Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) kesedar.official Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203).

Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐๐ƒ๐”๐€๐ ๐๐„๐‘๐‡๐„๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„ ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆGua Musang - Kursus Pemanduan Berhemah untuk Pemandu Ja...
17/08/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐๐ƒ๐”๐€๐ ๐๐„๐‘๐‡๐„๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„ ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ

Gua Musang - Kursus Pemanduan Berhemah untuk Pemandu Jabatan Kerajaan Tahun 2026 telah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, KESEDAR sebagai usaha memperkukuh kompetensi, disiplin dan kesedaran keselamatan dalam kalangan pemandu di KESEDAR.

Kursus ini dilaksanakan sebanyak tiga (3) siri dengan penyertaan seramai 63 orang pemandu. Program menampilkan dua orang penceramah berpengalaman iaitu Tuan Khairul Rusdy bin Jamaluddin, Penguatkuasa JPJ Cawangan Seberang Jaya, Pulau Pinang dan En. Farid bin Ramli, Fasilitator Digital Method Sdn. Bhd.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Husnifaisal bin Ramli, Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, KESEDAR. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta penekanan kepada amalan pemanduan berhemah, pematuhan undang-undang dan peraturan jalan raya, pengurusan risiko serta kepentingan mengutamakan keselamatan diri, penumpang dan pengguna jalan raya.

Penganjuran kursus ini turut mencerminkan komitmen KESEDAR dalam membudayakan nilai Malaysia MADANI, khususnya melalui pembentukan warga kerja yang bertanggungjawab, berdisiplin, berintegriti dan mengutamakan kesejahteraan serta keselamatan dalam melaksanakan amanah perkhidmatan.









๐Œ๐„๐’๐„๐‰ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘ : ๐๐„๐๐˜๐€๐‹๐€๐‡๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐Œ ๐Ÿ€Ketum (Mitragyna speciosa) mengandungi bahan aktif mitragynine dan penya...
16/08/2026

๐Œ๐„๐’๐„๐‰ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘ : ๐๐„๐๐˜๐€๐‹๐€๐‡๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐Œ ๐Ÿ€

Ketum (Mitragyna speciosa) mengandungi bahan aktif mitragynine dan penyalahgunaannya boleh membawa risiko kepada kesihatan serta menjejaskan kehidupan, pekerjaan dan integriti diri.

๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Setiap pegawai adalah dilarang daripada:
โŒ Berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama baik badan berkanun.

โš–๏ธ Pegawai yang didapati bersalah berkaitan kes ketum boleh dikenakan tindakan tatatertib, termasuk tindakan dengan tujuan buang kerja.

๐ŸŒฑ Jauhi penyalahgunaan ketum.
๐Ÿค Bersama membina integriti, memajukan desa, memakmurkan wilayah.

๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘ ๐…๐‚ ๐๐„๐‘๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐๐„๐๐†๐€๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐๐„๐๐“๐€๐๐† ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐‘๐„๐ƒ ๐–๐€๐‘๐‘๐ˆ๐Ž๐‘ ๐…๐‚13 Ogos 2026- Pasu...
14/08/2026

๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘ ๐…๐‚ ๐๐„๐‘๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐๐„๐๐†๐€๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐๐„๐๐“๐€๐๐† ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐‘๐„๐ƒ ๐–๐€๐‘๐‘๐ˆ๐Ž๐‘ ๐…๐‚

13 Ogos 2026- Pasukan bola sepak Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), KESEDAR FC memperoleh pengalaman berharga apabila menerima kunjungan pasukan Liga Super Malaysia, Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) dalam sesi perlawanan persahabatan yang telah diadakan di Padang Kompleks Perdana, Gua Musang pada 13 Ogos 2026. Perlawanan persahabatan ini merupakan salah satu program yang diatur oleh KRW dalam jelajah pra-musim pasukan tersebut sebelum sepak mula Liga Super 2026/ 2027.

