17/08/2026
πππππππ πππππππππ ππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππππ ππππ
πππ πππππππ ππππ πππππππ ππππππππ ππππππππ, ππππππ ππππππππ πππ ππππππππ πππππ ππ ππππππ πππ ππππππ, ππππππππ πππππππ πππππππ ππππππππππππ πππππππ ππππ πππ πππππ ππππππ (ππππππππππ) πππππππππππ ππππππππ
YBrs Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang, En Amalil Ariffin bin Salleh mewakili YABrs Ketua Jajahan Gua Musang menghadiri Program Kesedaran Awam Pengukuhan Tindakan Mitigasi Konflik Hidupan Liar Bersama Penduduk Setempat, Agensi Kerajaan dan Pemegang Taruh di Jajahan Gua Musang, Kelantan yang telah diadakan pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Terbuka, Muse Ecopark, Gua Musang yang telah dianjurkan oleh PERHILITAN.
Program anjuran PERHILITAN ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dan pemegang taruh mengenai kepentingan konservasi hidupan liar, langkah-langkah mitigasi konflik manusia dan hidupan liar serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku insiden melibatkan hidupan liar.
Program anjuran PERHILITAN ini telah dirasmikan oleh YBrs Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan manakala ucapan kata alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs Timbalan Ketua Jajahan, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang yang mewakili YABrs Ketua Jajahan Gua Musang.
Secara keseluruhannya, program yang dianjurkan oleh PERHILITAN ini telah mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan lebih kurang seramai 500 orang daripada peserta dari pelbagai agensi kerajaan, pihak perladangan, pemegang taruh dan pelajar telah mewujudkan ruang interaksi serta perkongsian maklumat berkaitan konservasi dan mitigasi konflik hidupan liar.
# Foto dan Video adalah ihsan dari PERHILITAN