Angkatan Muda Keadilan Wangsa Maju

Angkatan Muda Keadilan Wangsa Maju Angkatan Muda Keadilan Cabang Wangsa Maju. Your One-Stop Centre For Political, Community, Socioecon

IBADAH QURBAN 1447H BERSAMA PENDUDUK WANGSA MAJUSemalam menandakan berakhirnya program ibadah qurban kita untuk musim in...
31/05/2026

IBADAH QURBAN 1447H BERSAMA PENDUDUK WANGSA MAJU

Semalam menandakan berakhirnya program ibadah qurban kita untuk musim ini. Bermula di PPR Gombak Setia (27/5) dan kemuncaknya semalam di Kg. Sungai Mulia & Kg. Padang Balang (30/5), semuanya telah berjalan dengan penuh meriah dan lancar.

Satu penghargaan yang tidak terhingga dan ucapan terima kasih buat YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Saudara Kamil Munim atas keprihatinan dan sokongan besar yang diberikan kepada komuniti Wangsa Maju.

Tidak lupa juga buat semua penduduk kampung dan 'tentera dapur' yang bergotong-royong dari awal sampailah selesai agihan. Memang terbaik! 🀝πŸ”₯

Semoga rezeki yang dikongsi ini membawa seribu satu keberkatan. Jumpa lagi di qurban akan datang!



MAJLIS QURBAN KASIH MADANI WANGSA MAJU πŸ•‹βœ¨Salam Aidiladha kepada seluruh warga Wangsa Maju!Angkatan Muda Keadilan (AMK) W...
26/05/2026

MAJLIS QURBAN KASIH MADANI WANGSA MAJU πŸ•‹βœ¨

Salam Aidiladha kepada seluruh warga Wangsa Maju!

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wangsa Maju menjemput rakan-rakan yang berdekatan untuk bersama-sama mengimarahkan Majlis Qurban Kasih MADANI Wangsa Maju.

Program ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

πŸ“… Sesi 1: 27 Mei 2026 (Rabu)
⏰ Selepas solat Aidiladha
πŸ“ Surau As-Sakinah, PPR Gombak Setia

πŸ“… Sesi 2: 30 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi - 1.00 tengahari
πŸ“ Kg. Sungai Mulia
πŸ“ Kg. Padang Balang

Kita jumpa di sana! πŸ™Œ



Salam reformasi!Semua anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Wangsa Maju dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ...
16/04/2026

Salam reformasi!

Semua anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Wangsa Maju dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda KEADILAN Cabang (MATAMKC) Wangsa Maju 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 17 April 2026 (Jumaat)
πŸ•£ Masa: 8.30 Malam
πŸ“ Tempat: Dewan Masyarakat Taman Setapak

Inilah ruang untuk kita berkumpul dan berbincang mengenai hala tuju anak muda di Wangsa Maju. Kehadiran dan suara rakan-rakan amatlah dihargai. Jumpa disana!


28 Mac 2026 | Kenyataan Media AMK Wangsa MajuSusulan penularan video yang melibatkan dua (2) individu yang didakwa melak...
28/03/2026

28 Mac 2026 | Kenyataan Media AMK Wangsa Maju

Susulan penularan video yang melibatkan dua (2) individu yang didakwa melakukan aktiviti yang mempunyai unsur jenayah dan salah laku, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wangsa Maju mengambil maklum dan memandang serius perkara ini.

AMK Wangsa Maju menyambut baik kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan dan berharap agar proses siasatan dalaman menyeluruh dapat dijalankan dengan segera dan tindakan yang sewajarnya diambil jika didapati bersalah.

AMK Wangsa Maju ingin menegaskan bahawa apa-apa tindakan yang mempunyai unsur jenayah dan salah laku tidak mewakili pendirian, nilai dan budaya baik AMK mahupun Parti secara umum dan tidak akan sesekali dilindungi.

Isu yang tular ini juga menjadi peringatan kepada seluruh anggota parti supaya sentiasa menjaga tingkah laku dan mengekalkan integriti pada tahap tertinggi demi nama baik Parti KEADILAN Rakyat. Jangan sesekali menjadi liabiliti kepada perjuangan parti.

ARIEF IZUADIN BIN AHMAD JEFFERI
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Cabang Wangsa Maju



18/02/2026

Address

Gombak

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Wangsa Maju posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Muda Keadilan Wangsa Maju:

Shortcuts

Share