Walaupun mengalami kekalahan kosong berbalas enam, pasukan KESEDAR FC tetap menampilkan aksi bersemangat dalam perlawanan ini untuk memberi tentangan kepada pihak lawan. Perlawanan ini turut membuka ruang kepada pasukan KESEDAR FC untuk meneliti kelemahan pasukan terutama apabila berdepan dengan pasukan yang berprofil tinggi sekaligus menambah baik persediaan pasukan untuk menyertai kejohanan lain di masa akan datang.

Perlawanan ini turut disaksikan oleh YBhg. Dato Muhamad Zaki bin Haji Harun Mohammad, Presiden KRWFC, Tuan Suprintendan S*k Choon Foo, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Encik Mohd Fadhly bin Ab Manaf, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR, Tuan Haji Mohd Nazif bin Ab Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif KRWFC serta kakitangan-kakitangan KESEDAR. Kehadiran penyokong dari segenap Gua Musang yang memenuhi Padang Kompleks Perdana Gua Musang turut sama memeriahkan suasana perlawanan ini.

Perlawanan ini diharap menjadi titik tolak kepada KESEDAR FC terus memperbaiki kelemahan yang ada sekaligus memberi cabaran di peringkat yang lebih tinggi.

Buat Kelantan Red Warrior FC, selamat maju jaya di Liga Super Malaysia!







12/08/2026

๐๐ˆ๐๐†๐Š๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘ (๐Œ๐„๐Š๐€๐‘) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐‰๐„๐‹๐ˆ/๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡, ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“๐€๐

Ayer Chanal, Tanah Merah โ€“ Program Mini Karnival Usahawan KESEDAR (MEKAR) Peringkat Wilayah Jeli/Tanah Merah Tahun 2026 berlangsung meriah di Sekolah Kebangsaan Ayer Chanal pada 8 Ogos 2026, dengan kehadiran kira-kira 2,500 pengunjung.

Program ini menghimpunkan 16 usahawan tempatan sebagai platform memperkenalkan dan mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Karnival turut disertai enam agensi kerajaan yang menyediakan pameran dan perkongsian maklumat berkaitan perkhidmatan serta inisiatif kepada komuniti.

Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan termasuk pertandingan mewarna, pertandingan gubahan, servis motosikal percuma, fun games, cabutan bertuah serta persembahan kebudayaan dikir barat moden.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datoโ€™ Haji Mohd Adhan bin Kechik, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan merangkap Ketua UMNO Bahagian Jeli.

Penganjuran MEKAR mencerminkan komitmen berterusan KESEDAR dalam memperkasa usahawan tempatan, memperluas peluang pasaran dan menggalakkan masyarakat menjana pendapatan secara mampan.

Kemeriahan program dengan kehadiran ribuan pengunjung membuktikan bahawa platform seperti MEKAR terus menjadi medium penting dalam membantu usahawan tempatan membina jaringan perniagaan serta mendekatkan produk mereka kepada masyarakat.











๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐“๐€๐‹๐Š ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“-๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘: ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐Š๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐๐€...
12/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐“๐€๐‹๐Š ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“-๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘: ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐Š๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐

9 Ogos 2026-Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) terus memperkukuh budaya kerja berintegriti dalam kalangan warga organisasi menerusi Program Integriti Talk Kakitangan Bahagian Pembangunan Pertanian dan Pejabat-Pejabat Operasi yang telah diadakan pada 9 Ogos 2026.

Program ini disampaikan oleh Mohammad Zulkarnaein bin Fauzi, Ketua Unit Integriti KESEDAR, dan telah disertai seramai 120 orang, terdiri daripada warga Bahagian Pembangunan Pertanian serta Pejabat-Pejabat Operasi KESEDAR. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Bahagian Pembangunan Pertanian dan Pengurus Pejabat Operasi.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga organisasi mengenai konsep integriti, etika kerja serta tadbir urus yang baik, Memberi pendedahan mengenai peraturan-peraturan di bawah Akta 605, tatacara kerja dan kod etika organisasi.

