23/08/2026
TIPU TAWARAN KERJA
JANGAN MUDAH TERPEDAYA!
Penipuan tawaran kerja semakin berleluasa di media sosial dan aplikasi pesanan. Scammer menggunakan pelbagai helah untuk menipu mangsa supaya membayar sejumlah wang atau memberikan maklumat peribadi.
Modus operandi scammer :
1. Tawaran kerja menarik melalui media sosial, WhatsApp, Telegram, Facebook dan lain-lain.
2. Meminta mangsa membayar “yuran pendaftaran”, “kos latihan”, “caj pemprosesan” dan sebagainya.
3. Menawarkan kerja sambilan atau sepenuh masa dengan janji pulangan lumayan.
4. Ada juga menawarkan kerja atas talian dari luar negara seperti menjadi ejen, promoter atau agen tertentu.
Tanda- tanda penipuan :
1. Tawaran kerja terlalu mudah dan gaji yang sangat tinggi.
2. Syarikat tidak mempunyai laman web rasmi atau profil yang sah.
3. Diminta membuat pembayaran ke akaun peribadi.
4. Komunikasi hanya melalui aplikasi pesanan, tanpa pertemuan fizikal.
5. Iklan kerja yang sering ditukar atau dipadam selepas beberapa hari.
Tips untuk anda :
1. Jangan mudah percaya dengan tawaran kerja yang tidak rasmi.
2. Semak kesahihan syarikat melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
3. Jangan berkongsi maklumat peribadi atau membuat pembayaran untuk tujuan “permulaan kerja”.
4. Laporkan kepada pihak polis jika anda mengesyaki penipuan.
5. Lindungi diri anda daripada penipuan! Kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga supaya mereka juga tidak menjadi mangsa.
Jangan biarkan scammer semakin bijak dari kita‼️
========================================
🛑 SALURKAN MAKLUMAT ANDA ❗️
Facebook IPD Timur Laut :-
https://www.facebook.com/ipdtimurlaut/
Channel telegram IPD Timur Laut :-
https://t.me/IPD_TIMURLAUT
WhatsApp IPD Timur Laut:-
wasap.my/60195641822