Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang PTGPP

Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam facebook ini.

*KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MALAYSIAN INSTITUTE OF ESTATE AGENTS (MIEA) CAWANGAN PULAU PINANG*Pada 13 Ogos 2026 (Khamis),...
13/08/2026

*KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MALAYSIAN INSTITUTE OF ESTATE AGENTS (MIEA) CAWANGAN PULAU PINANG*

Pada 13 Ogos 2026 (Khamis), Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA) Cawangan Pulau Pinang.

Delegasi MIEA Cawangan Pulau Pinang telah diketuai oleh Mr. Jerome Eng Sitt Tatt, Pengerusi MIEA Cawangan Pulau Pinang bersama beberapa ahli jawatankuasa yang lain.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak, di samping membincangkan perkara-perkara berkaitan industri hartanah di Pulau Pinang

*LAWATAN KERJA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PAHANG KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG*Pada 5 Ogos 20...
13/08/2026

*LAWATAN KERJA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PAHANG KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG*

Pada 5 Ogos 2026 (Rabu), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang telah menerima lawatan kerja daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang (PTG Pahang). Delegasi PTG Pahang diketuai oleh Puan Amilia Suraya binti Muhammad Arif, Timbalan Pengarah (Bahagian Pendaftaran) dan turut disertai oleh Puan Nor Aizam binti Ahmad Bhari (Pegawai Teknologi Maklumat) dan pegawai kanan lain.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan strata, kebenaran memiliki hartanah oleh bukan warganegara atau syarikat asing di bawah Seksyen 433B Kanun Tanah Negara (KTN), penyediaan hak milik sambungan bagi tujuan naik taraf, di samping perkongsian maklumat serta demonstrasi sistem aplikasi yang digunakan dalam urusan pentadbiran tanah di PTG Pulau Pinang.

Semoga lawatan kerja ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua jabatan serta menjadi platform yang bermanfaat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik dalam memperkukuh sistem pentadbiran tanah yang lebih cekap, berkesan dan berdaya saing.

05/08/2026

TOWN HALL PEMBANGUNAN STRATA PULAU PINANG 2026

Program Town Hall Pembangunan Strata Pulau Pinang 2026 anjuran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang (PTGPP) telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Ogos 2026 di Dewan Sri Pinang, George Town, Pulau Pinang.

Program ini telah menghimpunkan hampir 500 orang peserta, sekali gus mencatatkan kehadiran yang amat memberangsangkan. Para peserta terdiri daripada pemilik hartanah berstrata, ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC), pemain industri hartanah, wakil agensi kerajaan serta orang awam dalam usaha memperkukuh kefahaman mengenai pembangunan, pemilikan dan pengurusan hakmilik strata.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi perkongsian ilmu dan wacana interaktif yang dikendalikan oleh panel-panel berpengalaman. Perbincangan tertumpu kepada isu-isu berkaitan permohonan hakmilik strata, pengurusan strata, tadbir urus, cabaran semasa serta hala tuju pembangunan strata yang lebih berkesan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen PTGPP dalam memperkasakan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan hakmilik strata, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, serta menyokong pelaksanaan tadbir urus strata yang cekap, telus dan mampan demi kesejahteraan komuniti berstrata di Negeri Pulau Pinang.

03/08/2026

π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› & π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π——π—”π—§π—”π—‘π—š

Seluruh Warga Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YB Dato' Dr. Jafri bin Abdul Jalil atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu berkuatkuasa 3 Ogos 2026.





01/08/2026

⏳ 1 DAY TO GO!

🏒 Town Hall on Strata Development in Penang 2026

Tomorrow is the day!

Join us to gain valuable insights into strata ownership, management, and the latest developments directly from industry experts and government agencies.

πŸ“… Date: 2 August 2026 (Sunday)
πŸ•— Time: 8.00 AM – 2.00 PM
πŸ“ Venue: Dewan Sri Pinang, George Town,

Your strata. Your rights. Your future.

30/07/2026

⏳ COUNTDOWN: 3 DAYS TO GO!

🏒 Town Hall on Strata Development in Penang

Did you Know?

Successful strata developments require collaboration between government agencies, industry professionals, developers, and parcel owners. This Town Hall provides a unique platform to exchange ideas, discuss challenges, and explore practical solutions for creating sustainable and well-managed strata communities.

Join us and be part of the future of strata development.
Register by clicking Google Form Link below :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScsnOeNe4GVNKV8EnSf3tQQMTeQXIzvZyDU8i7i9Ko6KnEYpw/viewform

29/07/2026

⏳ COUNTDOWN: 4 DAYS TO GO!

🏒 Town Hall on Strata Development in Penang

Did you know?

Disputes in strata schemes may cause significant impact on neighbour relations and peaceful enjoyment of others in the neighbourhood. These types of disputes normally involve parcel owners and committee members who are living in the same building as neighbours.

What is the best way to resolve disputes in strata schemes and at the same time maintain a sense of community, positive neighbour relations and community well-being? To find out more, please register yourself by clicking this Google Form Link below :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScsnOeNe4GVNKV8EnSf3tQQMTeQXIzvZyDU8i7i9Ko6KnEYpw/viewform

We look forward to welcoming you!

28/07/2026

⏳ COUNTDOWN: 5 DAYS TO GO!

🏒 Town Hall on Strata Development in Penang

Did you know?

Under the concept of self-management in strata title schemes, the proprietors are expected to make collective decisions on the management of the building and to be collectively liable for any legal or financial implications related to the management and maintenance of the strata building.

To find out more on the extent of responsibility and liability of parcel proprietors in the strata schemes, join us and register yourself by clicking this Google Form Link below :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScsnOeNe4GVNKV8EnSf3tQQMTeQXIzvZyDU8i7i9Ko6KnEYpw/viewform

We look forward to welcoming you!

Address

Georgetown

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6046505211

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share