27/08/2026
PDT HULU PERAK SASAR KEJAYAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69
GERIK, 26 OGOS 2026 โ Kontinjen Perbarisan dan Perarakan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Perak menyasarkan untuk memberikan persembahan terbaik dan mencipta kejayaan dalam Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Tahun 2026 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2026 di Padang Ipoh, Perak.
Seramai 58 orang anggota kontinjen akan mewakili PDT Hulu Perak bagi menyertai pertandingan Kategori Daerah sempena sambutan tersebut.
Pegawai Daerah Hulu Perak, Tuan Mohamad Fitri bin Hassan, P.C.M., berkata penyertaan kontinjen bukan sekadar membawa nama PDT Hulu Perak, malah menjadi lambang semangat patriotisme, disiplin dan kerjasama dalam kalangan warga perkhidmatan awam.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada kontinjen pada Majlis Penyerahan Kit Kontinjen Perbarisan dan Perarakan serta Amanat Pegawai Daerah Hulu Perak Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik, hari ini.
Menurut beliau, setiap anggota kontinjen perlu memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh latihan serta sentiasa menjaga disiplin, ketepatan masa, kekemasan, keseragaman dan mematuhi setiap arahan yang diberikan.
โSetiap seorang daripada kita membawa nama Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak. Justeru, berikan komitmen yang terbaik, kekalkan semangat berpasukan dan pastikan setiap pergerakan dilakukan dengan penuh disiplin serta kesungguhan,โ katanya.
Beliau turut mengingatkan anggota kontinjen supaya menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal, mendapatkan rehat yang mencukupi serta menjaga pemakanan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik menjelang hari pertandingan.
Untuk rekod, kontinjen PDT Hulu Perak pernah mencatatkan kejayaan apabila dinobatkan sebagai Pemenang Pakaian Terbaik pada tahun 2022, manakala pada tahun lalu, kontinjen turut berjaya menduduki tempat keempat bagi kategori Pakaian Terbaik.
Penyerahan kit kontinjen kepada 58 orang anggota telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Hulu Perak sebagai simbol kesiapsiagaan dan sokongan pihak pengurusan kepada seluruh anggota kontinjen yang bakal membawa nama PDT Hulu Perak ke pentas pertandingan.
Turut hadir, Tuan OCPD Gerik; Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Perak (Bahagian Tanah); Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah; Pegawai Kesihatan Daerah; Pegawai RELA Daerah; wakil-wakil ketua jabatan; wakil Pegawai Memerintah 4 Rejimen Sempadan; wakil Taman Negeri Perak; serta wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Semoga kontinjen PDT Hulu Perak terus menampilkan semangat juang, disiplin dan keseragaman yang tinggi serta berjaya mengharumkan nama daerah di Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Tahun 2026.
Selamat berjuang dan lakukan yang terbaik! ๐ฒ๐พ
HULU PERAK BOLEH!