Penang HALAL International

  • Home
  • Penang HALAL International

Penang HALAL International Penang Halal International is an agency under Penang State Government. Go Halal Feel The Differences

ABOUT PENANG HALAL INTERNATIONAL

Realizing the vast economic potential of the halal industry, Penang State Government initiated the development of the Penang Halal International Sdn Bhd (PHI) to promote, coordinate and develop the halal industries and business in Penang besides providing the platform to diversify Penang’s economy. In support of Malaysia’s vision to be the world Halal leader, Pena

ng capitalizes on its competitive advantages to promote Halal industries as the emerging engine of growth and generate sustainable economic values for the state. PHI provides a business-friendly environment for investors, an environment with world-class R&D, necessary support services, a fully-traceable Halal supply chain as well as excellent infrastructure and amenities to facilitate a world standard halal hub. Being a Global Halal Centre, PHI has developed the Halal industry in a holistic approach encompassing ten (10) clusters; manufacturing & industries, logistics, agro-based industry, research & development (R&D), life sciences, innovation, financial technology & services, K-workers, as well as tourism, and entrepreneur development.

KURSUS ASAS SEMBELIHANPada 6 Ogos 2026, Penang Halal International telah menghadiri Kursus Asas Sembelihan yang telah di...
10/08/2026

KURSUS ASAS SEMBELIHAN

Pada 6 Ogos 2026, Penang Halal International telah menghadiri Kursus Asas Sembelihan yang telah dikelolakan Syarikat Nasmir Sdn Bhd dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan turut dihadiri En Mohd Azraie bin Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif PHI) serta kakitangan PHI.

Kursus asas yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan berkaitan kaedah penyembelihan haiwan mengikut hukum syarak serta amalan terbaik bagi mematuhi kehendak pensijilan halal.

Sepanjang program ini berlangsung, turut diadakan taklimat ringkas berkaitan aspek kebajikan haiwan, keselamatan makanan, kesihatan awam, dan pematuhan hukum syarak merangkumi peringkat sebelum, semasa, dan selepas sembelihan di rumah sembelih atau pusat yang diiktiraf yang telah disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PEKAN RAYA SUMATERA UTARA (PRSU) 2026Pada 2 Ogos 2026, delegasi Pulau Pinang telah menghadiri...
07/08/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PEKAN RAYA SUMATERA UTARA (PRSU) 2026

Pada 2 Ogos 2026, delegasi Pulau Pinang telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Pekan Raya Sumatera Utara (PRSU) 2026 yang telah disempurnakan oleh H.S. Surya selaku Wakil Gubernur Sumatera Utara.

Penang Halal International turut berperanan sebagai agensi penyelaras bagi minggu akhir di Pavilion Pulau Pinang. Di dalam acara ini juga turut ditampilkan produk halal "Made In Penang" yang merangkumi produk makanan dan minuman, produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perkhidmatan. Penganjuran acara ini juga merupakan platform strategik untuk memperluaskan pasaran, membina rangkaian kerjasama baharu dan membuka peluang kepada usahawan Pulau Pinang menembusi pasaran Indonesia.

YB Dato Hj Rashidi bin Zinol selaku EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang bersama delegasi turut melawat Pavilion Pulau Pinang dan mengadakan perjumpaan bersama usahawan bagi mendapatkan maklum balas serta dapatan melalui penyertaan ke acara ini.

HALALBIZ NETWORKING MALAYSIA-INDONESIA (MEMPERKUKUH JARINGAN PERNIAGAAN HALAL PULAU PINANG-MEDAN)Pada 31 Julai 2026, Pen...
06/08/2026

HALALBIZ NETWORKING MALAYSIA-INDONESIA (MEMPERKUKUH JARINGAN PERNIAGAAN HALAL PULAU PINANG-MEDAN)

Pada 31 Julai 2026, Penang Halal International dengan kerjasama Maybank Islamic Malaysia dan Maybank Syariah Indonesia telah melaksanakan program HalalBiz Networking yang menghimpunkan syarikat serta usahawan dari Pulau Pinang dan Medan bertempat di Four Point by Sheraton, Medan.

Program ini menghimpunkan pemain industri halal dari Pulau Pinang dan Medan sebagai platform untuk mengukuhkan jaringan perniagaan, meneroka peluang perdagangan dan pelaburan, serta memperluaskan kerjasama strategik dalam pembangunan industri halal antara Malaysia dan Indonesia.

Acara ini juga telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Rashidi bin Zinol, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang dan turut dihadiri delegasi Pulau Pinang

KUNJUNGAN HORMAT KE KONSULAT JENERAL MALAYSIA MEDANPada 31 Julai 2026, delegasi Pulau Pinang diketuai YB Dato' Haji Rash...
05/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE KONSULAT JENERAL MALAYSIA MEDAN

Pada 31 Julai 2026, delegasi Pulau Pinang diketuai YB Dato' Haji Rashidi bin Zinol selaku EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Keusahawanan Pulau Pinang telah mengadakan sesi kunjungan hormat bersama YBrs Tuan Shahril Nizam Abdul Malek (Konsul Jeneral Malaysia di Medan) bertempat di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Medan.

Hadir sama di dalam lawatan ini ialah Sahibus Samahah Prof Madya Dato Dr Mohd Sukki Othman (M***i Kerajaan Negeri Pulau Pinang), YBhg Dato Rosidi Hussain (Setiausaha MAINPP), YBhg Dato' Hj Mohd Asri Baharum (Pengurus Besar PERDA), Tuan Mohd Hanif bin Omar @ Wahab (Ketua Penolong Pengarah JHEAIPP), YBhg Datuk Ridzwan Bakar (Ahli Lembaga Pengarah PHI) dan En Mohd Azraie bin Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif PHI).

Perbincangan yang telah diadakan juga memberi fokus kepada usaha memperkukuh hubungan Malaysia–Indonesia dalam industri halal, di samping meneroka potensi kerjasama strategik antara Pulau Pinang dan Sumatera Utara, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, pembangunan usahawan serta pengembangan ekosistem halal.

MESYUARAT PENYELARASAN LAWATAN DELEGASI PULAU PINANG KE PEKAN RAYA SUMATERA UTARAPada 28 Julai 2026, Penang Halal Intern...
05/08/2026

MESYUARAT PENYELARASAN LAWATAN DELEGASI PULAU PINANG KE PEKAN RAYA SUMATERA UTARA

Pada 28 Julai 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi lawatan delegasi Pulau Pinang ke Pekan Raya Sumatera Utara yang telah dilaksanakan dari 3 Julai hingga 2 Ogos 2026.

Mesyuarat penyelarasan ini turut melibatkan kerjasama Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan telah dihadiri Encik Muhammad Amir Azam bin Mohd Hafiz selaku Ketua Canseri / Konsul. Antara perkara yang dibincangkan berkaitan pengaturan lawatan delegasi ke Kota Medan khususnya berkaitan program-program yang telah dirancang bersama institusi setempat.

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆Penang Halal International mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada YB Dato Dr. Ja...
03/08/2026

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆

Penang Halal International mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada YB Dato Dr. Jafri bin Abdul Jalil atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa 3 Ogos 2026.

Ikhlas daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif & Warga Kerja Penang Halal International

PHI MEMBIMBING USAHAWAN KE ARAH PENSIJILAN HALALPada 28 Julai 2026, Penang Halal International (PHI) selaku agensi keraj...
29/07/2026

PHI MEMBIMBING USAHAWAN KE ARAH PENSIJILAN HALAL

Pada 28 Julai 2026, Penang Halal International (PHI) selaku agensi kerajaan negeri yang berperanan mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi bimbingan pensijilan halal kepada premis makanan Curry Lai yang beroperasi di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sesi bimbingan ini bertujuan membantu pihak syarikat memahami keperluan pensijilan halal secara lebih menyeluruh serta memastikan proses permohonan SPHM dapat dilaksanakan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia. Selain memberi penerangan berkaitan keperluan pensijilan, sesi ini turut menjadi platform untuk membincangkan aspek pematuhan halal yang relevan dengan operasi syarikat.

Dalam sesi tersebut, kakitangan PHI telah melaksanakan semakan awal terhadap dokumen-dokumen berkaitan serta memberikan khidmat nasihat mengenai tatacara penyediaan dan pengurusan dokumentasi halal. Pihak syarikat turut dibimbing mengenai keperluan yang perlu dipatuhi semasa proses pengauditan halal, termasuk aspek rekod, prosedur operasi, kebolehkesanan bahan mentah dan pelaksanaan sistem jaminan halal yang berkesan.

Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid

27/07/2026

PENANG INTERNATIONAL HALAL EXPO (PIHEX) 2026! 🎥✨

3 hari, ribuan senyuman, dan detik-detik kenangan manis yang tidak akan dilupakan! 🌟

Saksikan video rangkuman penuh liputan sepanjang PIHEX 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2026 di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh.

Dari kemeriahan hari pertama, majlis perasmian gilang-gemilang oleh YAB Perdana Menteri, keberangkatan melawat oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, hinggalah ke kehangatan Jualan Rahmah, pameran produk halal, dan pelbagai aktiviti menarik sepanjang ekspo berlangsung! 🔥

❤️ SEKALUNG PENGHARGAAN:
Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakan strategik, usahawan, agensi kerajaan & swasta, barisan petugas, serta seluruh pengunjung yang memeriahkan PIHEX 2026 dari awal hingga akhir. Anda semua memang luar biasa! 👍🎉

Tag kawan-kawan, keluarga, atau usahawan yang anda jumpa di video ini! 🤳👇 Untuk gambar sepanjang program ini, anda boleh muat turun di https://v.piufoto.com/r/UBBB3y/

👋 Jumpa anda lagi di PIHEX edisi seterusnya! 🚀✨

🎉 TERIMA KASIH SEMUA ATAS SOKONGAN ANDA DI PIHEX 2026! 🥳✨Dengan berlabuhnya tirai Penang International Halal Expo (PIHEX...
26/07/2026

🎉 TERIMA KASIH SEMUA ATAS SOKONGAN ANDA DI PIHEX 2026! 🥳✨

Dengan berlabuhnya tirai Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026, pihak penganjur ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pengunjung, usahawan, pameran, agensi kerajaan & swasta, serta rakan strategik yang menjayakan ekspo kali ini! ❤️

Sepanjang 3 hari berlangsung (24 - 26 Julai 2026), sambutan dan kehadiran anda semua tersangat luar biasa dan sungguh memeriahkan suasana di Politeknik Seberang Perai!

Pihak penganjur juga memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program ini.

Semoga ekosistem industri halal negara kita terus kukuh dan berkembang pesat.

👋 JUMPA ANDA LAGI DI PIHEX EDISI AKAN DATANG! 🚀✨

26/07/2026

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60182712544

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang HALAL International posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penang HALAL International:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share