Ia bertujuan agar setiap warga KESEDAR memahami tanggungjawab serta batasan dalam melaksanakan tugas, membendung dan mencegah salah guna kuasa serta rasuah melalui peringatan berterusan mengenai implikasi salah guna kuasa, penyelewengan, salah laku tatatertib dan rasuah serta memperkasakan budaya kerja berintegriti dengan menyemai nilai akauntabiliti, ketelusan dan kejujuran dalam setiap tindakan serta proses membuat keputusan.

Program seumpama ini amat penting dalam memastikan warga KESEDAR sentiasa mengutamakan amanah, integriti dan akauntabiliti dalam melaksanakan tanggungjawab kepada organisasi dan masyarakat.

Usaha memperkukuh integriti ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai hormat, amanah, ihsan dan keyakinan, di samping memperkukuh tadbir urus yang baik serta penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat









๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐ˆ ๐‰๐€๐’๐€, ๐Œ๐„๐๐˜๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐๐‘๐„๐’๐“๐€๐’๐ˆGUA M...
11/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐ˆ ๐‰๐€๐’๐€, ๐Œ๐„๐๐˜๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐๐‘๐„๐’๐“๐€๐’๐ˆ

GUA MUSANG, 9 Ogos 2026 โ€“ Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KESEDAR Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Datoโ€™ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.

Majlis ini menjadi wadah penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja KESEDAR yang telah menunjukkan komitmen, dedikasi serta prestasi kerja cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepanjang tahun perkhidmatan.

Seramai 39 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 diraikan dalam majlis berkenaan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan pencapaian mereka dalam membantu memperkukuh penyampaian perkhidmatan KESEDAR.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu KESEDAR Cemerlang, diikuti bacaan doa serta tayangan multimedia yang memaparkan sorotan pencapaian dan aktiviti KESEDAR.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Pengurus Besar KESEDAR, yang menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan usaha berterusan dalam memastikan setiap amanah organisasi dilaksanakan dengan sebaiknya.

Majlis turut diserikan dengan ucaptama oleh YBhg. Datuk Haji Zawawi bin Haji Othman, Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR, yang menekankan kepentingan budaya kerja berprestasi tinggi, integriti serta semangat berpasukan dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Encik Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, serta En. Mohd Fadhly bin Ab Manaf, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR.

Selain penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 kepada 39 penerima, majlis turut meraikan para pesara KESEDAR menerusi penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati sebagai tanda mengenang jasa serta khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada organisasi.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama para penerima APC, pesara dan barisan pengurusan KESEDAR. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen KESEDAR dalam membudayakan penghargaan, kecemerlangan dan kesejahteraan warga kerja selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, khususnya dalam membina organisasi yang berintegriti, berdaya saing, progresif dan berorientasikan perkhidmatan kepada rakyat.

๐‘ป๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚๐’‰ ๐’…๐’‚๐’ ๐’”๐’š๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’” ๐’…๐’Š๐’–๐’„๐’‚๐’‘๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’”๐’†๐’Ž๐’–๐’‚ ๐’‘๐’†๐’๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‚ ๐‘จ๐‘ท๐‘ช ๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚ ๐’”๐’†๐’•๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š-๐’•๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š ๐’‘๐’†๐’๐’ˆ๐’‰๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’‘๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‘๐’†๐’”๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‚๐’•๐’‚๐’” ๐’”๐’†๐’ˆ๐’‚๐’๐’‚ ๐’‹๐’‚๐’”๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐’”๐’–๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘จ๐‘น.









11/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐ˆ ๐‰๐€๐’๐€, ๐Œ๐„๐๐˜๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐๐‘๐„๐’๐“๐€๐’๐ˆ

GUA MUSANG, 9 Ogos 2026 โ€“ Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KESEDAR Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Datoโ€™ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.

