GRPB the Penang Model

GRPB the Penang Model Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GRPB the Penang Model, Social service, Tingkat 47, KOMTAR, Georgetown.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan Bajet Penyertaan Rakyat & Responsif Gender atau Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) di peringkat Kerajaan Tempatan pada tahun 2012 sebagai projek perdana PWDC. Persidangan Kebangsaan Neksus GRPB 2025 adalah platform penting yang diadakan untuk meningkatkan pemahaman, perkongsian ilmu, dan amalan terbaik berkaita

n dengan Bajet Responsif Gender atau Gender Responsive Budgeting (GRB) dan Bajet Penyertaan Rakyat atau Participatory Budgeting (PB). Mensasarkan kumpulan pelaksana dan pembuat dasar di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh Malaysia, persidangan ini memberi tumpuan kepada gabungan kedua-dua konsep bajet yang boleh direplikasi dan dilaksanakan oleh PBT-PBT seluruh Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip SDG dan Malaysia Madani. Persidangan akan turut memfokuskan pengalaman Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang menjadi pemula kepada GRB di Malaysia sebagai rujukan kepada PBT-PBT lain dalam usaha meningkatkan keterangkuman dan keberkesanan perancangan bajet di peringkat kerajaan tempatan.

30/04/2026
30/04/2026
29/04/2026
Bajet Rakyat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Tahun 2027: Suara Anda. Pilihan Anda.Soal Selidik Bajet Rakyat ini ber...
04/03/2026

Bajet Rakyat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Tahun 2027: Suara Anda. Pilihan Anda.

Soal Selidik Bajet Rakyat ini bertujuan mendapatkan pandangan penduduk bahagian pulau, Pulau Pinang bagi membantu MBPP merangka Bajet Tahun 2027 yang inklusif, mampan dan responsif gender selari dengan pendekatan Environmental, Social and Governance (ESG).

Bajet ini merupakan inisiatif Bajet Penyertaan Rakyat dan Responsif Gender atau Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) yang merupakan strategi pelaksanaan utama Dasar Keterangkuman Gender Negeri Pulau Pinang.

Imbas kod QR atau klik pautan di bawah untuk menjawab soal selidik:

πŸ“Œ https://forms.gle/h55wtFkn5BvN2XUh7

Terima kasih semuaπŸ™Œ

Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 (Kategori Perkhidmatan Pintar)Pada 25 Februari 2026, telah berlangsung Sesi Viva...
27/02/2026

Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 (Kategori Perkhidmatan Pintar)

Pada 25 Februari 2026, telah berlangsung Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 bagi Kategori Perkhidmatan Pintar.

Sesi viva ini merupakan salah satu fasa penting dalam proses pengadilan dan penjurian bagi menilai projek yang dipertandingkan oleh pasukan - pasukan yang menyertai pertandingan ini.

Bagi kategori Perkhidmatan Pintar, sebanyak lima pasukan telah mengambil bahagian dan membentangkan projek masing-masing di hadapan panel juri profesional. Antara barisan panel juri profesional yang dijemput untuk mengadili kategori ini ialah :

1) Dr. Jacqueline Liza Fernandez (Ahli Akademik)
2) Encik Sivabalan Dhanabal (Bahagian Kerajaan Tempatan)
3) Puan Izja Aznie Jelani (Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri)
4) YB Connie Tan Hooi Peng (ADUN Seri Delima)

Kehadiran panel juri yang berpengalaman dan berkaliber ini telah memastikan proses penilaian dijalankan secara telus dan berintegriti selaras dengan objektif penganjuran GRPB Champion Award MBPP 2025.

Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 (Kategori Ekonomi & Sosial)Pada 24 & 25 Februari 2026, telah berlangsung Sesi Vi...
27/02/2026

Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 (Kategori Ekonomi & Sosial)

Pada 24 & 25 Februari 2026, telah berlangsung Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 bagi Kategori Ekonomi & Sosial. Sesi viva ini merupakan salah satu fasa penting dalam proses pengadilan dan penjurian bagi menilai projek yang dipertandingkan oleh pasukan - pasukan yang menyertai pertandingan ini.

Bagi kategori Ekonomi & Sosial, sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian dan membentangkan projek masing-masing di hadapan panel juri profesional. Antara barisan panel juri profesional yang dijemput untuk mengadili kategori ini ialah:

1) Prof. Dato’ Dr Noraida Endut (KANITA USM)
2) Prof. Madya Dr. Nur Syakiran Akmal Ismail (Pusat Pengajian Kerajaan, UUM)
3) Dr. Khairusany Mohamed Yusof (Jabatan Kewangan Negeri)
4) Encik Mohamad Azhar Fadziya (Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut)

Kehadiran panel juri yang berpengalaman dan berkaliber ini telah memastikan proses penilaian dijalankan secara telus dan berintegriti selaras dengan objektif penganjuran GRPB Champion Award MBPP 2025.

Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 (Kategori Alam Sekitar)Pada 23 Februari 2026 (Isnin), telah berlangsung Sesi Viv...
27/02/2026

Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 (Kategori Alam Sekitar)

Pada 23 Februari 2026 (Isnin), telah berlangsung Sesi Viva GRPB Champion Award MBPP 2025 bagi Kategori Alam Sekitar. Sesi viva ini merupakan salah satu fasa penting dalam proses pengadilan dan penjurian bagi menilai projek yang dipertandingkan oleh pasukan - pasukan yang menyertai pertandingan ini.

Bagi kategori Alam Sekitar, sebanyak sembilan pasukan telah mengambil bahagian dan membentangkan projek masing-masing di hadapan panel juri profesional. Antara barisan panel juri profesional yang dijemput untuk mengadili kategori ini ialah:

1) Dr. Jacqueline Liza Fernandez (Ahli Akademik)
2) Prof. Madya Dr. TPr. Khoo Suet Leng (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia)
3) Puan Nurliana Samsudin (Jabatan Pertanian Negeri)
4) Ts. Mohd Rezanajuib Ramli (Bahagian Kerajaan Tempatan)

Kehadiran panel juri yang berpengalaman dan berkaliber ini telah memastikan proses penilaian dijalankan secara telus dan berintegriti selaras dengan objektif penganjuran GRPB Champion Award MBPP 2025.

Lawatan Penanda Aras Pegawai Gender Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ke Kuching, Sarawak Pada 15 Januari 2026, seram...
03/02/2026

Lawatan Penanda Aras Pegawai Gender Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ke Kuching, Sarawak

Pada 15 Januari 2026, seramai 22 orang Pegawai Gender MBPP, Urus setia Keterangkuman Gender MBPP dan Urus Setia Keterangkuman Gender PWDC telah mengadakan lawatan ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi mendapatkan pendedahan berkaitan pelaksanaan inisiatif Kejiranan Mesra (KJM) dan Child Friendly City (CFC).

Lawatan turut merangkumi Ausome Park, taman permainan yang mesra autisme pertama di Sarawak yang menekankan aspek inklusiviti dan kesejahteraan kanak-kanak autisme.

Semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan serta input bermakna kepada Pegawai Gender MBPP dalam memperkukuh perancangan dan pelaksanaan DKG menjelang tahun 2026–2028.

Sesi Libat Urus Kumpulan Pegawai & Penolong Pegawai Gender Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)22 Januari 2026Bahagian...
28/01/2026

Sesi Libat Urus Kumpulan Pegawai & Penolong Pegawai Gender Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

22 Januari 2026
Bahagian Keterangkuman Gender bersama Urusetia Dasar Keterangkuman Gender (DKG) MBSP telah melaksanakan Sesi Libat Urus Kumpulan Pegawai dan Penolong Pegawai Gender MBSP.

Sesi libat urus ini memberi fokus kepada isu dan jurang pelaksanaan Pelan Tindakn DKG 2023-2025 dan peranan Pegawai dan Penolong Pegawai dalam Jawatankuasa Induk Gender yang baru dibentuk. Sesi ini juga merancang Pelan Tindakan DKG 2026 yang lebih tersusun dan berimpak.

Selain itu, Cabaran Bina Pasukan ; Bowling turut dilaksanakan bagi mengukuhkan kerjasama, kepercayaan dan semangat satu pasukan.

[Pra-Bengkel Pelan Tindakan Dasar Keterangkuman Gender (2026–2028) ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)]Pada 23 Disem...
26/01/2026

[Pra-Bengkel Pelan Tindakan Dasar Keterangkuman Gender (2026–2028) ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)]

Pada 23 Disember 2025, Pra-Bengkel Pelan Tindakan Dasar Keterangkuman Gender (2026–2028) telah diadakan untuk Kumpulan Pegawai Gender MBPP di Dewan Belia Lebuh Acheh, George Town. Bengkel ini disertai oleh 26 orang peserta (Lelaki: 11, Perempuan: 15), terdiri daripada Pegawai dan Penolong Pegawai Gender MBPP.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah menilai pelaksanaan Pelan Tindakan Strategik Keterangkuman Gender MBPP 2023–2025 serta melaksanakan analisis SWOT dan menilai potensi serta kapasiti Jabatan.

Bengkel ini juga memberi peluang kepada Kumpulan Pegawai Gender MBPP untuk merangka Pelan Tindakan Dasar Keterangkuman Gender MBPP 2026–2028, serta memanfaatkan input perbincangan sebagai persediaan bagi lawatan penanda aras ke Kuching, Sarawak.

PWDC percaya bahawa pra-bengkel ini merupakan langkah awal yang penting bagi memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan DKG MBPP dapat dijalankan dengan berkesan dan menyeluruh menjelang tahun 2026–2028.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP

Address

Tingkat 47, KOMTAR
Georgetown
10503

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

04-261 2835 / 5261

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GRPB the Penang Model posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GRPB the Penang Model:

Share

Category