JKR Fun Run 2025

JKR Fun Run 2025 π‘Ίπ’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• π’…π’‚π’•π’‚π’π’ˆ π’Œπ’† π‘­π’‚π’„π’†π’ƒπ’π’π’Œ π’‘π’‚π’ˆπ’† π’“π’‚π’”π’Žπ’Š π’ƒπ’‚π’ˆπ’Š π’‘π’“π’π’ˆπ’“π’‚π’Ž 𝑱𝑲𝑹 𝑭𝒖𝒏 𝑹𝒖𝒏 2025

E-certificate | JKR Fun Run 2025 | Howei Online Event Registration
30/10/2025

E-certificate | JKR Fun Run 2025 | Howei Online Event Registration

Howei is your one stop online registration and event management platform with events of all kinds of sports from cycling, marathon to running events in all over Malaysia

πŸŽ‰ Sambutan Hari Lahir di JKR Fun Run 2025! πŸŽ‚πŸ’›JKR FUN RUN bukan sahaja hari larian penuh semangat, tetapi JKR Fun Run 202...
14/10/2025

πŸŽ‰ Sambutan Hari Lahir di JKR Fun Run 2025! πŸŽ‚πŸ’›

JKR FUN RUN bukan sahaja hari larian penuh semangat, tetapi JKR Fun Run 2025 juga menjadi kenangan manis buat beberapa peserta yang menyambut hari lahir pada tarikh yang sama iaitu 12 Oktober! 🎈🎁
Kami di pihak Jawatankuasa Penganjur JKR Fun Run 2025 mengambil kesempatan untuk meraikan mereka secara ringkas tetapi penuh bermakna di Padang Kota Lama pada hari berlangsungnya JKR Fun Run.
Terima kasih tuan/puan kerana memilih untuk β€œberlari bersama kami” pada hari lahir anda. Semoga anda semua terus dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dikurniakan kebahagiaan dan kejayaan berpanjangan. 🌟
Betul orang kata, rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan tahun ini, hadiah hari lahir anda adalah kenangan berlari bersama 2,600 peserta dan diraikan oleh 2,600 rakan baharu dari seluruh Malaysia! πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan penaja Nippon Paint atas tajaan hadiah istimewa ini.
πŸ“ JKR Fun Run 2025 – 12 Oktober 2025, Jalan Padang Kota Lama, Pulau Pinang
πŸ’™ Together We Deliver, I Am JKR







πŸ“Έ LENSA JKR FUN RUN 2025 πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨Sekitar lensa JKR Fun Run 2025. Dari awal pagi hingga ke garisan penamat, semangat, se...
14/10/2025

πŸ“Έ LENSA JKR FUN RUN 2025 πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨

Sekitar lensa JKR Fun Run 2025. Dari awal pagi hingga ke garisan penamat, semangat, senyuman dan lautan merah baju larian menyerikan suasana di sepanjang laluan 5KM.
Setiap detik yang dirakam dari bermula sesi pemanasan badan, larian santai hinggalah ke sesi cabutan bertuah menggambarkan semangat β€œTogether We Deliver” yang sebenar! πŸ’ͺ❀️
Teruskan menikmati sorotan kenangan indah ini melalui Lensa JKR Fun Run 2025. Mungkin wajah anda ada di antara gambar-gambar ini πŸ˜‰πŸ“·
Link gambar : https://tinyurl.com/jkrfunrun2025






πŸ’› Kisah di Sebalik β€œPeserta Paling Jauh” ✈️Sebelum sesi cabutan bertuah bermula, urus setia sempat buat satu kejutan kec...
14/10/2025

