31/01/2026
Sukan Rakyat DUN Temenggor Meriahkan Lapangan Terbang Gerik
GERIK, 31 Januari 2026 β Suasana di Lapangan Terbang Gerik bertukar gamat dan penuh warna apabila Program Sukan Rakyat DUN Temenggor berjaya dianjurkan pada hari Sabtu hari ini dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Program ini menyaksikan gabungan mantap antara kakitangan JAKOA Daerah Hulu Perak dan Baling bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Ulu Gerik, yang turun padang bersama-sama memeriahkan pelbagai acara sukaneka yang dipertandingkan. Kehadiran pasukan dari JAKOA Hulu Perak dan JAKOA Baling jelas menyerlahkan semangat kerjasama yang begitu utuh.
Seawal pagi, lapangan dipenuhi gelak tawa kanak-kanak, sorakan ibu bapa dan semangat kesukanan yang tinggi. Pelbagai acara sukaneka tradisional dan santai telah dipertandingkan, bukan sahaja mencabar fizikal, malah menguji kesepakatan dan kerjasama berpasukan.
Antara acara yang mencuri tumpuan ialah kategori kanak-kanak dan ibu bapa yang menampilkan permainan tradisional serta sukaneka kreatif.
Pasukan gabungan JAKOA dan masyarakat Orang Asli Kampung Ulu Gerik telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya meraih beberapa kejuaraan:
Johan:
Sukaneka Kanak-kanak (Mix & Match)
Sukaneka Kanak-kanak (Empty Dumpty)
Acara Ibu Bapa (Kukur Nyor)
Acara Ibu Bapa (Batu Seremban)
Naib Johan:
Sukaneka Kanak-kanak (Balloon Race)
Sukaneka Kanak-kanak (Run With Ball)
Diakhir program ini pasukan JAKOA Hulu Perak dan Baling telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi tahun 2026.
Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan dalam pertandingan, malah melambangkan semangat perpaduan, kesepakatan serta hubungan erat antara kakitangan JAKOA dan komuniti setempat.
Program Sukan Rakyat ini turut menjadi platform terbaik dalam mengeratkan silaturahim, memupuk gaya hidup sihat serta memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda.