AADK Penang

AADK Penang Halaman rasmi media sosial Facebook bagi AADK Negeri Pulau Pinang.

(1)

Sebuah Agensi Kerajaan yang membanteras penagihan dadah dengan 3 cabang utama iaitu : Pencegahan, Rawatan & Pemulihan serta Penguatkuasaan.

16/08/2026

Nak tidur nyenyak dan poket sentiasa penuh? Rahsianya mudah, jauhi barang terlarang 🚫 Tak ada kos bayaran, tak ada kesan sampingan yang memusnahkan, yang ada cuma masa depan yang lebih cerah. ✨

Ramai yang ingat jalan pintas (dadah) boleh bagi kebahagiaan, tapi hakikatnya ia cuma 'scam' yang merugikan diri dan keluarga. Jom amalkan gaya hidup bebas dadah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Mai La… Nang Tak Judge Pun Yang rasa ada masalah dengan penagihan atau penggunaan dadah & bahan, khususnya yang dok hing...
16/08/2026

Mai La… Nang Tak Judge Pun

Yang rasa ada masalah dengan penagihan atau penggunaan dadah & bahan, khususnya yang dok hingaq kat posting pasal urin v**e b4 ni…

Boleh mai PM Nang wokey.
Kami sedia bantu, bukan nak judge ampa.

Tak kisah piu² ka, kiu² ka… SK2 ka, mushroom ka… ketum ka, g***a ka...
kalu dah namanya melibatkan dadah atau bahan terlarang.. jangan dok tunggu sampai keadaan jadi lebih teruk.

Kalau nak berubah, ada jalan.
Kalau nak dapatkan bantuan, mai dapatkan rawatan secara SUKARELA.

Tak payah malu. Tak payah takut kena judge.
Minta bantuan bukan tanda lemah tapi tu tanda ang dah mula nak ubah hidup.

Dan kalu boleh pilih antara mai sendiri tuk dapat bantuan ngan tunggu sampai masalah jadi lebih besaq…
Nang rasa pilihan tu dah cukup jelas kan?

So kepada sesapa yang dok terasa panaih kat posting sebelum ni…

Bawak² sejukkan hati.
Kalau betoi ada masalah, mai berubat, mai shembang.

Don't worry, we won't judge. 🤗
Nang tau… mungkin ampa cuma kurang kasih sayang & terlebih scroll komen. 😝

Yang penting, jangan biaq satu kesilapan tentukan seluruh masa depan.

Mai PM Nang. Kita cari jalan sama² ❤️

Fun Fact: Jala yg kami ada mmg tuk tangkap & bantu kaum² bilis...Jerong tue Jala Dy kt orang Len..

ps: Sambal Nyet Bilis Rasapop nie sedap sungguh aih..buleh repeat woder.. tulung sat nasihat depa nim 🤪 Mna tau terbuka hijap depa nk brubah 😅

-------------------------------------------------------------
MinMin nak pesan!
"Tingkatkan potensi melalui prestasi,bukan risiko!"
Jangan sembunyi masalah penagihan di rumah ampa.

📲 Follow | Like | Share media sosial AADK
Supaya lebih ramai dapat info & bantuan yang ada.

☎️ Hotline AADK:
1-800-22-2235 (AADK) / 019-626 2233
🌐 aadk.gov.my

NAMPAK COOL KAN ? JANGAN SAMPAI URIN BAGI SPOILERTrend boleh ja ikut. Tapi dadah & bahan jangan sesekali cuba.AADK Neger...
14/08/2026

NAMPAK COOL KAN ? JANGAN SAMPAI URIN BAGI SPOILER

Trend boleh ja ikut. Tapi dadah & bahan jangan sesekali cuba.

AADK Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan ujian urin rambang melibatkan 230 orang pelajar di institusi pendidikan seluruh negeri Pulau Pinang sebagai langkah awal membendung penyalahgunaan dadah & bahan dalam kalangan pelajar.

Ujian kali ini menggunakan strip pengesanan Psilocybin, Fentanyl, AB-Pinaca (kanabis sintetik) dan Kokain antara bahan yang kini semakin dikaitkan dengan isu v**e moden yang disalah guna dan trend berbahaya dalam dunia penagihan.

Realitinya, tak semua v**e itu sekadar v**e. Ada yang dicampur bahan terlarang dan sekali cuba, kesannya boleh ubah seluruh masa depan.

Kepada semua pelajar: jangan biarkan rasa nak cuba lebih besar daripada impian yang sedang dibina.

Cool bukan bila berani hisap benda yang orang tak tahu.
Cool tue bila berani kata “TAK MAU” walaupun orang sekeliling ajak.

Ibu bapa, guru dan masyarakat pun ada peranan. Ambik Tau, Bukan Buat² Tak Tau!

Trend datang dan pergi. Masa depan tak boleh diulang beli.

ps: Yang dok rsa nmpk ensem dok gantong v**e kt lehiaq tue..buleh stop dah tue..kot² nnt dapat botoi free
🤪

-------------------------------------------------------------
MinMin nak pesan!
"Tingkatkan potensi melalui prestasi,bukan risiko!"
Jangan sembunyi masalah penagihan di rumah ampa.

📲 Follow | Like | Share media sosial AADK
Supaya lebih ramai dapat info & bantuan yang ada.

☎️ Hotline AADK:
1-800-22-2235 (AADK) / 019-626 2233
🌐 aadk.gov.my

14/08/2026
ON TOUR, ON POINT, ON FIRETour pemantauan Unit Pencegahan AADK Negeri Pulau Pinang akhirnya sampai ke pit stop terakhir ...
14/08/2026

ON TOUR, ON POINT, ON FIRE

Tour pemantauan Unit Pencegahan AADK Negeri Pulau Pinang akhirnya sampai ke pit stop terakhir AADK Daerah Timur Laut.

