31/08/2026
Rentetan perjalanan Malaysia bukan sahaja terpapar melalui peristiwa penting, malah terpancar pada landskap fizikal yang memayunginya. Merentasi era yang berbeza, bangunan dan ruang awam telah menjadi pentas kepada perdagangan, pentadbiran, ibadah, perhimpunan dan pembentukan negara. Seni bina setiap zaman mencerminkan fungsi dan cita citanya, sementara kehidupan di sekelilingnya menentukan bagaimana sesuatu tempat terus bermakna. Apabila ruang bersejarah dipulihara dan diberi nafas baharu, memorinya akan terus mekar, mengalir seiring degup nadi kemajuan negara.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, mari kita telusuri mercu tanda, seni bina dan naratif sejarah Malaysia, dari Fort Cornwallis dan Padang Kota Lama di pesisir George Town, ke Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak, hingga Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka yang menjadi saksi kepada detik kemerdekaan pada tahun 1957.
Selamat Hari Kebangsaan! 🇲🇾