πŸ’› Kisah di Sebalik β€œPeserta Paling Jauh” ✈️

Sebelum sesi cabutan bertuah bermula, urus setia sempat buat satu kejutan kecil tapi penuh makna , penghargaan khas untuk 4 peserta paling jauh yang terbang dari SABAH semata-mata untuk menyertai JKR Fun Run 2025 di Padang Kota Lama! πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈβœ¨
Al-kisahnya, empat sahabat dari Sabah ni sebenarnya dah beli tiket penerbangan ke Pulau Pinang lebih awal, tapi ada satu β€œplot twist", mereka terlupa nak daftar JKR Fun Run! πŸ˜…
Bila mereka hubungi urus setia, waktu tu pendaftaran baru saja ditutup sehari sebelum. Tapi semangat dan kesungguhan mereka memang luar biasa, siap buat special request minta kami buka semula pendaftaran khas. Tunjuk tiket flight sebagai bukti. πŸ’¬
Atas dasar semangat sukan dan tanda penghargaan kepada mereka yang sanggup datang dari jauh, pihak kakak kakak urus setia buat meeting karipap dulu dan sebulat suara bersetuju buka semula aplikasi pendaftaran untuk satu hari sahaja lagi.
Dan hasilnya, dalam masa tak sampai 12 jam tu, jumlah peserta melonjak daripada 2,500 ke 2,600 orang! πŸ”₯

Sungguh inspirasi semangat mereka ni, bukan sekadar datang berlari, tapi menunjukkan erti sebenar β€œTogether We Deliver”. πŸ’ͺ
Betoi dah lirik lagu ni 🀭
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik-cantik memang tidak lari
Terima kasih kepada semua peserta dari seluruh negara tak kira dari utara, selatan, timur, barat kerana menjadikan JKR Fun Run 2025 satu acara yang penuh warna, semangat dan persahabatan ❀️
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan penaja Nippon Paint atas tajaan hadiah istimewa ini.







🌟 TERIMA KASIH DARIPADA KAMI, JAWATANKUASA PENGANJUR JKR FUN RUN 2025! 🌟Alhamdulillah, ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰πŠπ‘ 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ telah be...
13/10/2025

🌟 TERIMA KASIH DARIPADA KAMI, JAWATANKUASA PENGANJUR JKR FUN RUN 2025! 🌟

Alhamdulillah, ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰πŠπ‘ 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ telah berlangsung dengan penuh meriah dan berjaya menghimpunkan lebih 2,600 peserta dari seluruh Malaysia termasuk warga JKR, agensi kerajaan dan masyarakat awam dalam suasana penuh semangat kesukanan dan kekeluargaan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, rakan penaja, rakan kolaborasi, petugas, sukarelawan serta barisan Jawatankuasa Penganjur yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini. Sokongan dan komitmen anda semua menjadi pemangkin utama kejayaan acara ini serta melambangkan semangat β€œTogether We Deliver” yang menyatukan kita di bawah identiti β€œI Am JKR.”

πŸƒβ€β™‚οΈ 🀝 Semoga JKR Fun Run menjadi platform berterusan dalam memupuk gaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim dan memupuk perpaduan antara warga jabatan dan komuniti. Dengan semangat β€œSihat Bersama, Kuat Bersama”, marilah kita terus melangkah ke hadapan demi membangunkan masyarakat yang lebih berdaya tahan dan berkesejahteraan.

Kami selaku Jawatankuasa Penganjur juga ingin memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program ini. Semoga setiap peserta membawa pulang kenangan dan memori indah bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti JKR pada hari program iniπŸ’›

πŸ’™ Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda β€” Together We Deliver, I Am JKR!







Nantikan gambaq rasmi JKR FUN RUN 2025 di page ni. Mesti tak sabaq kan duk tunggu gambaq masing masing! Follow rapat oke...
13/10/2025

Nantikan gambaq rasmi JKR FUN RUN 2025 di page ni. Mesti tak sabaq kan duk tunggu gambaq masing masing! Follow rapat okeh!!!





πŸƒβ€β™€οΈ HARI LARIAN JKR FUN RUN 2025 πŸƒβ€β™‚οΈπŸ“… Ahad, 12 Oktober 2025πŸ“ Padang Kota Lama, Pulau PinangHai semua peserta  ! 🌟Sedik...
11/10/2025

πŸƒβ€β™€οΈ HARI LARIAN JKR FUN RUN 2025 πŸƒβ€β™‚οΈ

πŸ“… Ahad, 12 Oktober 2025
πŸ“ Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Hai semua peserta ! 🌟
Sedikit makluman penting untuk hari acara nanti πŸ‘‡

πŸ•Œ Kemudahan Solat Subuh
Peserta beragama Islam boleh menunaikan solat Subuh di Surau Bandaraya MBPP, Lebuh Duke
πŸ“ https://maps.app.goo.gl/kdv6Esqvt2jrVsef7

πŸš— Tempat Letak Kenderaan
Kenderaan boleh diparkir di petak-petak parkir sekitar Jalan Padang Kota Lama.
Memandangkan ruang parkir agak terhad, peserta digalakkan datang awal bagi mengelakkan kesesakan.