Diketuai oleh Tuan Mohd Zaki bin Ablah, Penolong Pengarah Pencegahan (I) siri pemantauan ini bukan sekadar turun tengok².

Semua benda kena on point daripada pengurusan fail Pencegahan, sudut hebahan, stor Pencegahan, bahan kempen kesedaran awam, sampailah kepada perkara² lain yang melibatkan pengurusan unit.

Fokus utama kali ini memang clear: Pengurusan Program TEKAD, sebagai persediaan menghadapi audit AADK Ibu Pejabat yang bakal berlangsung.

Apa yang penting? Standard, konsisten dan sentiasa bersedia.

Syabas dan tahniah kepada semua AADK Daerah di Pulau Pinang atas komitmen yang ditunjukkan sepanjang siri pemantauan ini. Keep it up team, kita buat elok², audit pun insya-Allah jadi smooth.

-------------------------------------------------------------
MinMin nak pesan!
"Tingkatkan potensi melalui prestasi,bukan risiko!"
Jangan sembunyi masalah penagihan di rumah ampa.

📲 Follow | Like | Share media sosial AADK
Supaya lebih ramai dapat info & bantuan yang ada.

☎️ Hotline AADK:
1-800-22-2235 (AADK) / 019-626 2233
🌐 aadk.gov.my

14/08/2026

Meh dengaq ni

Trasa dak ??
13/08/2026

Trasa dak ??

Kalau telefon bagi notifikasi penting, kita biasanya terus buka. Tapi dalam kehidupan, amaran yang lebih besar sering kita abaikan.

Penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada kesihatan, hubungan keluarga dan masa depan seseorang. Ambil serius setiap amaran dan buat pilihan yang lebih baik untuk diri dan masa depan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



DAH BORAK, JOM GERAK Idea kalau simpan dalam kepala, dia kekal jadi idea. Tapi bila semua duduk semeja, brainstorm dan b...
11/08/2026

DAH BORAK, JOM GERAK

Idea kalau simpan dalam kepala, dia kekal jadi idea. Tapi bila semua duduk semeja, brainstorm dan berani cuba benda baru, di situlah perubahan mula bergerak.

Itulah vibe Program Design Thinking SKUAD Antidadah Negeri Pulau Pinang 2026. Ahli SKUAD bergabung, kongsi idea, challenge cara lama dan cari solusi yang lebih dekat dengan realiti komuniti.

Apa yang depa buat ?
🔎 Kenal pasti masalah
💡 Cetus idea
🤝 Bina solusi
🎯 Teruskan dengan tindakan

Hasil perbincangan ini akhirnya diterjemahkan kepada Pelan Tindakan SKUAD Antidadah Negeri Pulau Pinang sebagai langkah untuk memperkasa usaha pencegahan dadah dan bahan dengan lebih kreatif dan berimpak.

Sebab kadang², perubahan besar bermula dengan satu idea yang diambil tindakan.

-------------------------------------------------------------
MinMin nak pesan!
"Tingkatkan potensi melalui prestasi,bukan risiko!"
Jangan sembunyi masalah penagihan di rumah ampa.

📲 Follow | Like | Share media sosial AADK
Supaya lebih ramai dapat info & bantuan yang ada.

☎️ Hotline AADK:
1-800-22-2235 (AADK) / 019-626 2233
🌐 aadk.gov.my

NO CAPE, JUST DUTYTak semua hero pakai topeng & jubah. Ada yang pakai vest, uniform dan turun padang bila orang lain ten...
11/08/2026

NO CAPE, JUST DUTY

Tak semua hero pakai topeng & jubah. Ada yang pakai vest, uniform dan turun padang bila orang lain tengah berehat.

Beberapa agensi bergabung dalam Operasi Bersepadu Membanteras Gelandangan dan Kutu Rayau di sekitar kawasan Seberang Perai Utara.

Misi dia mudah, tapi besar impaknya untuk jaga kesejahteraan komuniti, ketenteraman awam dan keselamatan persekitaran.

Operasi ini digerakkan hasil kerjasama Pejabat YB Lim Siew Kim, EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Pulau Pinang bersama agensi-agensi kerajaan serta pihak berkuasa tempatan.

Team AADK Pulau Pinang diketuai oleh Ketua Unit PenguatKuasaan dan Keselamatan AADK Negeri Pulau Pinang, Encik Lawrence Anak Galleh bersama pegawai dan anggota turut turun padang sepanjang operasi berlangsung.

Bila semua agensi ‘assemble’, kerja jadi lebih tersusun, tindakan jadi lebih pantas dan komuniti pun lebih terpelihara.

Sebab hero sebenar bukan yang paling kuat tapi yang sentiasa hadir bila masyarakat perlukan.

-------------------------------------------------------------
MinMin nak pesan!
"Tingkatkan potensi melalui prestasi,bukan risiko!"
Jangan sembunyi masalah penagihan di rumah ampa.

📲 Follow | Like | Share media sosial AADK
Supaya lebih ramai dapat info & bantuan yang ada.

☎️ Hotline AADK:
1-800-22-2235 (AADK) / 019-626 2233
🌐 aadk.gov.my

Address

Aras 5, Bangunan Persekutuan Pulau Pinang, Jalan Anson, Pulau Pinang
George Town
10400

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6042279400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Penang:

Shortcuts

Share