Ameerah Kawasan Gua Musang

Ameerah Kawasan Gua Musang political organisation

22/08/2026
15/08/2026

πŸ”₯ ADN BELIA BUAT APA JE? πŸ”₯

Pernah tertanya-tanya, apa sebenarnya peranan ADN Belia? πŸ€”
Sekadar nama dan jawatan… atau ada misi besar untuk anak muda? πŸ‘€

Jom kita sembang santai bersama dua tetamu jemputan kita:

🌿 Norsylamimi
ADN Belia Kelaboran

🌿 Izzah Ilyana
ADN Belia Meranti

Dikendalikan oleh πŸŽ™οΈ Alya Zikraa
ADN Belia Limbongan

πŸ“… 16 Ogos 2026 | Ahad
⏰ 9.00 malam
πŸ“ LIVE di TikTok Ameerah Kelantan

Nak tahu apa yang mereka buat, apa cabarannya dan bagaimana suara anak muda dibawa ke hadapan?
Jangan dengar cerita orang, dengar sendiri daripada mereka! πŸ’šβœ¨

Jumpa malam Ahad ini dalam
πŸŽ™οΈ Bicara Santai Anak Muda Siri 6.0

09/08/2026

Pernah tak kita rasa… β€œAku okay ke sebenarnya?”πŸ₯ΉπŸ§ 

Kadang-kadang kita senyum, kita teruskan rutin macam biasa… tapi dalam hati, penatnya hanya kita yang tahu.

Jom sembang santai dalam Bbual Anak Muda (B.A.M) Siri 3.0 dengan topik:

βœ¨β€œMENTAL SAYA OKAY KE DR?β€βœ¨

Bersama Dr Nur Ilyani binti Mohamed Nawawi, Pakar Psikiatri, kita kupas tentang kesihatan mental, tanda-tanda yang perlu diberi perhatian dan bila masanya kita perlu mendapatkan bantuan.

πŸ“… Ahad | 9 Ogos 2026
⏰ 9.00 malam
πŸ“± LIVE di TikTok Ameerah Kelantan

πŸ’™ Tak perlu tunggu sampai β€œtak tahan” baru nak ambil tahu tentang kesihatan mental.

Jumpa malam Ahad! Jangan lupa ajak kawan sekali. πŸŽ™οΈβœ¨

.0

03/08/2026
Alhamdulillah. Tahniah buat wakil Ameerah Gua Musang dari Dun Galas . Semoga dipermudahkan urusan seterusnya, insya-Alla...
03/08/2026

Alhamdulillah. Tahniah buat wakil Ameerah Gua Musang dari Dun Galas . Semoga dipermudahkan urusan seterusnya, insya-Allah.

🌟 TAHNIAH BARISAN FINALIS IKON AMEERAH! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 14 Ikon Ameerah yang telah berjaya melangkah ke Pentas Akhir Ikon Ameerah! πŸŽ‰

Perjalanan hingga ke tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah. Keberanian, bakat, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan membuktikan bahawa setiap daripada anda memiliki potensi besar untuk menjadi ikon wanita muda yang berilmu, berkeyakinan dan mampu memberi inspirasi kepada masyarakat.

Tahniah kepada:

1. Nik Haniah Istisyhad Binti Nik Muhammad Hazim β€” Pasir Mas
2. Nurul Asyiqin Binti Mohd Azlan β€” Rantau Panjang
3. Nur Najwa Binti Shrifuddin β€” Tanah Merah
4. Wan Halimatul Tasnim Binti Wan Mohd Akbal β€” Tumpat
5. Tuan Nur Liyana Nabilah Bt Tuan Yusmani β€” Kota Bharu
6. Nur Laili Syafiqah Binti Mohd Razali β€” Kubang Kerian
7. Nur Alya Zikraa Binti Abdullah β€” Pasir Puteh
8. Ku Nor Fatin Najwa Binti Ku Ahmad β€” Machang
9. Nursarida Anis Bt Sa’ari β€” Kuala Krai
10. Siti Nurhazimah Binti Baharin β€” Jeli
11. Nur Amalin Aisyah Binti Nazri β€” Gua Musang
12. Siti Rahmah Hayati Binti Ab Rahman β€” Bachok
13. Nurul Aqilah Binti Mat Zain β€” Ketereh
14. Noor Ashikin Binti Mohd Azemi β€” Pengkalan Chepa

Teruskan melangkah dengan yakin dan berikan persembahan terbaik di pentas akhir nanti. Anda semua sudah pun menjadi kebanggaan kawasan masing-masing! πŸ’š

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Ikon Ameerah? Nantikan kemuncak Pentas Akhir Ikon Ameerah!