πŸ…ΏοΈ Alternatif Parkir Tambahan
Boleh juga letak kenderaan di kawasan sekitar KOMTAR dan gunakan perkhidmatan bas percuma CAT (CAT Service) 🚍
Laluan: Jeti – Komtar – Jeti
Kekerapan bas: setiap 10–15 minit.

Terima kasih atas sokongan anda semua πŸ’›
Jumpa di Padang Kota Lama pada 12 Oktober 2025! πŸŽ‰







πŸ“’ PENGAMBILAN KIT LARIAN (RACE KIT COLLECTION)Hai semua peserta JKR Fun Run 2025 πŸ‘‹Jangan lupa ya, pengambilan race kit b...
10/10/2025

πŸ“’ PENGAMBILAN KIT LARIAN (RACE KIT COLLECTION)

Hai semua peserta JKR Fun Run 2025 πŸ‘‹
Jangan lupa ya, pengambilan race kit bermula hari ini di lokasi berikut:

πŸ“… 10 Oktober 2025 (Jumaat)
πŸ•› 12.00 tengah hari – 8.00 malam
πŸ“ Decathlon Klippa, Batu Kawan

Kalau tak sempat datang hari ini, jangan risau!
Ada sesi berikutnya di lokasi dibawah:

πŸ“… 11 Oktober 2025 (Sabtu)
πŸ•› 12.00 tengah hari – 8.00 malam
πŸ“ Decathlon Gurney Paragon

πŸ“… 12 Oktober 2025 (Ahad) (Hari Acara)
πŸ•• 6.00 pagi – 7.30 pagi
πŸ“ Khemah Urus Setia, Jalan Padang Kota Lama

Bawa resit pendaftaran (e-ticket) masa ambil ya.

Jumpa nanti di lokasi pengambilan! 🟑







Assalamualaikum dan Salam sejahtera para peserta JKR FUN RUN 2025!Terima kasih kepada 2600 peserta yang telah mendaftar....
06/10/2025

Assalamualaikum dan Salam sejahtera para peserta JKR FUN RUN 2025!

Terima kasih kepada 2600 peserta yang telah mendaftar.

Sukacita kami ingin memaklumkan beberapa perkara penting berkaitan pengambilan kit peserta JKR FUN RUN 2025:

πŸƒβ€β™‚οΈ PENGAMBILAN KIT PESERTA (RACE KIT)
πŸ“… Tarikh pengambilan:
10 Oktober 2025 (Jumaat)
πŸ“ Lokasi: Decathlon Klippa Batu Kawan
(https://maps.app.goo.gl/MNj9n5rgeGtATVeg9)

πŸ“… Tarikh pengambilan:
11 Oktober 2025 (Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Decathlon Gurney Paragon
(https://maps.app.goo.gl/4inWqqhsE1o9xFWR9)

Namun begitu, bagi peserta yang tidak sempat mengambil kit pada tarikh tersebut, anda masih berpeluang untuk walk-in pada pagi hari acara, iaitu:

πŸ—“οΈ 12 Oktober 2025 (Ahad)
⏰ Bermula jam 6.00 pagi
πŸ“ Kaunter Urusetia, Jalan Padang Kota Lama, Pulau Pinang

πŸ“¦ PENGEPOSAN BAJU
Bagi peserta yang tidak dapat hadir pada hari acara dan ingin membuat permohonan pengeposan baju, sila hubungi pihak urusetia sebelum 12 Oktober 2025. Permohonan selepas 12 Oktober 2025 tidak akan dilayan, selaras dengan syarat penyertaan yang telah ditetapkan.

βœ… Penghantaran baju akan dibuat dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas acara berlangsung.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kakak kakak urusetia :
πŸ“² Azirah – https://wa.me/601151142532?text=JKRFunRun2025
πŸ“² Nurul – https://wa.me/60173725829?text=JKRFunRun2025
πŸ“² Syuhaida – https://wa.me/601129235858?text=JKRFunRun2025
πŸ“² Sharifah – https://wa.me/60125735796?text=JKRFunRun2025

Sekian, harap maklum dan terima kasih atas sokongan anda semua!
Jumpa anda di Padang Kota Lama pada 12 Oktober 2025! πŸŽ‰







πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ EVENT KIT COLLECTION – JKR FUN RUN 2025 πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈHai semua geng lari! Mai pakat ambik kit larian hampa ikut tari...
23/09/2025

πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ EVENT KIT COLLECTION – JKR FUN RUN 2025 πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

Hai semua geng lari! Mai pakat ambik kit larian hampa ikut tarikh dan tempat ni naa:

πŸ“… 10 Oktober 2025 (Jumaat)
πŸ•› 12.00 t/hari – 8.00 mlm
πŸ“ Decathlon Batu Kawan

πŸ“… 11 Oktober 2025 (Sabtu)
πŸ•› 12.00 t/hari – 8.00 mlm
πŸ“ Decathlon Gurney Paragon

🎁 Dalam kit ada apa?
πŸ‘• Jersey rasmi JKR Fun Run 2025
πŸ”’ Bib number
🎟️ Wristband
🏷️ Tiket Cabutan bertuah

Jgn lupa mai ambik ikut tarikh dan masa yang kami bagi tu, satgi lambat susah naa.

Kalau ada perubahan, kami akan habaq pi mai kot sini jugak.

Kami tak sabaq nak jumpa semua masa hari event nanti! πŸŽ‰

β€œTOGETHER WE DELIVER”







⛔️ PENDAFTARAN JKR FUN RUN 2025 TELAH DITUTUP⛔️Geng! Dukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi program JKR FUN RUN 20...
08/09/2025

⛔️ PENDAFTARAN JKR FUN RUN 2025 TELAH DITUTUP⛔️

Geng! Dukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi program JKR FUN RUN 2025 telah ditutup secara rasmi tepat jam 12.00 pagi pada 6 September 2025 (Jumaat).

Begitu juga dengan pembelian baju, juga telah ditutup.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah mendaftar dan menyokong program ini. Sokongan anda amat bermakna bagi kami dan seluruh jawatankuasa penganjur.

Kalau ada apa-apa soalan lain, boleh roger geng urus setia dibawah :

πŸ“² Azirah – https://wa.me/601151142532?text=JKRFunRun2025
πŸ“² Nurul – https://wa.me/60173725829?text=JKRFunRun2025
πŸ“² Syuhaida – https://wa.me/601129235858?text=JKRFunRun2025
πŸ“² Sharifah – https://wa.me/60125735796?text=JKRFunRun2025

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan semua peserta dari seluruh Malaysia! πŸ™

Kami tak sabar nak jumpa semua masa hari event nanti! πŸŽ‰

β€œTOGETHER WE DELIVER”







Berbaki 1 hari lagi sebelum pendaftaran JKR Fun Run 2025 ditutup! JANGAN LEPASKAN PELUANG! πŸ“ Lokasi: Padang Kota Lama, P...
04/09/2025

Berbaki 1 hari lagi sebelum pendaftaran JKR Fun Run 2025 ditutup! JANGAN LEPASKAN PELUANG!

πŸ“ Lokasi: Padang Kota Lama, Pulau Pinang
πŸ“… Tarikh: 12 Oktober 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Jarak: 5KM Fun Run

πŸ’₯ APA ANDA AKAN DAPAT:

πŸ… Medal finisher eksklusif
πŸ‘• Jersey rasmi larian
πŸŽ‰ Cabutan bertuah (hadiah-hadiah menarik!)

πŸ“£ Daftar SEGERA sebelum 6 September 2025!
Gunakan KOD PROMO: JKR2025 untuk diskaun RM5!

πŸ“ DAFTAR SEKARANG DI:

πŸ”— Howei: https://howei.com/event_details/jkrfunrun2025

πŸ”— Ticket2U: https://www.ticket2u.com.my/event/44287

πŸ”— HeyJom: https://www.heyjom.com/event/JKR-FUN-RUN-2025

πŸ’¬ Ayuh gegarkan Penang sama-sama!

Address

Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang
George Town
11600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Fun Run 2025 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share