PKOM KEMAS Gua Musang

PKOM KEMAS Gua Musang Unit Pembangunan Komuniti (PKOM) KEMAS Gua Musang terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu Bina Insan, Pusat Sumber dan Ekonomi Desa.

Kami menjalankan pelbagai program & aktiviti pembangunan komuniti di sekitar Gua Musang.
Selamat datang ke laman rasmi Unit Pembangunan Komuniti (PKOM) KEMAS Daerah Gua Musang. Unit ini berperanan dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai program pembangunan dan pembudayaan ilmu, melibatkan tiga bahagian utama:

🔹 Bina Insan
Fokus kepada pembangunan jati diri, kepimp

inan, kemahiran hidup dan sahsiah komuniti melalui Kelas Bina Insan dan program keagamaan kepada masyarakat setempat.

🔹 Pusat Sumber
Menyediakan kemudahan pembelajaran sepanjang hayat seperti kelas ICT, literasi digital dan pusat rujukan komuniti.

🔹 Ekonomi Desa
Menyokong dan membimbing komuniti dalam bidang keusahawanan, kraftangan, makanan, serta pembangunan ekonomi setempat. Kami terlibat secara aktif dalam merancang, menganjur dan menyertai pelbagai aktiviti dan program bersama masyarakat termasuk bengkel, seminar, pameran, lawatan komuniti dan khidmat sosial.

➡️ Ikuti kami untuk info terkini, aktiviti komuniti, dan peluang latihan di sekitar Daerah Gua Musang.

26/11/2025
02/10/2025

✨𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐨𝐥𝐢𝐝𝐚𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 𝐒𝐮𝐦𝐮𝐝 𝐅𝐥𝐨𝐭𝐢𝐥𝐥𝐚✨

“KEMAS dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan sejagat berdiri teguh bersolidariti bersama misi kemanusiaan global Sumud Flotilla.

Seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menaiki lima kapal dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas dipintas tentera Zionis di perairan Gaza, malam tadi waktu Gaza.

Setakat 6 pagi waktu Malaysia, lapan individu termasuk penyanyi Z**i Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil yang menaiki kapal Huga disahkan ditahan tentera Israel.



Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2473797

Alhamdulillah, Penilaian Kelas Bina Insan Gemilang (BIG) KEMAS Peringkat Kebangsaan 2025 telah berlangsung pada 25 Ogos ...
27/08/2025

Alhamdulillah, Penilaian Kelas Bina Insan Gemilang (BIG) KEMAS Peringkat Kebangsaan 2025 telah berlangsung pada 25 Ogos 2025 bertempat di Kelas Bina Insan Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada KEMAS Negeri Kelantan atas peluang yang diberikan untuk mewakili negeri dalam penilaian kali ini. Semoga ada rezeki untuk meraih kemenangan dan sekaligus mengharumkan nama kelas, KEMAS Gua Musang dan KEMAS Negeri Kelantan. 🌟💪

20/07/2025

Bulan Muharram dan Bubur Asyura

Penceramah: Ustaz Fakri Mohamed
( PM Bina Insan )
KEMAS Gua Musang

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kemenangan Kelas Bina Insan Jeram Tekoh, Gua Musang (Pema...
20/07/2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kemenangan Kelas Bina Insan Jeram Tekoh, Gua Musang (Pemaju Masyarakat Bina Insan; Ustaz Fakri Mohamed) yang berjaya merangkul tempat pertama dalam kalangan kelas-kelas bina insan lain di peringkat Negeri Kelantan dalam pertandingan Kelas Bina Insan Gemilang (BIG).

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, semangat berpasukan, serta komitmen semua pihak yang terlibat – para peserta, PKD, penyelia, pemaju masyarakat pelbagai jurusan dan juga sokongan padu dari pihak pengurusan Pejabat KEMAS Daerah Gua Musang.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang di peringkat seterusnya dan juga terus menyebarkan impak positif kepada komuniti. Tahniah dan syabas, Unit Bina Insan dan PKOM KEMAS Gua Musang! 🌟

PROGRAM KOMUNITI AL-QURANKEMAS DAERAH GUA MUSANGTARIKH: 4/7/2025MASA: 8.00pg- 3.30ptgTEMPAT: Surau Taman Mesra, 18300 Gu...
20/07/2025

PROGRAM KOMUNITI AL-QURAN
KEMAS DAERAH GUA MUSANG

TARIKH: 4/7/2025
MASA: 8.00pg- 3.30ptg
TEMPAT: Surau Taman Mesra, 18300 Gua Musang

PENILAIAN KELAS BINA INSAN GEMILANG (BIG) KEMAS NEGERI KELANTANTARIKH: 1/7/2025MASA: 10.00PG - 12.00TGHTEMPAT: KELAS BIN...
17/07/2025

PENILAIAN KELAS BINA INSAN GEMILANG (BIG) KEMAS NEGERI KELANTAN

TARIKH: 1/7/2025
MASA: 10.00PG - 12.00TGH
TEMPAT: KELAS BINA INSAN KEMAS JERAM TEKOH, MASJID JERAM TEKOH, GUA MUSANG

KLINIK AUDIT SOLAT KEMAS GUA MUSANGTarikh: 29/05/2025 Masa: 9.00pg - 1.00tghTempat: Kelas Bina Insan Kg Serian, Limau Ka...
17/07/2025

KLINIK AUDIT SOLAT KEMAS GUA MUSANG

Tarikh: 29/05/2025
Masa: 9.00pg - 1.00tgh
Tempat: Kelas Bina Insan Kg Serian, Limau Kasturi, Gua Musang

STREET DAKWAH KEMAS DAERAH GUA MUSANGTarikh: 20/05/2025Masa: 8.00 pg- 2.00 ptgTempat: ATOK CAMP SITE, KAMPUNG LEPAN JAYA...
16/07/2025

STREET DAKWAH KEMAS DAERAH GUA MUSANG

Tarikh: 20/05/2025
Masa: 8.00 pg- 2.00 ptg
Tempat: ATOK CAMP SITE, KAMPUNG LEPAN JAYA ,18300 GUA MUSANG

Address

Bangunan Gunasama Persekutuan
Gua Musang
18300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKOM KEMAS Gua Musang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category