16/08/2026
KEJOHANAN TENPIN BOWLING TERBUKA SPPP 2026
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dengan jayanya telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka SPPP 2026 di Mega Lane Bowling Centre, Pulau Pinang.
Kejohanan ini mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan sejumlah 35 pasukan yang terdiri daripada pelbagai jabatan, agensi, syarikat dan komuniti.
Penganjuran kejohanan ini juga merupakan sebahagian daripada pengisian Sambutan Ulang Tahun Ke-70 SPPP.
Kejohanan ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Jeffrey Chew Gim Eam, Pengerusi SPPP (Teluk Ewa) dan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi SPPP.
Tahniah diucapkan kepada Team MGB yang dinobatkan sebagai juara kejohanan. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan.
SPPP turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang terlibat atas sokongan padu dan komitmen yang diberikan.
_____________________________________
PENANG PORT COMMISSION (PPC) OPEN TENPIN BOWLING CHAMPIONSHIP 2026
The Penang Port Commission (PPC) successfully organised the Penang Port Commission (PPC) Open Tenpin Bowling Championship 2026 at Mega Lane Bowling Centre, Penang.
The championship received an encouraging response, with a total of 35 teams comprising participants from various departments, agencies, companies and communities.
The organisation of this championship was also part of the activities held in conjunction with the PPC 70th Anniversary Celebration.
The championship was officiated by YBrs. Mr. Jeffrey Chew Gim Eam, Chairman of PPC (Teluk Ewa), and was also attended by the PPC Top Management.
Congratulations to Team MGB, who were crowned the champions of the championship. Congratulations also to all the winners for their outstanding performances throughout the event.
PPC would like to express its appreciation and gratitude to all participants and parties involved for their strong support and commitment.