Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Dewan Undangan Negeri adalah untuk menggubal perundangan dan dasar negeri. Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dipanggil Enakmen.

Secara umumnya peranan Dewan Undangan Negeri adalah untuk menggubal perundangan dan dasar negeri. Berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, DUN mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang disenaraikan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Peranan DUN yang seterusnya adalah memantau institusi pemerintah iaitu jabatan dan agensi kerajaan negeri. Ahli-ahli DUN bertanggungjawab

untuk mengkritik atau menegur tindakan institusi kerajaan bagi memastikan jabatan atau agensi negeri tersebut melaksanakan fungsinya berdasarkan dasar yang telah ditetapkan. Seterusnya, DUN juga berperanan sebagai pengantara dalam penyampaian suara rakyat kepada kerajaan. Di Pulau Pinang, Yang di-Pertua Negeri akan memanggil persidangan dari semasa ke semasa dan dalam masa yang sama merasmikan persidangan tersebut bagi setiap penggal. Tempoh keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah tidak melebihi lima (5) tahun sekiranya DUN tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh juga menjadi Ahli Dewan Rakyat dan ADUN secara serentak. Sebelum dibenarkan menyertai persidangan DUN, setiap ahli dikehendaki mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai Ahli DUN sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan.

Cik Syafinas Azam, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Dewan Undangan Negeri dan En. Tan Liang Hong, Pegawai Khas YDP DUN...
15/08/2026

Cik Syafinas Azam, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Dewan Undangan Negeri dan En. Tan Liang Hong, Pegawai Khas YDP DUN telah hadir dan memberi taklimat Tatacara Persidangan Dewan Undangan Negeri Bagi Sidang Muda 2026.

Taklimat yang diberikan merangkumi sistem pentadbiran kerajaan, sejarah Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, serta penerangan peranan, fungsi dan aturan urusan Mesyuarat DUN.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-85 kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Ser...
11/07/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-85 kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Semoga Tuan Yang Terutama Tun sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesejahteraan, serta dikurniakan usia yang panjang.

Ikhlas daripada,
YB Dato’ Seri Law Choo Kiang
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
serta seluruh warga kerja
Pejabat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Majlis Perasmian Persidangan Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026 telah berla...
06/06/2026

Majlis Perasmian Persidangan Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026 telah berlangsung pada 4 Jun 2026 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Lebuh Light.

Pulau Pinang berbesar hati menjadi tuan rumah persidangan yang berlangsung dari 4 hingga 6 Jun 2026 dengan penglibatan kesemua Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari seluruh Malaysia. Persidangan ini merupakan satu platform strategik dalam bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan pelbagai aspek berkaitan pengurusan institusi legislatif.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Azrul Mahathir bin Aziz dan majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang; YBhg. Tuan Mohamed bin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan); YBrs. Tuan Haji Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara; serta para delegasi persidangan yang terdiri daripada Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari seluruh Malaysia.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa persidangan ini merupakan platform penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara institusi legislatif di Malaysia, selain menjadi medan perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan inovasi dalam pengurusan dewan.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap peranan Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang menjadi tunjang kepada kelancaran urusan legislatif melalui pengurusan prosiding, pentadbiran dan tadbir urus yang cekap, profesional serta berintegriti.

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙Semoga sambutan Aidiladha ini dipenuhi dengan keberkatan serta terus menyemai seman...
26/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙

Semoga sambutan Aidiladha ini dipenuhi dengan keberkatan serta terus menyemai semangat pengorbanan dan nilai keikhlasan, seterusnya membawa ketenangan, kesejahteraan, dan kebahagiaan kepada seluruh umat Islam yang meraikannya.

Ikhlas daripada,
YB Dato’ Seri Law Choo Kiang
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada hari ini telah menerima lawatan akademik daripada pelajar Pusat Pengajian ...
18/05/2026

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada hari ini telah menerima lawatan akademik daripada pelajar Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Kursus Seminar Pentadbiran Awam (SPU 406). Program ini diiringi oleh Dr. Razlini Mohd Ramli selaku Pensyarah Pengiring.

Para pelajar telah diberikan taklimat pengenalan berkenaan fungsi dan peranan DUN Pulau Pinang oleh Cik Syafinas Azam (Penolong Setiausaha Kanan Bahagian DUN Pulau Pinang). Kursus Seminar Pentadbiran Awam memberi penekanan terhadap isu-isu kontemporari dalam pentadbiran awam termasuk aspek tadbir urus baik, hubungan kerajaan pusat dan negeri, peranan kerajaan tempatan, integriti serta akauntabiliti dalam sektor awam. Sesi lawatan ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk menghubungkan teori yang dipelajari di bilik kuliah dengan amalan sebenar pentadbiran awam melalui sesi temu bual dan soal jawab bersama Pegawai DUN.

Selain itu, lawatan akademik ini juga bertujuan membantu para pelajar memahami struktur dan fungsi pentadbiran awam dalam agensi kerajaan, menganalisis pelaksanaan dasar awam di peringkat organisasi serta mengenal pasti cabaran dan isu semasa dalam pengurusan sektor awam.

Diharapkan pengisian program pada kali ini dapat memberi manfaat dan pendedahan berguna kepada para pelajar sekaligus memberi gambaran yang lebih jelas mengenai fungsi, struktur serta amalan tadbir urus dalam pentadbiran awam di Negeri Pulau Pinang.

07/05/2026
07/05/2026
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas akan mula bersidang pada 8 Mei 2026 (J...
07/05/2026

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas akan mula bersidang pada 8 Mei 2026 (Jumaat), jam 9.30 pagi di Dewan Undangan Negeri, Lebuh Light, George Town, Pulau Pinang.

Ikuti siaran langsung persidangan di laman Facebook rasmi:
🔴 Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

MAKLUMAN UMUMPENUTUPAN JALAN SEMPENA ISTIADAT PERASMIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG Dimaklumkan bahawa akan berla...
06/05/2026

MAKLUMAN UMUM
PENUTUPAN JALAN SEMPENA ISTIADAT
PERASMIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Dimaklumkan bahawa akan berlaku penutupan jalan bagi tujuan pelaksanaan raptai dan Istiadat Perasmian Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kelima Belas seperti ketetapan berikut:

Tarikh:
* 7 Mei 2026 (Khamis) : Raptai
* 8 Mei 2026 (Jumaat) : Istiadat

Masa:
7.30 pagi hingga 11.00 pagi

Lokasi Penutupan:
* Lebuh Light
* Lebuh King (dari persimpangan Lebuh Light hingga Lebuh Bishop)

(Sila rujuk peta laluan yang disediakan)

Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Segala kesulitan yang dialami amat dikesali dan kerjasama semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih

MAKLUMAN UMUM
PENUTUPAN JALAN SEMPENA ISTIADAT PERASMIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Dimaklumkan bahawa akan berlaku penutupan jalan bagi tujuan pelaksanaan raptai dan Istiadat Perasmian Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kelima Belas seperti ketetapan berikut:

Tarikh:
* 7 Mei 2026 (Khamis) : Raptai
* 8 Mei 2026 (Jumaat) : Istiadat

Masa:
7.30 pagi hingga 11.00 pagi

Lokasi Penutupan:
* Lebuh Light
* Lebuh King (dari persimpangan Lebuh Light hingga Lebuh Bishop)
(Sila rujuk peta laluan yang disediakan)

Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Segala kesulitan yang dialami amat dikesali dan kerjasama semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Memimpin Sambil Berkhidmat”





Address

Georgetown

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share