23/08/2026
BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos 2026 โ Bertempat di Pusat Bowling Mydin, Bukit Mertajam, telah berlangsung Pertandingan Bowling Piala Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang pada jam 9.30 pagi, yang menghimpunkan warga kerja AADK Negeri Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD ), serta Klien RPDK setiap daerah dalam suasana penuh meriah, santai dan semangat kesukanan.
Pertandingan ini bukan sekadar mencari siapa yang paling banyak membuat strike, tetapi menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, meningkatkan semangat kerja berpasukan serta memberi ruang kepada warga kerja AADK, Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD ), serta Klien untuk beramah mesra.
Dalam pertandingan ini, Daerah Timur Laut berjaya menempatkan diri dalam senarai pemenang dimana pasukan Timur Laut B berjaya menjadi Juara berpasukan Pertandingan Bowling Piala Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, manakala Timur Laut A berjaya menduduki tempat ke 3. Kedua-dua pasukan membawa pulang piala, pingat, hamper beserta wang tunai yang lumayan. ๐ช๐ช๐
Program turut diserikan dengan kehadiran Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Puan Roswati Binti Apin, Penolong Pengarah Rawatan, Perubatan dan Pemulihan Negeri Pulau Pinang, Puan Lalithawathy A/P Kunaseelan, Ketua Daerah AADK Timur Laut, Tuan Azreel Azim Bin Abdul Alim.
Secara keseluruhannya, Pertandingan Bowling Piala Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang telah mencapai matlamatnya dalam mewujudkan suasana santai, sihat dan menyeronokkan dalam kalangan warga kerja AADK Negeri Pulau Pinang, JKPD dan juga Klien RPDK.
Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu medium untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim, meningkatkan motivasi dan membina pasukan kerja yang lebih mantap.
Kerana dalam AADK, bukan semua bola mesti kena strikeโฆ tetapi semangat kerja berpasukan mesti sentiasa tepat pada sasaran! ๐ณ๐ช๐
โStrike Semangat, Eratkan Silaturahim!โ
"Sukan Untuk Semua"