Majlis ini menjadi wadah penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja KESEDAR yang telah menunjukkan komitmen, dedikasi serta prestasi kerja cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepanjang tahun perkhidmatan.

Seramai 39 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 diraikan dalam majlis berkenaan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan pencapaian mereka dalam membantu memperkukuh penyampaian perkhidmatan KESEDAR.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu KESEDAR Cemerlang, diikuti bacaan doa serta tayangan multimedia yang memaparkan sorotan pencapaian dan aktiviti KESEDAR.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Pengurus Besar KESEDAR, yang menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan usaha berterusan dalam memastikan setiap amanah organisasi dilaksanakan dengan sebaiknya.

Majlis turut diserikan dengan ucaptama oleh YBhg. Datuk Haji Zawawi bin Haji Othman, Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR, yang menekankan kepentingan budaya kerja berprestasi tinggi, integriti serta semangat berpasukan dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Encik Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, serta En. Mohd Fadhly bin Ab Manaf, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR.

Selain penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 kepada 39 penerima, majlis turut meraikan para pesara KESEDAR menerusi penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati sebagai tanda mengenang jasa serta khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada organisasi.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama para penerima APC, pesara dan barisan pengurusan KESEDAR. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen KESEDAR dalam membudayakan penghargaan, kecemerlangan dan kesejahteraan warga kerja selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, khususnya dalam membina organisasi yang berintegriti, berdaya saing, progresif dan berorientasikan perkhidmatan kepada rakyat.

๐‘ป๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚๐’‰ ๐’…๐’‚๐’ ๐’”๐’š๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’” ๐’…๐’Š๐’–๐’„๐’‚๐’‘๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’”๐’†๐’Ž๐’–๐’‚ ๐’‘๐’†๐’๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‚ ๐‘จ๐‘ท๐‘ช ๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚ ๐’”๐’†๐’•๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š-๐’•๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š ๐’‘๐’†๐’๐’ˆ๐’‰๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’‘๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‘๐’†๐’”๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‚๐’•๐’‚๐’” ๐’”๐’†๐’ˆ๐’‚๐’๐’‚ ๐’‹๐’‚๐’”๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐’”๐’–๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘จ๐‘น.









๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘ (๐Œ๐„๐Š๐€๐‘) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐‰๐„๐‹๐ˆ/๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡, ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐“๐„...
10/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘ (๐Œ๐„๐Š๐€๐‘) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐‰๐„๐‹๐ˆ/๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡, ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“๐€๐

AYER CHANAL, TANAH MERAH - Program Mini Karnival Usahawan KESEDAR (MEKAR) Peringkat Wilayah Jeli/Tanah Merah Tahun 2026 yang berlangsung meriah di Sekolah Kebangsaan Ayer Chanal pada Sabtu, 8 Ogos 2026, program ini berjaya menarik kehadiran kira-kira 2,500 orang pengunjung.

Program MEKAR ini menjadi platform bagi memperkenalkan serta mempromosikan produk dan perkhidmatan usahawan tempatan. Seramai 16 orang usahawan dari sekitar Wilayah Jeli/Tanah Merah menyertai program ini. Selain gerai usahawan, karnival turut diserikan dengan penyertaan enam (6) daripada agensi kerajaan yang mengadakan pameran, iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Unit e-Kasih ICU, Perpustakaan Desa, RISDA serta Pejabat Kesihatan Daerah, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan inisiatif yang disediakan oleh agensi kerajaan.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi memeriahkan program antaranya pertandingan mewarna, pertandingan gubahan, servis motosikal secara percuma, fun games serta cabutan bertuah yang mendapat sambutan mengalakkan daripada masyarakat setempat. Manakala pada sebelah malam masyarakat disajikan dengan persembahan kebudayaan dikir barat moden.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datoโ€™ Haji Mohd Adhan bin Kechik, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan merangkap Ketua UMNO Bahagian Jeli. Turut hadir, YBrs. Tuan Haji W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Pengurus Besar KESEDAR; Yang Berusaha Puan Nor Wahida binti Patuan, Pengerusi Penasihat Kolej Komuniti Jeli merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Jeli; Encik Mokhtar bin Abu Hassan, Penolong PPD Sektor Perancangan, PPD Tanah Merah serta Yang Berusaha Puan Noriah binti Abdul Hamid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer Chanal.

