Bahagian Kawal Selia Air Pulau Pinang

Bahagian Kawal Selia Air Pulau Pinang BAHAGIAN KAWAL SELIA AIR
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Lawatan tapak bagi Permohonan pembangunan di badan air bagi aktiviti di bawah Enakmen Sumber Air 202511 Ogos 2026 - Lawa...
13/08/2026

Lawatan tapak bagi Permohonan pembangunan di badan air bagi aktiviti di bawah Enakmen Sumber Air 2025

11 Ogos 2026 - Lawatan tapak bagi Permohonan pembangunan di badan air bagi aktiviti di bawah Enakmen Sumber Air 2025 di Daerah Seberang Perai Utara

Lawatan tapak telah diadakan bagi menilai keadaan semasa yang bertujuan mendapatkan gambaran sebenar keadaan di tapak, mengenal pasti isu-isu berkaitan permohonan pembangunan serta menilai pematuhan terhadap keperluan Enakmen Sumber Air Pulau Pinang 2025 sebelum sebarang pertimbangan kelulusan dibuat.

Lawatan ini amat penting bagi memastikan setiap aspek teknikal, alam sekitar dan pengurusan sumber air diberi perhatian sewajarnya dalam proses pertimbangan permohonan pembangunan, demi menjamin kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat setempat.







11 Ogos 2026 - Pemantauan Kemajuan Kerja bagi Projek Pembangunan NegeriKerja-Kerja Membekal dan Memasang Sistem Kamera L...
12/08/2026

11 Ogos 2026 - Pemantauan Kemajuan Kerja bagi Projek Pembangunan Negeri

Kerja-Kerja Membekal dan Memasang Sistem Kamera Litar Tertutup CCTV Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di Empangan Air Itam Pulau Pinang



MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBINAAN BARAJ BARU SUNGAI MUDATarikh: 4/8/2026 Masa: 9 pagi-11.30 pagi Tempat: Peja...
05/08/2026

MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBINAAN BARAJ BARU SUNGAI MUDA

Tarikh: 4/8/2026
Masa: 9 pagi-11.30 pagi
Tempat: Pejabat Tapak Projek Baraj Baru Sungai Muda, SPU



{HEBAHAN} 29-31 JULAI 2026 Kajian kebersihan dijalankan di Kawasan Tadahan dan Loji Rawatan Air Guilemard bersama pihak ...
02/08/2026

{HEBAHAN} 29-31 JULAI 2026

Kajian kebersihan dijalankan di Kawasan Tadahan dan Loji Rawatan Air Guilemard bersama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Jabatan Kimia Malaysia, BKSA & PBAPP bagi menilai keadaan fizikal dan persekitaran muka sauk, mengenal pasti potensi sumber pencemaran serta memastikan kemudahan pengambilan air mentah berada dalam keadaan selamat dan berfungsi dengan baik.



{INFORMASI} 🌧️ HUJAN ASID: ANCAMAN YANG TIDAK KELIHATAN, NAMUN MEMBERI KESAN BESAR 🌍Tahukah anda bahawa hujan asid berla...
29/07/2026

{INFORMASI} 🌧️ HUJAN ASID: ANCAMAN YANG TIDAK KELIHATAN, NAMUN MEMBERI KESAN BESAR 🌍

Tahukah anda bahawa hujan asid berlaku apabila gas pencemar seperti sulfur dioksida (SOβ‚‚) dan nitrogen oksida (NOβ‚“) bercampur dengan wap air di atmosfera sebelum turun semula ke bumi?

Fenomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut menjejaskan sumber air, tumbuh-tumbuhan, hidupan akuatik, infrastruktur serta kesihatan manusia.

πŸ’§ Kita semua memainkan peranan dalam mengurangkan pencemaran udara dengan:
βœ… Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian
βœ… Menjimatkan penggunaan tenaga
βœ… Mengamalkan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
βœ… Menghijaukan persekitaran dengan menanam pokok

🌱 Lindungi alam sekitar hari ini demi menjamin sumber air yang bersih dan lestari untuk generasi akan datang.



