31/03/2023
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
Ya Allah Ya Rabbul Izzati, sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan 2023 bersama YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta YAB Menteri Besar Perak, di Sekolah Izzuddin Shah, yang akan diadakan pada hari ini 31 Mac 2023, di hari Jumaat penuh rahmah & barakah, kami dengan dengan rasa rendah diri dan penuh pengharapan, menadah tangan, memohon, merayu dan meminta dariMu agar Kau berkatilah dan rahmatilah majlis ini. Kau berikanlah perlindungan dan keselamatan. Kau sempurnakanlah majlis ini dari awal hingga akhirnya. Kau lindungilah kami dari sebarang kesalahan, kekurangan, kelemahan, kecacatan dan keaiban.
Sesungguhnya kami ingin menzahirkan rasa kesyukuran di atas nikmatMu yang tidak ternilai dan kami ingin menyantuni sebaik-baiknya pemimpin-pemimpin kami, anak-anak yatim dan tahfiz, anak-anak Sekolah Izzuddin Shah serta para tetamu yang lain di bulan yang penuh barakah ini. Justeru bantulah kami Ya Allah, kerana tiada siapa yang dapat membantu dan memberi perlindungan selain daripada perlindunganMu Ya Allah. KepadaMu kami berharap dan kepadaMu kami berserah.
Amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin.