu menyuluh apakah keputusan yang terbaik?

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membawa misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui Baca, Faham dan Amal. Kini formula al-Quran digarapkan dalam program Wacana Al-Quran untuk merungkai pelbagai isu semasa bersama pakar dan ilmuwan pelbagai bidang.

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 49, jam 5.30 PETANG INI, 24 DISEMBER 2020 (KHAMIS) secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian:

PORTAL: www.sinarharian.com.my
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/SinarHarian
TWITTER: https://twitter.com/SinarOnline
YOUTUBE: https://www.youtube.com/user/SinarHarianWebTV



04/12/2020

KUNJUNG HORMAT KE ATAS KETUA PENGARAH MAMPU

3 DISEMBER 2020: YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Dr. Yusof bin Ismail, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bertempat di Ibu Pejabat MAMPU, Putrajaya.

Kunjungan hormat ini adalah pertemuan kali pertama antara kedua-kedua pihak setelah Dato' Dr. Yusof dilantik menjawat jawatan Ketua Pengarah MAMPU pada April 2020 yang lepas.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut antaranya pengisian jawatan Pegawai Teknologi Maklumat di JKSM dan perancangan JKSM dalam mendigitalisasikan mahkamah syariah seluruh malaysia.

Bagi menjayakan usaha pendigitalan mahkamah syariah tersebut, JKSM memerlukan sokongan infra PDSA (perkhidmatan Cloud) dan rangkaian MyGov*Net daripada pihak MAMPU serta sokongan infrastruktur Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi aplikasi kritikal JKSM.

Turut dibincangkan adalah hala tuju Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 serta kerjasama pasukan perunding ICT MAMPU dalam penyediaan Pelan Strategik ICT JKSM dan penyediaan Enterprise Architecture JKSM

Alhamdulillah, YBhg. Dato' Dr. KP MAMPU telah memberikan respons positif terhadap keseluruhan hasrat JKSM kecuali melibatkan perjawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang dibawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Turut hadir dalam sesi kunjung hormat tersebut adalah Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) JKSM, Tuan Mohd Razalan bin Kamal dan Pegawai Khas YAA Dato' Dr. KP/KHS JKSM, Tuan Abdul Fattah bin Dato' Kamarudin.

Tahniah Team Surfactant
27/11/2020

Tahniah Team Surfactant

Syabas dan tahniah kepada JKSN Pulau Pinang, JKSN Johor dan JKSN Terengganu atas kejayaan meraih 5 Bintang dalam APIC 2020

07/10/2020

MAKLUMAN PENAGGUHAN PROSIDING KES MAHKAMAH SYARIAH SELURUH NEGERI PULAU PINANG

Selamat Hari Malaysia 16 September 2020
15/09/2020

Selamat Hari Malaysia 16 September 2020

Selamat Menyambut Hari Malaysia

13/09/2020

Panduan Pelaksanaan EKSA

Address

No 3, Jalan Batu Gantung
George Town
10450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Telephone

+6048307777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EKSA JKSN Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to EKSA JKSN Pulau Pinang:

Share