Unit Tentera JKR Negeri Pulau Pinang

Unit Tentera JKR Negeri Pulau Pinang KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN FASILITI KEM TENTERA DARAT, KEM TENTERA LAUT DAN KEM TENTERA UDARA Daerah Timur Laut (DTL)
a. b. c. Daerah Barat Daya (DBD)
a.

UNIT TENTERA JKR NEGERI PULAU PINANG

Perkhidmatan UTN Pulau Pinang merangkumi skop kerja penyelenggaraan bangunan teknikal dan bangunan rumah keluarga (RKAT) yang meliputi tiga (3) daerah di Pulau Pinang iaitu :-

1. Kem Tentera Laut
- Pejabat Wakil Tentera Laut (RNO).
- Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (KD Sri Pinang). Kem Tentera Darat
- Batalion 1

509 Askar Wataniah Batu Uban.
- Markas Staf Stesen Pulau Pinang (MSSPP) Kem Batu Feringghi.
- Rejimen 509 Askar Wataniah Lebuh Peel. Kem Tentera Udara
- SKN 312 Western Hill Bukit Bendera.

2. Kem Tentera Darat
- Batalion 2 Rejimen Askar Melayu Diraja (2RAMD) Kem Sungai Ara.

3. Daerah Seberang Perai Utara (SPU)
a. Kem Tentera Udara
- Pangkalan TUDM Butterworth. Kem Tentera Laut
- Unit Bantuan Utara. (UBU TLDM)

GOTONG ROYONG PEJABAT OPERASI JKR KEM SUNGAI ARA21 Julai 2025 | IsninSatu program gotong royong telah diadakan di Pejaba...
09/08/2025

GOTONG ROYONG PEJABAT OPERASI JKR KEM SUNGAI ARA

21 Julai 2025 | Isnin

Satu program gotong royong telah diadakan di Pejabat Operasi Kem Sungai Ara, pada jam 9.00 pagi. Aktiviti ini melibatkan penyertaan daripada kakitangan PO Kem Sungai Ara dan Kakitangan UTNPP yang ditempatkan di CKE Pulau Pinang.

Objektif program ini adalah untuk :-

1. meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan pejabat.

2. ⁠memupuk semangat kerjasama & mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan pejabat operasi.

3. menyemai nilai - nilai murni di kalangan kakitangan pejabat operasi.

Program gotong royong dimulakan dengan satu sesi taklimat ringkas dan pembahagian ahli kumpulan dan diakhiri dengan sesi bergambar.





7 OGOS 2025 | KHAMISUTNPP mengadakan Lawatan Teknikal ke Unit Tentera JKR TUDM SubangSUBANG, 7 Ogos – Unit Tentera JKR N...
09/08/2025

7 OGOS 2025 | KHAMIS

UTNPP mengadakan Lawatan Teknikal ke Unit Tentera JKR TUDM Subang

SUBANG, 7 Ogos – Unit Tentera JKR Negeri Pulau Pinang (UTNPP) telah mengadakan lawatan teknikal ke Unit Tentera JKR TUDM Subang hari ini bagi tujuan perkongsian ilmu serta pertukaran pengalaman dalam pengendalian kerja-kerja penyenggaraan di kem tentera, khususnya di Pangkalan Udara TUDM.

Rombongan seramai 11 orang diketuai oleh Ketua UTNPP, Ir. Ts. Rosmaida binti Alias, bersama empat (4) Penolong Jurutera Awam, seorang (1) Penolong Juruukur Bahan, dua (2) Pembantu Kemahiran dan tiga (3) Pembantu Khidmat Am.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh Ketua Unit Tentera JKR TUDM Subang iaitu Mat Amir Bin Yaacob dan kakikatangan JKR TUDM Subang. Lawatan dimulakan dengan ucapan aluan, diikuti sesi taklimat dan perkongsian maklumat berkaitan pengurusan kontrak secara bermasa / berkala, pengurusan aduan dan perkara berkaitan bagi skop Awam, Elektrik dan Mekanikal. Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati serta sesi bergambar antara kedua-dua unit.

Lawatan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama serta meningkatkan keupayaan kedua-dua unit dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.





Sesi Taklimat Pentadbiran  Dan Majlis Perpisahan Sempena Pertukaran  Kakitangan Unit Tentera JKR Negeri Pulau Pinang Tar...
07/08/2025

Sesi Taklimat Pentadbiran Dan Majlis Perpisahan Sempena Pertukaran Kakitangan Unit Tentera JKR Negeri Pulau Pinang

Tarikh : 4 Ogos 2025
Masa : 9.00 Pagi
Tempat: Pejabat Operasi JKR Kem Sungai Ara

Atucara Program
1. Ucapan amanat oleh YBhg. Ir. Ts. Rosmaida Binti Alias, Ketua Unit Tentera JKR Negeri Pulau Pinang.
- Mesyuarat Pengurusan

2. Sesi taklimat pentadbiran.
- Disampaikan oleh Pn. Noor Syazalina Binti
Mohd Yusuf (Penolong Pegawai Tadbir
Kanan) dan Pn. Shazwani Binti Mad Zaki
(Penolong Akauntan) dari JKR Pulau
Pinang.

3. Penyampaian cenderahati kepada kakitangan
yang telah bertukar.
- Kepada Pn. Nurul Izatti Binti Zamri yang
bertukar ke Jabatan Pendidikan Negeri
Perak.

4. Sesi semakan buku perkhidmatan / hand-on
OT & TNT / kemaskini diskripsi tugas (JD)





Lawatan Kerja Bahagian Kewangan Ke Pejabat JKR Unit Tentera Negeri Pulau Pinang Tarikh : 31 Julai 2025Masa : 9.00 PagiLo...
05/08/2025

Lawatan Kerja Bahagian Kewangan Ke Pejabat JKR Unit Tentera Negeri Pulau Pinang

Tarikh : 31 Julai 2025
Masa : 9.00 Pagi
Lokasi : Pejabat JKR Daerah Timur Laut

Atucara Program
1. Sesi taklimat ringkas dan lawatan ke tapak cadangan Pejabat Unit Tentera JKR Pulau Pinang.
2. Lawatan ke Pusat Radar Western Hill, Bukit Bendera.
3. Lawatan ke Markas Staf Stesen Pulau Pinang,
Kem Batu Ferengghi.

Hebahan poster dan tontonan video iamjkr kepada kakitangan Utnpp semasa mesyuarat pengurusan.Unit Tentera JKR Negeri Pul...
05/08/2025

Hebahan poster dan tontonan video iamjkr kepada kakitangan Utnpp semasa mesyuarat pengurusan.

Unit Tentera JKR Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dalam mengekalkan budaya kerja yang berintegriti, inovatif dan berfokus pelanggan selaras dengan aspirasi

Dengan mengamalkan nilai-nilai ICE, budaya kerja I2C serta kepimpinan PERC, kami terus melangkah ke arah kecemerlangan perkhidmatan.

Kami bangga menjadi sebahagian daripada pasukan yang berdedikasi membina masa depan negara! 🇲🇾





Address

Pejabat Jurutera Daerah Timur Laut, 2851-N, Jalan JKR, Sungai Pinang
George Town
11600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Tentera JKR Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share