FELDA Wilayah Gua Musang - RASMI

FELDA Wilayah Gua Musang - RASMI “BAKTI DISEMAI BUKTI DITUAI”

PELANCARAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DOMESTIK 1 September 2026 menandakan bermulanya pelaksanaan kutipan sisa pepejal domesti...
01/09/2026

PELANCARAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DOMESTIK

1 September 2026 menandakan bermulanya pelaksanaan kutipan sisa pepejal domestik secara rasmi bagi Gugusan Chiku, Aring dan Perasu.

Pelaksanaan operasi pada hari ini bermula di FELDA Chiku 5, FELDA Chiku 7 dan FELDA Perasu. Operasi kutipan diselaraskan oleh BUJ Technology Sdn. Bhd. bagi memastikan pengurusan dan kutipan sisa pepejal domestik dapat dilaksanakan secara lebih teratur, sistematik dan berkesan demi mewujudkan persekitaran yang bersih, selesa dan kondusif kepada warga peneroka.

Pelaksanaan ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh aspek kebersihan dan kesejahteraan komuniti FELDA.



01/09/2026
Pengurusan dan Warga FELDA Wilayah Gua Musang mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 69tahun kepada selur...
30/08/2026

Pengurusan dan Warga FELDA Wilayah Gua Musang mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 69tahun kepada seluruh rakyat Malaysia



SESI PENGARAH JABATAN INTEGRITI FELDA BERSAMA PENGURUSAN FELDA WILAYAH GUA MUSANG📅 27 Ogos 2026 | Khamis  📍 Hotel Park I...
27/08/2026

SESI PENGARAH JABATAN INTEGRITI FELDA BERSAMA PENGURUSAN FELDA WILAYAH GUA MUSANG

📅 27 Ogos 2026 | Khamis
📍 Hotel Park Inn, Putrajaya

FELDA Wilayah Gua Musang telah mengadakan Sesi Bersama Pengarah Jabatan Integriti FELDA yang melibatkan pegawai kanan dan pengurus-pengurus rancangan.

Sesi ini telah disampaikan oleh YBrs. TPj. Mohd Anuar Ismail, Pengarah Jabatan Integriti FELDA, dan turut dihadiri oleh YBrs. En. Mohd Ardi Baharom, Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Gua Musang serta En. Zulkaffli Hashim, Timbalan Pengarah Wilayah.

Sesi ini memberi penekanan terhadap kepentingan membudayakan nilai etika dan integriti yang tinggi dalam kalangan pegawai dan kakitangan, di samping memperkukuh kefahaman berkaitan tadbir urus yang baik serta pematuhan terhadap dasar dan peraturan yang ditetapkan.

Perkongsian turut memberi fokus kepada perbincangan berkaitan isu tadbir urus, pematuhan dasar serta langkah-langkah pencegahan rasuah sebagai usaha memastikan setiap amanah dan tanggungjawab dilaksanakan secara telus, berintegriti dan bertanggungjawab.

Sesi seumpama ini amat penting dalam memperkukuh kesedaran dan komitmen warga kerja FELDA Wilayah Gua Musang untuk terus menjadikan integriti sebagai asas dalam melaksanakan tugas, seterusnya menyumbang kepada pengurusan organisasi yang lebih cekap, berakauntabiliti dan berintegriti.

“Integriti Teras Kecemerlangan, Amanah Dipelihara, FELDA Diperkasa.”



26/08/2026

Jalur Gemilang ialah simbol kedaulatan, kemerdekaan dan kebanggaan negara kita. Mengibarkannya bukan sekadar tradisi, tetapi satu komitmen untuk memelihara kehormatan Jalur Gemilang.

Mari kita amalkan etika pengibaran Jalur Gemilang dengan betul:

✅ Pastikan bendera tidak menyentuh tanah.

✅ Elakkan menggunakan Jalur Gemilang sebagai alas, penutup barang, atau dekorasi biasa.

✅ Jaga kebersihan dan elakkan meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya.

✅ Berdiri tegak dan menghormati Jalur Gemilang semasa ia dinaikkan dan lagu Negaraku dimainkan.

Kibarkan dengan penuh bangga dan rasa hormat! 🇲🇾



Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











PELAKSANAAN OPERASI KUTIPAN SISA PEPEJAL DOMESTIKOperasi kutipan sisa pepejal domestik akan bermula sepenuhnya secara ra...
26/08/2026

PELAKSANAAN OPERASI KUTIPAN SISA PEPEJAL DOMESTIK

Operasi kutipan sisa pepejal domestik akan bermula sepenuhnya secara rasmi pada 1 September 2026 bagi Gugusan Chiku, Aring dan Perasu.

Pelaksanaan operasi ini dikendalikan oleh BUJ Technology Enterprise Sdn. Bhd. sebagai usaha memastikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal domestik dapat dilaksanakan secara lebih teratur, sistematik dan berkesan.

Inisiatif ini turut memberi penekanan terhadap aspek kebersihan, kelestarian persekitaran serta kesejahteraan komuniti, selaras dengan usaha mewujudkan kawasan penempatan FELDA yang lebih bersih, selesa dan terurus.

Kerjasama seluruh warga peneroka dan komuniti amatlah dihargai dengan memastikan sisa pepejal domestik dibuang di tempat yang ditetapkan serta mematuhi tatacara pengurusan sisa yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan lebih teratur, persekitaran lebih bersih, komuniti lebih sejahtera.

Kebersihan Tanggungjawab Bersama.



SESI PENCAPAIAN KPI SETENGAH TAHUN 2026Pengurusan FELDA Wilayah Gua Musang telah mengadakan Sesi Pencapaian KPI Setengah...
24/08/2026

SESI PENCAPAIAN KPI SETENGAH TAHUN 2026

Pengurusan FELDA Wilayah Gua Musang telah mengadakan Sesi Pencapaian KPI Setengah Tahun 2026 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat FELDA Wilayah Gua Musang.

Sesi ini melibatkan semua rancangan FELDA Wilayah Gua Musang bagi menilai pencapaian prestasi sehingga pertengahan tahun, di samping membincangkan perkembangan semasa, isu-isu yang dihadapi serta langkah penambahbaikan bagi memastikan sasaran KPI yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan berkesan.

Sesi ini turut menjadi platform untuk memperkukuh penyelarasan dan kerjasama antara pihak pengurusan wilayah dan rancangan dalam usaha meningkatkan prestasi serta memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara sistematik dan berterusan.


SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang y...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan.”

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi medan untuk kita memperkukuhkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta mencontohi akhlak, kepimpinan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M

24/08/2026
EXPLORACE MERDEKA 2026 Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan sebagai usaha memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan...
23/08/2026

EXPLORACE MERDEKA 2026

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan sebagai usaha memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja, Cawangan Pembangunan Ekonomi Komuniti telah menganjurkan Explorace Merdeka 2026 khusus untuk petugas FELDA Wilayah Gua Musang.

Program ini turut menyokong inisiatif “Setiap Hari Ahad Adalah Hari Sukan Wilayah” yang bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif, meningkatkan kecergasan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja.

Explorace ini melibatkan empat (4) checkpoint yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan mencabar, sekali gus menguji ketangkasan, kerjasama berpasukan, kreativiti serta semangat kesukanan para peserta.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Ardi Baharom, Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Gua Musang.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga program seperti ini dapat terus menyemarakkan semangat perpaduan, kecergasan dan kebersamaan dalam kalangan petugas FELDA.



Address

Bandar Baru, Jalan Lipis
Gua Musang
18300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6099121101

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Wilayah Gua Musang - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FELDA Wilayah Gua Musang - RASMI:

Shortcuts

Share