03/08/2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.

Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan telah selesai. Keputusan telah pun dibuat oleh rakyat.

Bagi pihak Perikatan Nasional, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh calon Perikatan Nasional dan Barisan Nasional atas kemenangan yang membolehkan gabungan ini memperoleh majoriti dua pertiga seterusnya membentuk Kerajaan Negeri Sembilan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang setulusnya kepada semua calon yang telah menawarkan diri untuk berkhidmat, seluruh jentera parti di setiap peringkat, para petugas, sukarelawan, penyokong serta semua pengundi yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi.

Saya turut menghargai semangat muafakat yang telah dizahirkan antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional. Kesepakatan yang dibina ini lahir daripada hasrat yang sama, iaitu memastikan Negeri Sembilan dipimpin dengan lebih baik demi kesejahteraan rakyat.

Kini tiba masanya untuk kita meninggalkan segala perbezaan yang mewarnai sepanjang kempen dan memberi sepenuh tumpuan kepada amanah yang lebih besar. Negeri Sembilan adalah milik seluruh rakyat.

Semoga Allah SWT mengurniakan petunjuk, kekuatan dan kebijaksanaan kepada semua yang diberikan amanah untuk memimpin, agar setiap usaha yang dilakukan membawa manfaat kepada rakyat serta keberkatan kepada Negeri Sembilan.

29/07/2026

PELAKON P*RNO DALAM PROGRAM KERAJAAN : MADANI HILANG KETAMADUNAN

Ameerah Negeri Kelantan ingin meluahkan kekecewaan atas satu poster tidak beretika dalam promosi program Malaysia Blockchain Week 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 29 & 30 Julai di Kuala Lumpur.

Program yang mengumpulkan 150 orang pemain industri blockchain ini terlihat biasa, namun mengejutkan ramai apabila menampilkan seorang individu yang bernama Ms. PuiYi.

Apa yang mengejutkan, individu ini dikenali sebagai pelakon filem dewasa @ p***o, dan pernah melakonkan adegan l*cah dalam filem 'Pulau' pada 2023.

Walaupun beliau mengatakan bahawa beliau hanya fokus kepada karier DJ sahaja sekarang, namun kewujudan poster individu ini dalam program yang didokong oleh Kementerian Digital adalah sesuatu yang membimbangkan.

1. Ke manakah arah tujuan kementerian ini di bawah kepimpinan YB Gobind Singh Deo?
2. Tak habis lagi dengan isu Network School yang mendapat 'sokongan' YB Gobind Singh dari awal penubuhannya, perkara ini seolah-olah menunjukkan YB tidak pernah peka & sensitif dengan adat dan tatasusila bangsa Malaysia.
3. Data menunjukkan Malaysia menduduki carta ke-4 pada penggunaan ads dark web di Asia Tenggara. Dengan menjemput individu tidak bermoral begini, seolah-olah memberi pengiktirafan dan sokongan kepada industri dark web yang mengancam keselamatan siber puluhan ribu rakyat Malaysia.

Jelaslah, YB Kerajaan Madani sendiri tidak memahami apakah falsafah 'Madani' yang digagaskan oleh Perdana Menteri.

Hal ini tidak lain tidak bukan membawa satu lagi mesej bahawa kepimpinan negara daripada DAP tidak pernah memahami norma masyarakat Malaysia.

Tegasnya, Ameerah Negeri Kelantan menganjurkan cadangan agar:

1. Membatalkan penyertaan individu-individu yang terpalit dengan isu etika dalam mana-mana program peringkat kerajaan Malaysia.
2. Mengambil ruang dalam penganjuran program dengan memahamkan para peserta bertaraf global berkenaan nilai-nilai murni dan ketimuran yang menjadi identiti negara Malaysia.
3. Menapis budaya hedonism melampau daripada menyerap masuk ke dalam program mahupun pembangunan ekonomi digital negara.

Sesungguhnya wacana digital tidak perlu bergantung kepada konsert atau unsur hedonisme yang membazirkan sumber kewangan untuk dilaksanakan, lebih - lebih lagi di sebalik tekanan ekonomi yang kian meresahkan rakyat.




Alhamdulillah, tahniah kepada semua peserta program Ikon Ameerah .
13/07/2026

Alhamdulillah, tahniah kepada semua peserta program Ikon Ameerah .

Address

Gua Musang
18300

Telephone

+60108159204

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Kawasan Gua Musang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share