{HEBAHAN} 23 Julai 2026 - Lawatan Tapak Bagi Penilaian Permohonan Kebenaran Merancang di Kandang Lembu, Kampung Tok Bedu...
24/07/2026

{HEBAHAN} 23 Julai 2026 - Lawatan Tapak Bagi Penilaian Permohonan Kebenaran Merancang di Kandang Lembu, Kampung Tok Bedu, Seberang Perai Utara

Lawatan tapak telah diadakan bagi menilai keadaan semasa kawasan kandang lembu susulan permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan oleh pemilik. Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar keadaan di tapak, mengenal pasti isu-isu berkaitan pengurusan sisa ternakan, kawalan bau, saliran dan perlindungan sumber air, serta menilai pematuhan terhadap keperluan Enakmen Sumber Air Pulau Pinang 2025 sebelum sebarang pertimbangan kelulusan dibuat.

Lawatan ini melibatkan kerjasama Bahagian Kawal Selia Air (BKSA), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), pihak kontraktor teknologi biogas serta pemilik kandang lembu. Sesi ini turut membincangkan cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan sebagai syarat pematuhan bagi mengurangkan risiko pencemaran, mempertingkatkan pengurusan sisa ternakan dan memastikan aktiviti penternakan dijalankan secara lebih mampan.

Kerjasama erat antara semua agensi teknikal dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan setiap aspek teknikal, alam sekitar dan pengurusan sumber air diberi perhatian sewajarnya dalam proses pertimbangan permohonan Kebenaran Merancang, demi menjamin kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat setempat.



{HEBAHAN} KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN KAWAL SELIA AIR, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG KEPADA TIMBALAN DEK...
22/07/2026

{HEBAHAN} KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN KAWAL SELIA AIR, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG KEPADA TIMBALAN DEKAN PENYELIDIKAN, INOVASI & LIBATSAMA INDUSTRI-KOMUNITI PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH PERNIAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Tarikh : 22 Julai 2026 (Rabu)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, USM

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan input dan perkongsian berkenaan dengan perancangan hala tuju penubuhan Lembaga Sumber Air Pulau Pinang.



{INFORMASI} Musim hujan boleh membawa risiko kepala air, iaitu fenomena peningkatan paras air sungai secara mendadak yan...
21/07/2026

{INFORMASI} Musim hujan boleh membawa risiko kepala air, iaitu fenomena peningkatan paras air sungai secara mendadak yang berlaku tanpa amaran, walaupun cuaca di lokasi anda kelihatan cerah. Hujan lebat di kawasan hulu sudah cukup untuk mencetuskan arus deras yang boleh mengancam nyawa.

Sebelum berkunjung ke sungai, air terjun atau kawasan rekreasi:
βœ… Peka terhadap tanda-tanda awal kepala air.
βœ… Sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa.
βœ… Elakkan mandi atau beriadah ketika hujan atau selepas hujan lebat.
βœ… Utamakan keselamatan diri dan keluarga.

πŸ“’ Kongsi maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai yang peka tentang bahaya kepala air.



✨ Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Encik Azuardi Bin Azhar ✨Atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (A.P...
20/07/2026

✨ Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Encik Azuardi Bin Azhar ✨

Atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (A.P.C.) sempena Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 2026.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen serta kecemerlangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan cemerlang demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.

Sekalung tahniah dan syabas!

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Bahagian Kawal Selia Air Pulau Pinang



π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’! 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Khairuddin Rosli dan Encik Mohamad Faiz Mohd La...
15/07/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Khairuddin Rosli dan Encik Mohamad Faiz Mohd Latib atas penganugerahan Pingat Jasa Masyarakat (P.J.M.) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negeri.

Ikhlas daripada Warga Bahagian Kawal Selia Air Pulau Pinang



Address

George Town

Telephone

+6046505463

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kawal Selia Air Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share