Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang Page ini bertujuan memberi maklumat kepada warga Jabatan & orang awam berkaitan JKSNPP.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) ditubuhkan berdasarkan seksyen 42(1), (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993. Penubuhannya mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1994 mengikut Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jld. 40 Nombor 8 yang bertarikh 11 April 1996. Sejak ditubuhkan hingga 2 Januari 1997 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang dita

dbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP). Mulai 1 Januari 1997 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah diasingkan daripada Pengurusan JAIPP dan mempunyai pentadbirannya sendiri, di mana Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. Perjawatan yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk Jabatan ini pada mulanya ialah sebanyak 54 jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan 68 Tahun 1996 yang berkuatkuasa mulai 2 Mei 1996. Kemudian ditambah lagi menjadikan jumlah terkini adalah sebanyak 88 jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan Tahun 2006.

Program Cakna Masyarakat anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) merupakan inisiatif advokasi yan...
11/06/2026

Program Cakna Masyarakat anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) merupakan inisiatif advokasi yang memfokuskan kepada isu Nafkah, Kekeluargaan, dan khidmat Klinik Guaman di bawah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) serta Unit Sulh.

Tarikh : 16 Jun 2026 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya

Klinik Guaman Syarie Percuma Disediakan.

SEKALUNG PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Norazlan Bin Zakaria, Pe...
02/06/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Norazlan Bin Zakaria, Penolong Pegawai Tadbir N6 (TBK1) atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

Selamat maju jaya di Pejabat TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bermula 3 Jun 2026. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan serta sukses dalam menjalankan amanah di tempat baharu.

Ikhlas daripada :
YAA Dato’ Za’im bin Md Yudin
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

π——π—œπ—₯π—šπ—”π—›π—”π—¬π—¨ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Ba...
01/06/2026

π——π—œπ—₯π—šπ—”π—›π—”π—¬π—¨ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dalam memayungi negara, memelihara perpaduan rakyat dan memimpin Malaysia ke arah kemakmuran, keamanan serta kesejahteraan yang berterusan.

Sembah takzim daripada:
Yang Amat Arif Dato’ Zaim bin Md Yudin
Ketua Hakim Syarie
serta seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

Salam Aidiladha 1447H | 2026MSelamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya pada 27 Mei 2026 be...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H | 2026M

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H. Semoga segala amal ibadah, khususnya ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun ini, diterima dan diberkati Allah SWT.

Aidiladha mengingatkan kita akan kisah pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan Nabi Ibrahim AS serta Nabi Ismail AS dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Semoga semangat pengorbanan dan ketakwaan ini terus menjadi pedoman dalam kehidupan, di samping memperkukuh nilai amanah, ukhuwah dan kebersamaan dalam masyarakat.

Ikhlas daripada:
Yang Amat Arif Dato’ Za’im Bin Md Yudin
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir dan Batin πŸŒ™

SEKALUNG PENGHARGAANJabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan teri...
18/05/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

Tuan Shafezan Bin Rusli
Pegawai Syariah LS9

atas segala jasa, komitmen, dedikasi serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama JKSNPP.

Seluruh warga JKSNPP mendoakan agar beliau terus maju jaya dan cemerlang dalam penempatan baharu di Pejabat Peguam Negara.

β€œJasa dikenang, budi dihargai.”

Ikhlas daripada:
Yang Amat Arif Dato’ Za’im Bin Md Yudin
Ketua Hakim Syarie
& Seluruh Warga JKSNPP

AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 DAN SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH MS ISO 37001:2025 JABATAN K...
13/05/2026

AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 DAN SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH MS ISO 37001:2025 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

13 Mei 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah berjaya menjalani Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Antirasuah MS ISO 37001:2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Mei 2026.

Audit pemantauan tersebut telah dilaksanakan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dihadiri oleh barisan auditor Encik Mohd Hisyam bin Mahadi, Encik Khalid bin Saleman dan Puan Kamsiah binti Mansoor.

Pelaksanaan audit ini melibatkan beberapa lokasi di bawah pentadbiran JKSNPP iaitu di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut serta Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara.

Tuan Asrul Nizam bin Yahya, Ketua Pendaftar JKSNPP berkata audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan berterusan sistem pengurusan jabatan terhadap keperluan piawaian yang ditetapkan, di samping memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem dalam mencapai objektif organisasi.