Penganjuran MEKAR ini mencerminkan komitmen berterusan KESEDAR dalam memperkasa komuniti melalui pembangunan keusahawanan, membuka ruang pasaran yang lebih luas kepada usahawan tempatan serta menggalakkan masyarakat menjana pendapatan secara mampan.

Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, khususnya dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat, meningkatkan taraf ekonomi komuniti serta membina masyarakat yang berdaya tahan dan berdaya saing.

Kemeriahan program dengan kehadiran ribuan pengunjung membuktikan bahawa platform seperti MEKAR amat penting dalam membantu usahawan tempatan memperkenalkan produk, membina jaringan perniagaan dan mendekatkan produk mereka kepada masyarakat.









๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐’๐„๐๐”๐“๐‡๐€๐‘๐†๐€Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) mempelawa kontraktor-kontraktor yang berdaftar den...
10/08/2026

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐’๐„๐๐”๐“๐‡๐€๐‘๐†๐€

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) mempelawa kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang perkhidmatan & bekalan yang berkaitan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi menjalankan bekalan seperti berikut:

โ— ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น, ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ, ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ท๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—น๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ (๐—ฆ๐—ฃ๐—ž๐—Ÿ๐—•) ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Untuk syarat dan maklumat lanjut, tuan/puan boleh merujuk kepada iklan di bawah atau layari laman web rasmi KESEDAR: https://www.kesedar.gov.my.








๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐‹๐€๐“๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐Ÿ’๐ŸŽ (๐ˆ๐๐ ๐๐Ÿ’๐ŸŽ) ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€...
07/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐‹๐€๐“๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐Ÿ’๐ŸŽ (๐ˆ๐๐ ๐๐Ÿ’๐ŸŽ) ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘

5 Ogos 2026 - Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan bagi Program Inisiatif Peningkatan Pendapatan Komuniti B40 (IPP B40) telah berjaya dilaksanakan bertempat di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR.

Program ini bertujuan untuk memperkasa ekonomi peserta melalui penyediaan bantuan peralatan serta latihan keusahawanan yang mampu meningkatkan pendapatan isi rumah. Seramai 40 orang peserta, terdiri daripada 30 peserta Wilayah Gua Musang (WGM) dan 10 peserta Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) dengan setiap peserta menerima bantuan peralatan bernilai RM4,500.00 serta tambahan RM500.00 diperuntukkan bagi pelaksanaan kursus, menjadikan jumlah bantuan RM5,000.00 bagi setiap peserta dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM200,000.00.

Majlis penyerahan bantuan barang perniagaan di bawah Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan komitmen berterusan dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk memperkasakan komuniti B40 melalui peningkatan kemahiran dan peluang menjana pendapatan.

Turut menyampaikan ucapan ialah En. Mohd Fadhly bin Ab Manaf, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR, yang menekankan kepentingan memanfaatkan bantuan dan latihan yang diberikan bagi membangunkan perusahaan secara mampan serta meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Puan Yunaiha Binti Ismail, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, Puan Rushwahanis Binti Ramli, Pengurus Pejabat Wilayah Gua Musang, serta Pn. Faten Bazlin Binti Ramzi, Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen KESEDAR dalam menyokong agenda Malaysia MADANI melalui usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat, meningkatkan daya saing usahawan serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada komuniti B40 di kawasan pembangunan KESEDAR.









Address

Bandar Baru Gua Musang
Gua Musang
18300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR):

Shortcuts

Share