04/08/2026
๐ข๐ฃ ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ง: ๐๐ ๐ฃ๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ก๐ ๐ช๐๐ก๐๐ง๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐ช๐ ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ ๐๐ง๐๐ฃ๐ฆ๐ข๐ .
๐๐๐๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐, 3 Ogos 2026 โ Seorang pengadu warga asing telah menerima panggilan telefon daripada ahli keluarga rakannya yang berada di negara asal. Dalam panggilan tersebut, keluarga mangsa memaklumkan bahawa anak perempuan mereka yang berusia 25 tahun dipercayai telah dikurung di sebuah rumah di kawasan Bukit Mertajam oleh seorang lelaki yang juga merupakan warga asing. Mangsa berjaya menghubungi ahli keluarganya di negara asal dan memaklumkan bahawa beliau telah dikurung serta dipaksa bekerja tanpa menerima sebarang gaji sejak tiba di Pulau Pinang kira-kira dua bulan yang
Bertindak atas laporan polis yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota daripada D9 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pulau Pinang bersama pegawai dan anggota D7 serta D9 IPD Seberang Perai Tengah, dengan bantuan anggota Balai Polis Bukit Mertajam, telah menjalankan serbuan di sebuah premis kediaman di Jalan Utara, Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Hasil serbuan tersebut, seorang mangsa wanita warga asing berjaya diselamatkan. Dalam operasi yang sama, pihak polis turut menahan seramai 26 warga asing daripada pelbagai negara kerana disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia.
Empat lelaki dan seorang wanita warga asing kemudiannya didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Butterworth di hadapan Hakim Tuan Roslan bin Hamid atas pertuduhan di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) [Akta 670], dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda.
Selain itu, kelima-lima tertuduh bersama sembilan lagi warga asing turut didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala 12 warga asing yang lain didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Seorang lagi warga asing turut didakwa di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 kerana memiliki beberapa pasport yang bukan miliknya tanpa kuasa yang sah. Kesemua pertuduhan tersebut telah dibacakan di hadapan Majistret Puan Roshayati binti Radilan di Mahkamah Majistret 2, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, jika disabitkan kesalahan kerana tidak memiliki pas yang sah, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.00, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, serta boleh dikenakan sebatan tidak melebihi enam kali.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas lawatan yang sah (yang dalam kes ini telah tamat pada 4 Julai 2026), jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966, jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
โ๐
๐ผ๐๐๐ ๐๐๐๐ผ๐๐ผ ๐
๐๐๐ผ๐๐ผ๐โ