Menurut beliau, audit berkenaan turut memberi ruang kepada jabatan untuk mengenal pasti peluang penambahbaikan, menilai keberkesanan perubahan sistem serta mengesahkan pelaksanaan tindakan pembetulan hasil audit terdahulu.

Beliau turut memaklumkan bahawa skop pensijilan melibatkan pengurusan dan pentadbiran kes-kes mal, jenayah serta faraid, selain perkhidmatan sokongan jabatan. Bagi SPAR MS ISO 37001:2025 p**a fokus diberikan kepada pengukuhan sistem pengurusan antirasuah dalam menyokong fungsi teras jabatan.

Dalam perkembangan berkaitan, JKSNPP merupakan antara Mahkamah Syariah terawal di Malaysia yang telah memperoleh pensijilan SPAR MS ISO 37001:2016 sekali gus mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh integriti, ketelusan dan tadbir urus bebas rasuah.

Pelaksanaan audit kali ini juga signifikan kerana turut melibatkan proses peralihan kepada versi baharu piawaian SPAR MS ISO 37001:2025 yang memberi penekanan kepada pendekatan berasaskan risiko, pengukuhan kawalan dalaman, peningkatan akauntabiliti pengurusan tertinggi serta pemantauan lebih berkesan dalam pencegahan rasuah.

Dalam sesi penutupan audit, pihak auditor telah mencadangkan beberapa penambahbaikan bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaan sistem pengurusan kualiti dan antirasuah jabatan agar kekal relevan, efektif dan memenuhi kehendak piawaian semasa.

JKSNPP menzahirkan komitmen penuh untuk terus memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah yang cekap, telus dan berintegriti demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi kehakiman syariah di negeri Pulau Pinang.

🌟 SEKALUNG TAHNIAH 🌟Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepadaPuan Siti Fai...
12/05/2026

🌟 SEKALUNG TAHNIAH 🌟

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

Puan Siti Fairuz binti Mustafa

atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi dan pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh integriti serta memberikan perkhidmatan terbaik demi memartabatkan institusi kehakiman syariah.

Tahniah dan syabas atas dedikasi serta komitmen yang cemerlang.


Cemerlang

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PELAKSANAAN HAKAM DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG8 Mei 2026 I Taklimat Garis Panduan Pela...
08/05/2026

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PELAKSANAAN HAKAM DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

8 Mei 2026 I Taklimat Garis Panduan Pelaksanaan Hakam telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Taklimat ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Asrul Nizam bin Yahya, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP). Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pemahaman yang jelas terhadap tatacara dan pelaksanaan Hakam agar pengurusan kes dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, efisien dan selaras dengan kehendak undang-undang serta hukum syarak.

Taklimat kemudiannya telah disampaikan oleh Tuan Mohd Hafiz bin Idris, Pegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidikan JKSNPP. Sesi tersebut memberi penerangan berkaitan garis panduan, prosedur pelaksanaan Hakam serta isu-isu berkaitan yang melibatkan pengendalian kes di Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Selain itu, sesi taklimat turut membincangkan beberapa cadangan pindaan dan penambahbaikan terhadap proses pelaksanaan Hakam bagi memperkemaskan lagi tatacara pengendalian kes serta memastikan proses yang lebih efektif, teratur dan selaras dengan kehendak hukum syarak dan undang-undang.

Taklimat ini diharap dapat meningkatkan kefahaman serta kompetensi pegawai berkaitan dalam memperkukuhkan pelaksanaan prosiding Hakam di Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang.

Program Cakna Masyarakat (Nafkah dan Kekeluargaan)Bahagian Sokongan Keluarga dan Unit SulhTarikh : 5 Mei 2026 (Selasa)Ma...
05/05/2026

Program Cakna Masyarakat (Nafkah dan Kekeluargaan)
Bahagian Sokongan Keluarga dan Unit Sulh
Tarikh : 5 Mei 2026 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : MRS Daerah Seberang Perai Utara
Klinik Guaman Syarie Percuma Disediakan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 1 MEI 2026.Semoga segala usaha dan dedikasi para pekerja terus menjadi pemangkin kemajuan...
01/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 1 MEI 2026.

Semoga segala usaha dan dedikasi para pekerja terus menjadi pemangkin kemajuan negara.

Ikhlas daripada :
Seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

Address

No. 3 Jalan Batu Gantung
George Town
11400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6048307777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang:

Share

Category