03/09/2026
OPERASI PEMANTAUAN BERKALA KE ATAS PREMIS AGENSI PELANCONGAN & MM2H DI SEKITAR BANDARAYA GEORGE TOWN & SEBERANG PERAI
03 September 2026 (Khamis): Pejabat Motac Negeri Pulau Pinang mengadakan Operasi Pemantauan & Penguatkuasaan Berkala ke atas Syarikat Agensi Pelancongan dan MM2H di sekitar Bandaraya George Town.
Pemantauan dan penguatkuasaan ini dilaksanakan selaras dengan peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
Aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan akan sentiasa dilaksanakan dari masa ke masa bagi memastikan peraturan sentiasa dipatuhi oleh pihak industri pelancongan.