PPKK & ILKKM Pergigian Georgetown, Pulau Pinang

PPKK & ILKKM Pergigian Georgetown, Pulau Pinang Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia

Instagram

Formerly known as Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 ππ€π’πˆπŽππ€π‹ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π’πˆπ‡π€π“ (π€ππŒπ’) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπˆπŒπˆπ€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† πŸπŸŽπŸπŸ”Pada 5 Jun 2026 (...
10/06/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 ππ€π’πˆπŽππ€π‹ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π’πˆπ‡π€π“ (π€ππŒπ’) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπˆπŒπˆπ€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† πŸπŸŽπŸπŸ”

Pada 5 Jun 2026 (Jumaat) telah diadakan satu Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bertempat di Bilik Azalea, Aras G, Jabatan Kimia Negeri Pulau Pinang.

Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang dan berobjektif memupuk budaya hidup sihat dengan mengingkatkan literasi kesihatan rakyat. Pihak institusi telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kesihatan pergigian dan menjalankan pemeriksaan kesihatan pergigian bagi kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Antara aktiviti yang disediakan sepanjang program berlangsung ialah Ceramah Kesihatan Pergigian dan Pendidikan penjagaan kesihatan mulut yang telah disampaikan oleh Dr. Lardawan, serta kuiz berkaitan dengan pengetahuan kesihatan mulut. Aktiviti seterusnya merupakan pemeriksaan kesihatan pergigian bagi kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang oleh pegawai pergigian dari institusi PPKK & ILKKM.

Pihak institusi merakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang dan urusetia yang terlibat dalam menjayakan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2026 ini.

Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat meningkatkan literasi kesihatan orang awam dan seterusnya mengukuhkan budaya hidup sihat.

Jom tengok poster berikut untuk mendapatkan info tentang kesan buruk tabiat menghisap ibu jari!    Kredit Poster : Dr Am...
10/06/2026

Jom tengok poster berikut untuk mendapatkan info tentang kesan buruk tabiat menghisap ibu jari!



Kredit Poster : Dr Amir Hariz Bin Abd Aziz

Jom tengok poster berikut untuk membezakan doktor gigi haram dan doktor gigi bertauliah!    Kredit Poster : Dr Muhammad ...
03/06/2026

Jom tengok poster berikut untuk membezakan doktor gigi haram dan doktor gigi bertauliah!



Kredit Poster : Dr Muhammad Zuhaili Bin Abu Bakar

31/05/2026
Jom tengok poster berikut untuk mendapatkan info tentang kesan buruk amalan merokok kepada kesihatan pergigian sempena H...
31/05/2026

Jom tengok poster berikut untuk mendapatkan info tentang kesan buruk amalan merokok kepada kesihatan pergigian sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia!



Kredit Poster: Dr Lau Her Syee

𝐁𝐞𝐧𝐠𝐀𝐞π₯ 𝐊𝐚π₯π’π›π«πšπ¬π’ πŒπŽπ‡ 𝐌𝐨𝐝𝐒𝐟𝐒𝐞𝐝 πˆπ‚πƒπ€π’ (𝐌𝐌𝐈) 𝐝𝐚𝐧 π†π’π§π π’π―πšπ₯ 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐱 𝐟𝐨𝐫 π’πœπ‘π¨π¨π₯𝐜𝐑𝐒π₯𝐝𝐫𝐞𝐧 (π†πˆπ’)PPKK & ILKKM(P) telah melaksanakan...
28/05/2026

𝐁𝐞𝐧𝐠𝐀𝐞π₯ 𝐊𝐚π₯π’π›π«πšπ¬π’ πŒπŽπ‡ 𝐌𝐨𝐝𝐒𝐟𝐒𝐞𝐝 πˆπ‚πƒπ€π’ (𝐌𝐌𝐈) 𝐝𝐚𝐧 π†π’π§π π’π―πšπ₯ 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐱 𝐟𝐨𝐫 π’πœπ‘π¨π¨π₯𝐜𝐑𝐒π₯𝐝𝐫𝐞𝐧 (π†πˆπ’)

PPKK & ILKKM(P) telah melaksanakan Bengkel Kalibrasi MOH Modified ICDAS (MMI) & Gingival Index for Schoolchildren (GIS) pada 19 hingga 21 Mei 2025.

Objektif utama :
1.Menyeragamkan pemeriksaan pergigian (charting) dan penilaian status kesihatan gingiva murid sekolah di kalangan perawat.
2.Pengesanan kejadian penyakit pergigian serta penyakit gusi pada peringkat awal dan seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pergigian.

19/5/26 - Taklimat MMI & GIS oleh Dr. Nurasyikin binti Abdurahman dan Dr. Nurnatasya
20/5/26 - Kalibrasi GIS
21/5/26 - Kalibrasi MMI

Sebanyak 18 murid sekolah, 16 peserta terlibat dalam kalibrasi MMI & GIS.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua urus setia serta pihak sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Polo, atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan bengkel ini.

Jom tengok poster berikut untuk mendapatkan info tentang kesan merokok pada mulut!
27/05/2026

Jom tengok poster berikut untuk mendapatkan info tentang kesan merokok pada mulut!

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π ππ„π‹πˆπ€ πˆπ‹πŠπŠπŒ ππ„π‘π†πˆπ†πˆπ€π π†π„πŽπ‘π†π„π“πŽπ–ππŸπŸ‘ 𝐌𝐞𝐒 πŸπŸŽπŸπŸ”Program Parlimen Belia ILKKM Pergigian Georgetown telah berl...
25/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π ππ„π‹πˆπ€ πˆπ‹πŠπŠπŒ ππ„π‘π†πˆπ†πˆπ€π π†π„πŽπ‘π†π„π“πŽπ–π
πŸπŸ‘ 𝐌𝐞𝐒 πŸπŸŽπŸπŸ”

Program Parlimen Belia ILKKM Pergigian Georgetown telah berlangsung dengan jayanya pada 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Auditorium ILKKM Pergigian Georgetown.

Program ini mendapat sambutan hangat daripada seluruh pelatih dan bertujuan memberi pendedahan tentang prosedur sebenar pilihan raya serta memupuk kesedaran peranan belia dalam sistem demokrasi negara.

Terima kasih kepada 3 penceramah jemputan:
En. Mohd Suhaimi bin Sapie
En. Muhammad Taqiyuddin bin Mohammad Sukri
En. Ahmad Fitri bin Ahmad

Sesi yang interaktif dan penuh informasi berjaya menarik minat para pelatih. Pelatih turut didedahkan dengan tatacara pengundian, peranan pengundi, proses pencalonan dan cabaran dalam kelancaran pilihan raya.

Semoga program ini melahirkan generasi belia yang berpengetahuan, kritis dan cakna dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Address

No. 3, Jalan Sepoy Lines
George Town
10450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042299233

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKK & ILKKM Pergigian Georgetown, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PPKK & ILKKM Pergigian Georgetown, Pulau Pinang:

Share