AMK Gopeng 2025-2028

AMK Gopeng 2025-2028 Laman Facebook Rasmi Angkatan Muda KEADILAN Cabang Gopeng

Ikuti Media Sosial Kami DI:

Tiktok: AMK Gopeng
Instagram: .gopeng

Assalamualaikum & Salam SejahteraMOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) CABANG GOPENG 📢📢📢...
13/03/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) CABANG GOPENG 📢📢📢‼️

MESYUARAT AGONG TAHUNAN CABANG GOPENG (MATC GOPENG) 2026 AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :

📆TARIKH : 14 MAC 2026 (SABTU)

🕛MASA :-
SAYAP WANITA & AMK : 3.00 PETANG

CABANG : 5.00 PETANG

IFTAR CABANG GOPENG : 7.30 MALAM

📍VANUE : DE'BOIS EVENT HALL, MEDAN GOPENG

📌LOCATION : https://maps.app.goo.gl/mkBaAjnCiCMBrsnQ7

Sebaran maklumat ini adalah kepada anggota-anggota Keadilan Gopeng.

Kerjasama dan perhatian Sdr/Sdri amat2 dihargai 🙏🙏

07/03/2026
SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H ✨Al-Quran ialah kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan disamp...
07/03/2026

SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H ✨

Al-Quran ialah kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan disampikan untuk seluruh manusia.

Al-Quran diturunkan pada malam 17 Ramadan di Gua Hira’, Jabal Nur, Mekah, Saudi Arabia & Al-Quran ialah pengganti kitab kepada kitab Injil (Nabi Isa a.s.), kitab Taurat (Nabi Musa a.s.) dan kitab Zabur (Nabi Daud a.s.).

Fakta: Nuzul Al-Quran di negeri Perak diiktiraf sebagai Hari Cuti Kelepasan Am.

06/03/2026
05/03/2026

Merewang? Memasak? Membawang?

Biasalah tu, dengar ada cerita “hangat” je lagi bersemangat nak menyembang 😆

Petang ni boleh datang ke Bazar Ramadan Pulai Jaya untuk ambil & rasa Bubur Lambuk membawang kami 😋

03/03/2026

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata taktik sindiket yang memecahkan transaksi kepada jumlah kecil seperti RM1,000 hingga RM3,000 menyebabkan pengeluaran berkenaan tidak mencetuskan amaran awal sistem perbankan.

"Dalam tempoh tiga hingga 10 minit sahaja, sebahagian besar wang sudah dipindahkan ke beberapa lapisan akaun berbeza. Apabila wujud layer (lapisan) yang banyak, proses siasatan menjadi lebih rumit," katanya.

Sehubungan dengan itu, Saifuddin Nasution berkata dalam tempoh satu hingga dua jam pertama selepas mangsa menyedari berlaku penipuan, merupakan tempoh paling kritikal untuk tindakan sekatan dilakukan.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/scammer-mampu-lesapkan-dana-dalam-10-minit-lapor-segera-997-saifuddin-nasution

MEMPERINGATI PERISTIWA SIDANG DUN PERAK BAWAH POKOK 2009 🌳17 tahun yang lalu, negera dikejutkan dengan peristiwa yang un...
03/03/2026

MEMPERINGATI PERISTIWA SIDANG DUN PERAK BAWAH POKOK 2009 🌳

17 tahun yang lalu, negera dikejutkan dengan peristiwa yang unik & bersejarah dalam politik Malaysia dimana DUN Perak bersidang di bawah pokok hujan-hujan, tidak jauh dari Bangunan Perak Darul Ridzuan. Pokok tersebut dinamakan Pokok Demokrasi dan plak & tugu dibina sebagai simbolik peristiwa bersejarah tersebut namun dimusnahkan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) atas alasan tiada kelulusan atau permit. Pembinaan tugu telah dilakukan sebanyak 2 kali (pembinaan kali kedua dengan ukuran 2 meter x 0.6 meter dilakukan oleh 2 orang pekerja tapi melarikan diri setelah pihak berkuasa tiba pada 28 April 2009), namun pihak MBI telah menghalang sekeras-kerasnya, walaupun PKR telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM 40,000.00 & telah ditolak permohonan dari ADUN Kepayang, Loke Chee Yan oleh pihak MBI.

Persidangan ini merupakan satu simbolik protes terhadap bantahan oleh ADUN dari Pakatan Rakyat dihalang memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sebanyak 28 ADUN Pakatan Rakyat & lebih 2,000 orang hadir menghadiri manakala ADUN Dari Barisan Nasional tidak hadir ke perisitiwa tersebut. ADUN Tronoh, V.Sivakumar (Ahli Parlimen Batu Gajah sekarang) lengkap dengan jubah & songkok mempengerusikan sidang DUN tersebut.

Punca kewujudan persidangan ini juga disebabkan oleh Krisis Politik Perak 2009, dimana 3 ADUN (Jelapang, Changkat Jering, Behrang) dari Pakatan Rakyat menyokong Barisan Nasional & kejatuhan YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Konflik Krisis Politik Perak 2009 telah mendapat perhatian dari DYMMM Sultan Perak (Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah) & Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

Ini merupakan sejarah lama yang penting dimana pentingnya wujud sistem demokrasi dalam politik & kewujudan Akta Anti-Lompat Parti 2022. Semoga ia tidak terjadi pada masa akan datang.

JADUAL PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADAN 🌙Berikut merupakan program-program bersama YB di kawasan Gopeng sepanjang bulan R...
01/03/2026

JADUAL PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADAN 🌙

Berikut merupakan program-program bersama YB di kawasan Gopeng sepanjang bulan Ramadan.

Ayuh ceriakan suasana mari bersama kami ✨

26/02/2026

Address

Gopeng
31600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMK Gopeng 2025-2028 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share