Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang

Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, Government Organization, Tingkat 4, Bangunan MARA, 33, Pengkalan Weld, George Town, Georgetown.

30/08/2026
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JULAI TAHUN 2026(DPT BLN7/2026)DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JULAI 2026 (DPT BLN7/...
26/08/2026

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JULAI TAHUN 2026
(DPT BLN7/2026)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JULAI 2026 (DPT BLN7/2026)

1. DPT BLN7/2026 telah diperaku dan diwartakan pada 26 Ogos 2026. DPT BLN7/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 26 Ogos 2026 hingga 24 September 2026.

2. DPT BLN7/2026 ini mengandungi seperti berikut:
(a) 45,900 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Julai 2026 hingga 31 Julai 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
(b) 50,547 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
(c) 2,006 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.

3. DPT BLN7/2026 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
(a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
(b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
(c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
(d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
(e) Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.

TUNTUTAN

1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Julai 2026 hingga 31 Julai 2026 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/ status dalam tempoh 1 Julai 2026 hingga 31 Julai 2026 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN7/2026 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.

2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN7/2026 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C yang boleh dimuat turun di laman web rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.

3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.


BANTAHAN

1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D yang boleh dimuat turun di laman web rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang..

2. BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).

4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.

Segala puji dan selawat salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Selamat menyambut Maulidur Rasul dari Pejabat Pi...
24/08/2026

Segala puji dan selawat salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Selamat menyambut Maulidur Rasul dari Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.

PROGRAM OUTREACH GOTONG-ROYONG MERDEKA 2026 Tarikh : 22/08/2026 (Sabtu)Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahariTempat :Ppr Amp...
22/08/2026

PROGRAM OUTREACH GOTONG-ROYONG MERDEKA 2026

Tarikh : 22/08/2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat :Ppr Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh

Petugas :
1. Encik Muhammad Taqiyuddin bin Mohamad Sukri
2. Puan Nur Aliah binti Abdullah

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti semakan tempat mengundi, permohonan pertukaran alamat tempat mengundi serta hal- hal berkaitan pilihan raya.
Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sudi hadir ke reruai Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.

Program  Outreach 2026 SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026Tarikh : 22/08/2026 (Sabtu)Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahariTempa...
22/08/2026

Program Outreach 2026 SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026

Tarikh : 22/08/2026 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan MPKK Kampung Jawa, Bayan Baru, Pulau Pinang

Petugas :
1. Encik Mohd Rafiq bin Ismail
2. Puan Siti Nur Khairiyah binti Rosley

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti semakan tempat mengundi, permohonan pertukaran alamat tempat mengundi serta hal- hal berkaitan pilihan raya.
Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sudi hadir ke reruai Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.

Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan 6, SMK Telok Air Tawar, Pulau Pinang Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendid...
21/08/2026

Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan 6, SMK Telok Air Tawar, Pulau Pinang Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendidikan Tahun 2026

Tarikh : 18/08/2026 (Selasa)
Masa : 8.00am - 3.00pm
Tempat : SMK Telok Air Tawar
Jumlah Pelajar : 200 pelajar
Hadir : 196 pelajar
Tidak hadir : 4 pelajar

- SMK Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang telah dipilih sebagai sekolah flagship SPR-PTE bagi sesi Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan 6 (JPTE) Sesi 2026 dan pihak PPN Pulau Pinang hadir sebagai Pemerhati

- terdapat 2 saluran disediakan di 2 bilik darjah bersebelahan. Pemilihan dijalankan dengan setiap pelajar memilih 7 calon daripada 30 calon yang bertanding. Petugas yang terdiri daripada kalangan guru dan pelajar semester 3 menjalankan tugas dengan baik dan tersusun.

- Pemilihan berjalan lancar sehingga tamat tempoh mengundi pada pukul 12.00tgh. Proses pengiraan dilakukan mulai 1ptg sehingga selesai pengisytiharan pemenang.

Wakil PPN Pulau Pinang yang hadir :

1. Pn. Nurhafiza bt Ahmad
2. Pn. Rohana bt Husin
3. En. Mohd Azwan bin Abu Bakar
4. En. Muhd Hishamuddin bin Aziz
5. Pn. Nor Hasmiza bt Hashim

Turut hadir :

1. Puan Yusniza, KPP Sektor Pengurusan Sekolah Menengah Dan Tingkatan 6, JPN
2. Semua Guru Tingkatan 6

PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN DI PANGKALAN UDARA TUDM TARIKH : 18/8/2026-19/8/2025 (SELASA - RABU)MASA : MASA : 8.00PG ...
20/08/2026

PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN DI PANGKALAN UDARA TUDM
TARIKH : 18/8/2026-19/8/2025 (SELASA - RABU)
MASA : MASA : 8.00PG - 5.00 PTG
Tempat : PANGKALAN UDARA TUDM (DEWAN ASTRA)

PETUGAS :

1. PUAN NOR HASLIZA BINTI MOHD SABRI
2. PUAN UMMI KALSOM BINTI HASHIM
3. ENCIK MOHAMAD AMIRUL BIN NOR MOHAMAD
4. PUAN SITI NORIAH BINTI RAZALI
5. ENCIK ZAIRY BIN CHE ISMAIL
6. ENCIK. ZUL AZHAR BIN JAMIL

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti semakan tempat mengundi, Permohonan pertukaran alamat tempat mengundi serta pembukaan akaun Myspr, dan hal- hal berkaitan pilihan raya.
Terima kasih di atas kehadiran anggota dan petugas yang penuh dedikasi.

Program Pendidikan Pengundi Untuk Program Jiwa @ Kelab Malaysiaku Madani Sekolah Menengah Kebangsaan Batu MaungTarikh : ...
20/08/2026

Program Pendidikan Pengundi Untuk Program Jiwa @ Kelab Malaysiaku Madani Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Maung

Tarikh : 19 Ogos 2026 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Bestari, SMK Batu Maung
Jumlah Pelajar : 75 Orang

Penceramah Utama:
1. Puan Nurhafiza Binti Ahmad

Pembantu Penceramah:
1. Puan. Nor Hasmiza Binti Hashim
2. Puan. Zakiah Binti Abu Bakar

Turut hadir bersama:
- Pengetua dan
Wakil guru
- Wakil JAPEN Daerah Barat Daya

- Seramai 75 orang pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 diberikan penerangan mengenai pendidikan pengundian, simulasi dan juga pengiraan undi.
- Seramai 20 orang pelajar diberikan peluang merasai suasana proses pengundian dijalankan.
- Pelajar juga memberikan respon yang baik dalam sesi soal jawab sepanjang taklimat.
- Pelajar yang menjawab soalan yang betul menerima cenderahati.

Program Pendidikan Pengundian Dan Pilihan Raya Pemilihan Kerusi Bagi Bengkel Pemantapan Sidang Muda 2026Tarikh : 15 Ogos...
16/08/2026

Program Pendidikan Pengundian Dan Pilihan Raya Pemilihan Kerusi Bagi Bengkel Pemantapan Sidang Muda 2026

Tarikh : 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Jumlah Peserta : 28 orang

Penceramah Utama :
1. Puan Nurhafiza Binti Ahmad
2. Encik Ahmad Fitri bin Ahmad

Pembantu Penceramah:
1. Encik Mohd Rafiq bin Ismail
2. ⁠Puan Hafizah binti Abd Razak
3. ⁠Puan Nur Aliah binti Abdullah

Turut hadir bersama:
- Puan Syafinas Binti Azam, Bahagian DUN PSUKPP
- Pegawai-pegawai PYDC
- Alumni Sidang Muda 2025

- Seramai 28 orang peserta program Sidang Muda 2026 diberikan pendedahan mengenai proses dan simulasi pengundian.
- Peserta juga memberikan respon serta interaksi yang baik sepanjang sesi taklimat dan simulasi
- Sesi pemilihan/Pilihan Raya Kerusi Exco Sidang Muda dilaksanakan dengan semua 28 peserta perlu memilih hanya 12 orang daripada 40 orang calon Sidang Muda
- Peserta Sidang Muda yang mendapat undian terbanyak dilantik sebagai Ketua Menteri

Program Pendidikan Pengundian untuk Program Jiwa @ Kelab Malaysiaku di SMK Seri Balik Pulau Tarikh : 10 Ogos 2026 (Isnin...
11/08/2026

Program Pendidikan Pengundian untuk Program Jiwa @ Kelab Malaysiaku di SMK Seri Balik Pulau

Tarikh : 10 Ogos 2026 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Surau SMK Seri Balik Pulau
Penceramah Utama :
1. Puan Nurhafiza Binti Ahmad (Pengenalan)
2. Encik Ahmad Fitri bin Ahmad (Simulasi)

Pembantu Penceramah:
1. Puan Zakiah binti Abu Bakar
2. ⁠Puan Hafizah binti Abd Razak
3. ⁠Puan Nur Aliah binti Abdullah

Turut hadir bersama:
-Wakil JAPEN,
-Pengetua dan Wakil Guru SMK Seri Balik Pulau

- Seramai lebih kurang 85 orang pelajar daripada SMK Seri Balik Pulau diberikan penerangan mengenai pendidikan pengundian, proses pengundian dan simulasi. Pelajar-pelajar adalah dari tingkatan 5 dan tingkatan 6.
- Seramai 20 orang pelajar dari SMK Seri Balik Pulau diberikan peluang menjadi pengundi serta petugas seterusnya merasai suasana sebenar hari pengundian
- Pelajar juga memberikan respon yang baik dalam sesi soal jawab sepanjang taklimat.
- ⁠Pelajar yang terlibat menerima cenderahati.

Address

Tingkat 4, Bangunan MARA, 33, Pengkalan Weld, George Town
Georgetown
10300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang:

Shortcuts

Share