Unit Pengurusan Bencana - Pejabat SUK Pulau Pinang

Unit Pengurusan Bencana - Pejabat SUK Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Pengurusan Bencana - Pejabat SUK Pulau Pinang, Government Organization, KOMTAR, George Town.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Tanah air tercinta, Malaysia selamanya.Selamat Hari Kebangsaan yang ke 69! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Tanah air tercinta, Malaysia selamanya.
Selamat Hari Kebangsaan yang ke 69! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›



🌫️ πŠπ„πŠπ€π‹ 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 & 𝐉𝐀𝐆𝐀 πƒπˆπ‘πˆOrang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk sumber yang sahih dan rasmi berkaitan status...
28/08/2026

🌫️ πŠπ„πŠπ€π‹ 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 & 𝐉𝐀𝐆𝐀 πƒπˆπ‘πˆ

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk sumber yang sahih dan rasmi berkaitan status kualiti udara melalui pautan rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS):

πŸ”— Sistem APIMS Jabatan Alam Sekitar: https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main

❌ Hentikan penyebaran maklumat tidak sahih.
βœ… Tak pasti, jangan kongsi.

Bersama-sama kita pastikan maklumat yang disebarkan tepat dan boleh dipercayai. 🀝






🌑️ πŠπ„π’π€π 𝐄𝐋 ππˆπΜƒπŽ πƒπˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 🌑️Fenomena El NiΓ±o boleh membawa perubahan cuaca yang memberi kesan kepada kehidupan sehar...
28/08/2026

🌑️ πŠπ„π’π€π 𝐄𝐋 ππˆπΜƒπŽ πƒπˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 🌑️

Fenomena El NiΓ±o boleh membawa perubahan cuaca yang memberi kesan kepada kehidupan seharian, kesihatan, alam sekitar dan aktiviti pertanian.

Antara kesan yang perlu diberi perhatian ialah:
β˜€οΈ Suhu lebih panas – risiko strok haba meningkat
🌾 Pertanian terjejas – hasil tanaman boleh menurun
πŸ”₯ Kebakaran & jerebu – risiko kebakaran hutan meningkat
πŸ’§ Kemarau – bekalan air berpotensi berkurangan

Orang awam disarankan agar sentiasa peka terhadap keadaan cuaca semasa, mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta mengambil langkah berjaga-jaga ketika cuaca panas dan kering.

πŸ“Œ Sama-sama kita tingkatkan kesiapsiagaan dan kesedaran menghadapi sebarang kemungkinan kesan cuaca ekstrem.








πŸŒ™ π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸŒ™Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―ΩSempena Maulidur Ras...
25/08/2026

πŸŒ™ π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸŒ™

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati perjuangan, pengorbanan dan akhlak mulia Baginda.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W diterjemahkan melalui amalan, akhlak dan kehidupan yang berlandaskan ajaran Baginda.

Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W 🀍




21/08/2026

SEMAK SEBELUM SEBAR πŸ“’

Dalam menghadapi Monsun Barat Daya 2026, orang ramai disaran supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat tanpa membuat semakan terlebih dahulu. Maklumat berkaitan cuaca, kualiti udara, bekalan air dan situasi semasa perlu dirujuk daripada sumber rasmi bagi memastikan kesahihannya.

Pastikan maklumat yang diterima datang daripada agensi atau saluran rasmi dan telah disahkan sebelum dikongsi. Elakkan menyebarkan berita yang belum pasti kerana maklumat yang tidak tepat boleh menimbulkan kekeliruan dan menjejaskan tindakan orang ramai ketika berdepan risiko bencana.





18/08/2026

🚨 π†π„πŒππ€ ππ”πŒπˆ ππ„π‘π‹π€πŠπ” 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 π€πŒπ€π‘π€π. πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π ππ„π‘πŒπ”π‹π€ π’π„πŠπ€π‘π€ππ†.

πŸ›˜ Gempa bumi tidak dapat diramal. Oleh itu, MET Malaysia sentiasa bersedia melalui Sistem Amaran Awal Gempa Bumi dan Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, setiap aktiviti seismik dan perubahan aras laut dipantau secara berterusan bagi memastikan amaran dapat disampaikan dengan pantas sekiranya diperlukan.

Pemantauan aktiviti seismik:
πŸ”Ή 80 Stesen Seismik
πŸ”Ή 25 Tolok Pasang Surut
πŸ”Ή 83 Siren Tsunami

πŸ›˜ Semua peralatan ini diselenggara dan diuji mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan tahap kebolehpercayaan dan kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum.

Sekiranya berlaku gegaran:
βœ… Kekal tenang.
βœ… Dapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi MET Malaysia.
βœ… Jangan sebarkan maklumat yang tidak sahih.

Orang awam disarankan sentiasa mendapatkan maklumat berkaitan gempa bumi dan tsunami daripada saluran rasmi MET Malaysia.




14/08/2026

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis β€’ Kedah β€’ Pulau Pinang β€’ Perak β€’ Kelantan (Jeli, Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang) β€’ Terengganu (Besut dan Setiu) β€’ Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong) β€’ Selangor (Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat) β€’ W.P. Kuala Lumpur β€’ Negeri Sembilan (Jelebu) sehingga 4:00 Petang; Jumaat, 14 Ogos 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan: 1:00 tengah hari, 14 Ogos 2026




13/08/2026
π’πˆπ“π”π€π’πˆ 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 πƒπˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†.Jangan panik!Bacaan indeks pencemaran udara di Pulau Pinang adalah baik di Balik Pulau da...
13/08/2026

π’πˆπ“π”π€π’πˆ 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 πƒπˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†.

Jangan panik!

Bacaan indeks pencemaran udara di Pulau Pinang adalah baik di Balik Pulau dan sederhana di Seberang Jaya, Seberang Perai. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihati untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

π‹π€ππ†πŠπ€π‡ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π πŒπ„ππ†π‡π€πƒπ€ππˆ 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔:
βœ… Kurangkan aktiviti luar terutama apabila bacaan kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.
βœ… Pakai pelitup muka yang sesuai jika perlu berada di luar, khususnya golongan berisiko. (mask jenis 3 ply)
βœ… Tutup tingkap dan pintu untuk mengurangkan kemasukan asap dan udara tercemar ke dalam rumah.
βœ… Dilarang melakukan pembakaran terbuka
βœ… Elakkan aktiviti fizikal berat di luar seperti bersukan atau bekerja dalam tempoh yang lama.
βœ… Minum air secukupnya bagi membantu mengekalkan hidrasi badan.
βœ… Pantau bacaan kualiti udara semasa melalui sumber rasmi seperti Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
βœ… Dapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom seperti batuk berterusan, sesak nafas, sakit dada atau mata mengalami iritasi yang teruk.
βœ… Golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

π’π”πŒππ„π‘ πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ:
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
(https://www.moh.gov.my/en/core/health-information/jerebu)

2. Jabatan Alam Sekitar Malaysia
(https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main)

13/08/2026

Maklumat yang tidak sahih boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi ketika berdepan situasi bencana, jerebu dan perubahan cuaca.

Sebelum mempercayai atau berkongsi sesuatu maklumat, pastikan kesahihannya melalui sumber rasmi. Elakkan menyebarkan dakwaan berkaitan keadaan jerebu, penutupan sekolah atau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Jadilah masyarakat yang bijak dalam menerima dan berkongsi maklumat. Rujuk sumber rasmi seperti MyEQMS, JAS dan MET Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.





Address

KOMTAR
George Town
10305

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pengurusan Bencana - Pejabat SUK Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share