Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang Sila hubungi kami untuk maklumat yang diperlukan. Terima kasih. Untuk sebarang aduan, sila majukan kepada [email protected]

Alamat: Pengarah Kastam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Kastam Seberang Jaya, Lot 5492, Jalan Perpustakaan,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ (๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐), ๐ˆ๐๐” ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“Barisan Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga J...
13/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ (๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐), ๐ˆ๐๐” ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“

Barisan Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐€๐›๐ฎ ๐๐š๐ค๐š๐ซ @ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก ๐›๐ข๐ง ๐‰๐š๐ฆ๐›๐จ๐ฅ atas segala sumbangan jasa, komitmen, dedikasi serta bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Ibu Pejabat.

Kepimpinan, pengalaman dan khidmat bakti yang telah diberikan amat dihargai serta menjadi sebahagian daripada legasi kecemerlangan perkhidmatan dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan terus dikenang serta menjadi kenangan bermakna buat seluruh warga Jabatan.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐“๐”๐€๐!

๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ โ€ข ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐—ถ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

11 OGOS 2026 | 27 SAFAR 1448HSebentar tadi, saya telah menerima kunjungan hormat pengenalan daripada Yang Berbahagia Dat...
11/08/2026

11 OGOS 2026 | 27 SAFAR 1448H

Sebentar tadi, saya telah menerima kunjungan hormat pengenalan daripada Yang Berbahagia Datoโ€™ Sri Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia yang dilantik ke jawatan tersebut pada awal tahun ini.

Dalam pertemuan tersebut, YBhg. Datoโ€™ Sri Haji Amran bersama delegasi berkongsi perkembangan semasa gerak kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), termasuk usaha memperkukuh kecekapan pentadbiran, pengurusan hasil dan barangan rampasan serta perkembangan kutipan hasil cukai. Turut dibincangkan usaha memperketat kawalan dan penguatkuasaan bagi membendung kegiatan penyeludupan serta pergerakan barangan terlarang merentasi sempadan negara.

Saya menghargai kunjungan ini sebagai langkah yang baik dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama antara JKDM dengan Pulau Pinang, khususnya dalam perkara yang melibatkan kepentingan negeri dan negara.

Sumber:TYT Pulau Pinang
Tun Ramli Ngah Talib

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KASTAM NEGERI PULAU PINANG KEATAS TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANGYBrs. T...
06/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KASTAM NEGERI PULAU PINANG KEATAS TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

YBrs. Tuan Hasbollah bin Din, Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang bersama barisan Timbalan Pengarah Kastam Negeri hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Seri Mutiara, Pulau Pinang.

Kunjungan hormat ini merupakan simbol penghormatan serta manifestasi komitmen Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang dalam memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama erat dengan institusi Yang di-Pertua Negeri.

Pertemuan tersebut turut menjadi platform untuk berkongsi perkembangan semasa jabatan, di samping memperteguhkan iltizam ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berintegriti dan berkesan demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

Semoga hubungan baik yang terjalin akan terus diperkasakan dalam usaha merealisasikan aspirasi perkhidmatan awam yang unggul dan berprestasi tinggi.

KOMPETEN โ€ข INTEGRITI โ€ข TEGAS


๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—ฅ๐—ฆ. ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฆ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—œ๐—ก ๐——๐—œ๐—กSetinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapka...
04/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—ฅ๐—ฆ. ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฆ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—œ๐—ก ๐——๐—œ๐—ก

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada YBrs. Tuan Hasbollah bin Din, Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang atas penerimaan Sijil Penghargaan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu sebagai tanda pengiktirafan terhadap jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang menyandang jawatan sebagai Pengarah Kastam Negeri Terengganu.

Penghargaan yang disampaikan oleh YB Datoโ€™ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu ini merupakan simbol penghargaan Kerajaan Negeri Terengganu terhadap dedikasi, komitmen dan kecemerlangan kepimpinan YBrs. Tuan Hasbollah dalam memperkukuh peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta menjalin hubungan strategik dengan Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Seluruh warga JKDM Pulau Pinang merakamkan ucapan tahniah atas pengiktirafan yang amat bermakna ini. Semoga YBrs. Tuan Hasbollah bin Din terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam memimpin JKDM Pulau Pinang ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Tahniah dan syabas!






๐ŸŒน SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH ๐ŸŒนSeluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-t...
04/08/2026

๐ŸŒน SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH ๐ŸŒน

Seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Dato' Dr. Jafri bin Abdul Jalil atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kesinambungan kecemerlangan kepimpinan serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti, progresif dan berorientasikan rakyat demi kemajuan Negeri Pulau Pinang.

Semoga YB Dato' Dr. Jafri bin Abdul Jalil sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan serta iltizam yang tinggi dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Semoga terus cemerlang menerajui pentadbiran negeri ke arah pembangunan yang lebih mampan, sejahtera dan gemilang.

Ikhlas daripada,

YBrs. Tuan Hasbollah bin Din
Pengarah Kastam Negeri
Dan Seluruh Warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang


๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐——๐—œ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š (๐—ฆ.๐—ฆ.๐—”.๐—ฃ.)Setinggi-ti...
01/08/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐——๐—œ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š (๐—ฆ.๐—ฆ.๐—”.๐—ฃ.)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Sri Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia โ€“ Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.), yang membawa gelaran Datoโ€™ Sri.

Pengurniaan yang penuh bermakna ini telah dikurniakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, sebagai tanda pengiktirafan tertinggi terhadap jasa bakti, kepimpinan yang berwibawa serta sumbangan cemerlang beliau dalam memperkasakan perkhidmatan awam dan memacu kecemerlangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Semoga pengurniaan yang amat berprestij ini menjadi pemangkin kepada YBhg. Datoโ€™ Sri untuk terus memimpin Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan penuh kewibawaan, berteraskan profesionalisme, integriti dan kecemerlangan demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.

Sekalung tahniah dan syabas atas pengiktirafan yang amat membanggakan ini. Semoga YBhg. Datoโ€™ Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan dalam kepimpinan, serta terus melakar kejayaan yang gemilang dalam menerajui Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ikhlas daripada

YBrs. Tuan Hasbollah bin Din
Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang

serta

Seluruh Warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang

๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ โ€ข ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ


๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š (๐—ฆ.๐—ฆ.๐—”.๐—ฃ.)Barisan Pengurus...
01/08/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š (๐—ฆ.๐—ฆ.๐—”.๐—ฃ.)

Barisan Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datoโ€™ Sri Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia โ€“ Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran Datoโ€™ Sri.

Pengurniaan tersebut bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, sebagai pengiktirafan terhadap jasa, kepimpinan dan sumbangan beliau kepada perkhidmatan awam serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tahniah dan syabas atas pengiktirafan yang amat bermakna. Semoga YBhg. Datoโ€™ Sri terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan serta terus cemerlang memimpin Jabatan Kastam Diraja Malaysia ke arah kecemerlangan.

๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ โ€ข ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

๐Ÿ“ KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN. BHD. KE ATAS PENGARAH KASTAM NEGERI PULAU PINANGSeberang Jaya | 30 Jul...
31/07/2026

๐Ÿ“ KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN. BHD. KE ATAS PENGARAH KASTAM NEGERI PULAU PINANG

Seberang Jaya | 30 Julai 2026- Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Md Fadzwin Abdul Rahim, GM Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd. ke atas YBrs. Tuan Hasbollah bin Din, Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang di Kompleks Kastam Seberang Jaya.

Kunjungan ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan strategik, mempererat kerjasama antara agensi serta membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama dalam memperkasakan aspek fasilitasi perdagangan, keselamatan dan kelancaran operasi di pintu masuk negara.

Semoga jalinan kerjasama erat ini terus diperkukuhkan demi meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan serta menyokong pembangunan ekonomi negara.

KOMPETEN โ€ข INTEGRITI โ€ข TEGAS


Address

Georgetown

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6043822111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang:

Shortcuts

Share