11/08/2026
ππππ ππππ πππππππ πππππππππ
ππππππππππ πππππππ πππππππππ πππ πππππππππ βππππππ π
ππ πππ
πππβ πππππππππ πππππ ππππππ ππππ
Selasa | 11 Ogos 2026
Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Dennis Lim Kwang Keng menghadiri Town Hall Meeting Inisiatif Pencegahan Jenayah Whitening The Blackspot βUnited For Safetyβ Kontinjen Pulau Pinang 2026 yang berlangsung di Dewan Yayasan Aman, Kubang Semang, Pulau Pinang.
Dalam sesi penerangan mengenai inisiatif Whitening The Blackspot, CP Datuk Dennis Lim Kwang Keng menjelaskan konsep, hala tuju serta kerangka pelaksanaannya yang memberi penekanan kepada pendekatan bersepadu dalam menangani isu keselamatan, jenayah, sosial, infrastruktur dan persekitaran di kawasan yang dikenal pasti sebagai blackspot.
Sebanyak lima kawasan blackspot di Kontinjen Pulau Pinang telah dikenal pasti bagi pelaksanaan inisiatif ini. Menerusi sesi libat urus tersebut, setiap jabatan, agensi dan rakan strategik berpeluang mengemukakan pandangan serta cadangan berdasarkan bidang kuasa dan kepakaran masing-masing, termasuk penyelarasan pelan tindakan, projek intervensi, keperluan sumber serta bentuk kerjasama yang bersesuaian.
Pelaksanaan inisiatif ini mengangkat pendekatan Whole of Government dan Whole of Society dengan menghimpunkan PDRM, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, wakil rakyat, komuniti, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta serta rakan strategik dalam satu gerak kerja bersama. Pendekatan ini diharap dapat menghasilkan langkah strategik yang lebih tersusun, berkesan dan mampan dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat, bersih, teratur dan kondusif selaras dengan aspirasi βUnited For Safetyβ.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, YB Tuan Kumaran Krishnan; Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Datuk Abdul Rahman bin Kassim; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang, SAC Helmi bin Aris; Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang, SAC Zakaria bin A. Rahim; wakil-wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan; wakil pihak berkuasa tempatan; pegawai kanan PDRM; wakil agensi dan rakan strategik; pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta tetamu jemputan.
πΈ Jurugambar : Kpl Amira (HEA/HEPP IPK Pulau Pinang)