Seksyen Agama, Pejabat Tanah & Jajahan Kecil Lojing

Seksyen Agama, Pejabat Tanah & Jajahan Kecil Lojing Laman Facebook rasmi bagi Seksyen Agama, Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing.

Penafian : Pihak Seksyen Agama, Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kehilangan akibat penggunaan mana-mana maklumat atau kesilapan kandungan di dalam facebook ini.

PROGRAM REMAJA FITRAH “REMAJA SOLEH, PELIHARA FITRAH”29 Jun 2026/13 Muharram 1448HSeksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajaha...
29/06/2026

PROGRAM REMAJA FITRAH “REMAJA SOLEH, PELIHARA FITRAH”

29 Jun 2026/13 Muharram 1448H

Seksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jaheaik dan SMK Panggung Jayatelah mengadakan Program Remaja Fitrah “Remaja Soleh, Pelihara Fitrah” yang menumpukan kepada aspek kefahaman terhadap fitrah manusia dan isu sosial seperti LGBT dan pergaulan bebas.

Ust.Mohd Zakwan bin Mohd Saupi, Pegawai Agama Jajahan Kecil Lojing menyampaikan ceramah bertajuk “Fitrah Insan dan Identiti Diri Menurut Islam”, manakala Dr. Noor Aida binti Abdullah, Pegawai Kesihatan Keluarga dan Pakar Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang telah hadir menyampaikan ceramah bertajuk “Gejala Sosial Remaja dan Isu LGBT-Pencegahan dan Kesedaran”.

Pihak kami merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian bekerjasama menjayakan program ini.

PROGRAM AKIDAH MANTAP UMMAH LESTARI (AMAL) JAJAHAN KECIL LOJING TAHUN 202623 Jun 2026/7 Muharram 1448HSeksyen Agama Peja...
23/06/2026

PROGRAM AKIDAH MANTAP UMMAH LESTARI (AMAL) JAJAHAN KECIL LOJING TAHUN 2026

23 Jun 2026/7 Muharram 1448H

Seksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan - Jaheaik telah mengadakan program Akidah Mantap Ummah Lestari (AMAL), bertempat di Dewan JAKOA Pos Brooke. Program ini menumpukan pendedahan terhadap pemantapan asas akidah Islam dalam kalangan orang Asli sekitar Lojing.

Ceramah disampaikan oleh Ust. Mohd Zakwan Bin Mohd Saupi, Pegawai Agama Jajahan Kecil Lojing dan Ust. Mohammad Shafiq Bin Baderol Shaferi, Pegawai Dakwah Jajahan Gua Musang. Terima kasih diucapkan kepada peserta yang hadir menjayakan program.

BICARA AD-DIN HIJRATUL RASUL 1447H JAJAHAN KECIL LOJING14 Jun 2026/28 Zulhijjah 1447HSeksyen Agama Pejabat Tanah dan Jaj...
15/06/2026

BICARA AD-DIN HIJRATUL RASUL 1447H JAJAHAN KECIL LOJING

14 Jun 2026/28 Zulhijjah 1447H

Seksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Long Tan, Lojing telah mengadakan program Bicara Ad-din Hijratul Rasul 1447H.

AF. Ust. Muhamad Amri Bin Ouma, Imam Masjid Jamek Sultan Muhammad II, Telipot, telah hadir menyampaikan ceramah bertajuk “Hijrah Mengubah Diri, Taqwa Mengangkat Ummah”. Terima kasih kepada semua jemaah yang hadir mengimarahkan program ini.

JELAJAH SHARIAH LIFE JAJAHAN KECIL LOJING TAHUN 202613 Jun 2026/27 Zulhijjah 1447HSeksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajaha...
14/06/2026

JELAJAH SHARIAH LIFE JAJAHAN KECIL LOJING TAHUN 2026

13 Jun 2026/27 Zulhijjah 1447H

Seksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing dengan kerjasama Bahagian Dakwah - Jaheaik dan Masjid Mukim Kuala Betis telah mengadakan program Jelajah Shariah Life Jajahan Kecil Lojing Tahun 2026 di Mukim Kuala Betis dan KOA Taman Sri Galas.

Antara pengisian program ini adalah kuliah Subuh, kuliah Muslimat, sukan rakyat dan sukaneka, ziarah dhuafa’, gotong royong surau, dan Forum Agama Shariah Life.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua masyarakat Melayu dan orang asli sekitar Mukim Kuala Betis atas sambutan diberikan. Penghargaan juga kepada jawatankuasa Masjid Mukim Kuala Betis dan barisan Muallim JAHEAIK sebagai urusetia bersama.

