DPPK Jelutong

DPPK Jelutong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DPPK Jelutong, Political organisation, No 2. Bazar Wakaf Masjid Shrikh Eusoff, George Town.

21/03/2026

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2026 / 1447

YAB DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya, kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Kini, tibalah masa untuk kita meraikan Aidilfitri sebagai hari kemenangan melawan hawa nafsu, meningkatkan ketakwaan, serta memperkukuh keimanan.

Namun, dalam kegembiraan menyambut Syawal, janganlah kita berlebihan. Aidilfitri bukan sekadar perayaan budaya, tetapi adalah ibadah yang sarat dengan nilai kesederhanaan dan kesyukuran.

Justeru, peliharalah segala amalan baik yang telah kita didik sepanjang Ramadan. Jagalah batas pergaulan, peliharalah aurat dan tingkah laku ketika berhimpun, serta elakkan pembaziran dalam apa jua bentuk.

Satu perkara lagi, aspek keselamatan jangan dipandang ringan, khususnya di jalan raya. Setiap tahun, kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa pada musim perayaan.

Saya menyeru agar semua orang berhati-hati, mematuhi undang-undang dan tidak bersikap terburu-buru. Janganlah kegembiraan Aidilfitri bertukar menjadi kesedihan buat keluarga dan insan tersayang.

Muslimin dan Muslimat yang saya kasihi,

Dalam kita meraikan hari yang mulia ini, janganlah kita melupakan saudara kita di serata dunia yang diuji dengan kezaliman. Teruskan berdoa buat mereka, kerana doa adalah senjata orang mukmin.

Sesungguhnya, ramai dalam kalangan kita yang merindui Ramadan yang telah pergi. Namun, tiada jaminan untuk kita bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang.

Oleh itu, marilah kita terus mengekalkan semangat ‘Madrasah Ramadan’ dengan memperbanyakkan amalan, termasuk berpuasa sunat di bulan Syawal.

Saya juga ingin mengalu-alukan kepulangan anak-anak Kedah di perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bersama keluarga tercinta.

Akhir kata, kepada seluruh warga Kedah Darul Aman, saya mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Jemput datang beramai-ramai ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon pada 27 Mac 2026 jam 5 petang hingga 10 malam.

Salam hormat,

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

.

21/03/2026

Keluarnya kita daripada madrasah Ramadan, moga kita kekal istiqamah dengan amalan dan tarbiyyah yang telah kita terapkan sepanjang Ramadan.
Eid Mubarak diucapkan kepada semua, khususnya warga Jelutong.
Maaf Zahir dan Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

02/02/2026

Takziah diucapkan kepada Ayahanda Mazlan yang kehilangan anakandanya dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangka tengahari tadi.
Alhamdulillah, pengebumian anakanda beliau berjalan dengan begitu lancar dan baik. Ramai yang hadir, dan dikhabarkan ada kenalan yang datang dari jauh semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Moga Abang Mazlan sekeluarga diberi ketabahan dan kesabaran dalam menempuh ujian ini
Al-Fatihah

02/02/2026
28/01/2026


22/01/2026

“Kes rasuah berprofil tinggi yang disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku adalah isyarat jelas bahawa gejala ini sudah merebak dengan sangat parah. Hukuman kepada penerima rasuah memang perlu, tetapi yang lebih utama ialah tindakan tegas terhadap pemberi rasuah dan orang tengah.”

22/01/2026

“Isu pemandu mabuk yang melanggar hingga meragut nyawa orang tidak bersalah bukan lagi kes terpencil. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang menggubal undang-undang yang lebih tegas dengan hukuman jauh lebih berat, serta membolehkan waris mangsa menuntut pampasan kewangan? Jika tidak, ini merupakan satu ketidakadilan besar kepada mangsa dan keluarga mereka.”

22/01/2026

“Di negara kita, semakin banyak penyakit berpunca daripada interaksi manusia, haiwan dan alam sekitar. Sejauh mana peranan dan perancangan kerajaan dalam pendekatan 'One Health' benar-benar mencegah penyakit di peringkat komuniti melalui penyelarasan yang berkesan antara sektor kesihatan, veterinar dan alam sekitar demi perlindungan kesihatan awam yang menyeluruh.”

22/01/2026

Address

No 2. Bazar Wakaf Masjid Shrikh Eusoff
George Town
10460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DPPK Jelutong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share