AADK HULU PERAK

AADK HULU PERAK PENCEGAHAN DADAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA 🤜🏻🤛🏼

Aadk Merupakan Sebuah Agensi Kerajaan Yang Membenteras Dadah Dengan Cara Pemulihan Pencegahan dan Penguatkuasaan.

Nak tidur nyenyak dan poket sentiasa penuh? Rahsianya mudah, jauhi barang terlarang 🚫 Tak ada kos bayaran, tak ada kesan...
17/08/2026

Nak tidur nyenyak dan poket sentiasa penuh? Rahsianya mudah, jauhi barang terlarang 🚫 Tak ada kos bayaran, tak ada kesan sampingan yang memusnahkan, yang ada cuma masa depan yang lebih cerah. ✨

Ramai yang ingat jalan pintas (dadah) boleh bagi kebahagiaan, tapi hakikatnya ia cuma 'scam' yang merugikan diri dan keluarga. Jom amalkan gaya hidup bebas dadah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



16/08/2026

Nak jujur dengan diri sendiri ni sebenarnya benda paling berat.

Demi nak jalan mudah kat tempat kerja, kadang kita sanggup ketepikan prinsip. Benda tu memang nampak senang masa tu, tapi rasa menyesal kat kelak memang makan diri.

Integriti bukan pasal orang nampak atau tak, tapi pasal diri kita sendiri. Biar penat berjuang dengan cara yang betul, janji tidur malam kita tenang tanpa rasa ragu.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Kesilapan besar bermula daripada satu kesilapan kecil. Ramai yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah bermula dengan ra...
14/08/2026

Kesilapan besar bermula daripada satu kesilapan kecil. Ramai yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah bermula dengan rasa ingin tahu atau pengaruh rakan.

Namun, perjalanan untuk keluar daripada ketagihan bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap orang berhak mendapat peluang kedua. Dan yang paling penting, kita boleh mencegahnya sebelum ia bermula.

Pilih masa depan yang lebih baik.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



"Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda;"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat ...
14/08/2026

"Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda;
"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu kerana yang demikian lebih patut agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang Allah SWT telah berikan."

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini mendidik kita agar menjauhi sifat membandingkan diri dengan mereka yang lebih berada sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, iri hati atau keluh kesah.

Sebaliknya, Islam mengajar kita untuk mensyukuri rezeki yang ada, menghargai setiap nikmat serta memupuk sifat qanaah dan rendah hati dalam kehidupan seharian.

Semoga Warkah Ilmu ini menjadi peringatan buat kita semua untuk terus memperkukuh nilai kesyukuran, memperbaiki akhlak serta mendidik diri dan keluarga ke arah kehidupan yang lebih sejahtera, bermakna dan diberkati.

PEMERKASAAN PROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN SECARA SUKARELAAkta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pem...
13/08/2026

PEMERKASAAN PROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN SECARA SUKARELA

Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang mula berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025 selepas pindaan memberi nafas baharu dengan memperluas akses untuk merawat penagih serta penyalah guna dadah dan bahan.

Akta ini juga menggalakkan individu tampil mendapatkan rawatan dan pemulihan secara s**arela di fasiliti AADK.

Ingin tahu tentang program ini dengan lebih lanjut, ikutkan temu bual eksklusif bersama Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Dato’ Ruslin Jusoh dalam Radio NasionalFM pada 14 Ogos 2026, pukul 11.15 pagi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah







Kalau telefon bagi notifikasi penting, kita biasanya terus buka. Tapi dalam kehidupan, amaran yang lebih besar sering ki...
13/08/2026

Kalau telefon bagi notifikasi penting, kita biasanya terus buka. Tapi dalam kehidupan, amaran yang lebih besar sering kita abaikan.

Penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada kesihatan, hubungan keluarga dan masa depan seseorang. Ambil serius setiap amaran dan buat pilihan yang lebih baik untuk diri dan masa depan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



SULIT: ADA MESEJ UNTUK ANDA! ✉️🤫Di sebalik susunan huruf ni, ada satu prinsip hidup yang AADK pegang teguh untuk korang ...
12/08/2026

SULIT: ADA MESEJ UNTUK ANDA! ✉️🤫
Di sebalik susunan huruf ni, ada satu prinsip hidup yang AADK pegang teguh untuk korang semua.

Hint: Gaya hidup sihat & bebas dadah.

Cuba cari dan KOMEN jawapan yang anda jumpa. Jangan lupa SHARE dekat kawan-kawan yang s**a mencuba.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Tekanan hidup adalah perkara yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Namun, mencari jalan keluar melalui penyalahgunaan ...
11/08/2026

Tekanan hidup adalah perkara yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Namun, mencari jalan keluar melalui penyalahgunaan dadah bukanlah jalan penyelesaian.

Dadah mungkin memberi kesan sementara, tetapi kesan jangka panjangnya boleh menjejaskan kesihatan, hubungan keluarga dan masa depan seseorang.

Buat pilihan yang bijak.
Sayangi diri dan masa depan anda.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Mencintai diri sendiri bukanlah bermaksud kita pentingkan diri, tetapi belajar menerima diri dengan semua kelebihan dan ...
09/08/2026

Mencintai diri sendiri bukanlah bermaksud kita pentingkan diri, tetapi belajar menerima diri dengan semua kelebihan dan kekurangan.

Bila kita mula berdamai dengan diri sendiri, kita akan rasa lebih bersyukur dengan kehidupan. Tak perlu menjadi sempurna untuk merasa cukup. Cukuplah menjadi diri sendiri yang masih berusaha menjadi lebih baik.

Hari ini, ambil sedikit waktu untuk diri sendiri. Hargai usaha kecil yang telah kamu lakukan. 🤍

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Lot 11066 Jalan Suda Bahagia Off Jalan Sultan Iskandar
Gerik
33300

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 07:30 - 12:15
14:45 - 17:30

Telephone

+6057921804

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK HULU PERAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK HULU PERAK:

Shortcuts

Share