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing
Ptjk Lojing

BICARA AD-DIN IBADAH KORBAN 1447H SIRI 1 DAN 2 JAJAHAN KECIL LOJING TAHUN 202612 & 18 Mei 2026 bertempat di Masjid Jamek...
14/06/2026

BICARA AD-DIN IBADAH KORBAN 1447H SIRI 1 DAN 2 JAJAHAN KECIL LOJING TAHUN 2026

12 & 18 Mei 2026 bertempat di Masjid Jamek Long Tan dan Masjid Mukim Pos Hendrop.

MUZAKARAH PENOLONG PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJUK JAJAHAN KECIL LOJING TAHUN 202630 Mac 2026/10 Syawal 1447HSeksyen Ag...
30/03/2026

MUZAKARAH PENOLONG PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJUK JAJAHAN KECIL LOJING TAHUN 2026

30 Mac 2026/10 Syawal 1447H

Seksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jaheaik telah mengadakan satu program Muzakarah Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jajahan Kecil Lojing Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Rafflesia, Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing.

Ust. Mohammad Syafiq Bin Baderol Shaferi, Pegawai Dakwah Pejabat Agama Jajahan Gua Musang telah hadir menyampaikan taklimat dan mengetuai perbincangan berkaitan Fiqh Munakahat dan Prosedur Perkahwinan Negeri Kelantan.

Terima kasih kepada semua PPNCR, Muallim, Penggerak Masyarakat Orang Asli dan guru-guru agama yang hadir pada program kali ini.

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing
Ptjk Lojing

12/03/2026

Alhamdulillah, pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing meluangkan masa setiap pagi dengan aktiviti tadarus dan tadabbur Al-Quran sebagai bentuk pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

BICARA AD-DIN AMBANG RAMADAN 1447H (Siri 2)16 Februari 2026Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Mas...
17/02/2026

BICARA AD-DIN AMBANG RAMADAN 1447H (Siri 2)

16 Februari 2026

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Masjid Mukim Kuala Betis atas kerjasama menjayakan program Bicara Ad-Din Ambang Ramadan Siri ke-2 Jajahan Kecil Lojing.

AF. Ust. Saifuldin Bin Mohamed, Imam Rawatib Masjid Tengku Razaleigh, Gua Musang telah hadir menyampaikan ceramah berkaitan persediaan menghadapi bulan ramadan. Terima kasih kepada penduduk setempat yang hadir mengimarahkan program ini.

13/02/2026

🌙 Ceramah Ambang Ramadhan 1447H | 2026M 🌙

Ayuh bersama-sama kita menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan dengan menghadiri Ceramah Ambang Ramadhan di Masjid Mukim Kuala Betis pada 16 Februari 2026 (Isnin), selepas Solat Maghrib bersama AF Ustaz Saifuldin Bin Mohamed.

Semoga pertemuan ini menjadi asbab untuk kita mempersiapkan hati, memperbaharui azam dan meningkatkan amal dalam menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

📍 Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Sebarkan dan ajak keluarga serta sahabat bersama. 🤲

KUNJUNGAN AHLI JAWATANKUASA DAKWAH & KEBAJIKAN PERKIM BAHAGIAN NEGERI KELANTAN10 Februari 2026Pejabat Tanah dan Jajahan ...
11/02/2026

KUNJUNGAN AHLI JAWATANKUASA DAKWAH & KEBAJIKAN PERKIM BAHAGIAN NEGERI KELANTAN

10 Februari 2026

Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing telah menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Dakwah & Kebajikan PERKIM Bahagian Negeri Kelantan yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Hassan Bin Mohamood selaku Pengerusi bahagian.

Kunjungan ini adalah bagi membincangkan kerjasama dari segi kelancaran gerak kerja dakwah kepada masyarakat orang Asli di sekitar Jajahan Kecil Lojing.

Turut hadir ialah YABrs. Ustaz Zulqarnain Bin Hassan, Pengarah Yayasan Tok Kenali, Imam Tua Masjid Jamek Long Tan, wakil-wakil guru agama JAHEAIK dan JAKIM serta semua penggawa daerah di jajahan ini.

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing
Ptjk Lojing

Address

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing
Gua Musang
18350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seksyen Agama, Pejabat Tanah & Jajahan Kecil Lojing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share