PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan

PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan, Government Organization, Guar Chempedak.

Unit Promosi Kesihatan (UPK) Yan merupakan unit di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Yan, yang berperanan merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan serta promosi kesihatan kepada komuniti setempat.

Hujan bukan sekadar air yang turun,tetapi jawapan langit kepada bumiyang meminta udara yang lebih bersih. ๐ŸŒง๏ธ๐ŸƒJaga kesiha...
14/08/2026

Hujan bukan sekadar air yang turun,
tetapi jawapan langit kepada bumi
yang meminta udara yang lebih bersih. ๐ŸŒง๏ธ๐Ÿƒ

Jaga kesihatan, kurangkan pendedahan kepada jerebu dan sentiasa peka terhadap bacaan IPU semasa.




13/08/2026

๐Ÿฅพ๐ŸŒฟ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐—œ๐—ง๐—จ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”! ๐Ÿ’ช

Aktiviti warga Pejabat Kesihatan Daerah Yan dari
Kaki Gunung Jerai โžก๏ธ Pondok 2 โžก๏ธ kembali ke titik permulaan.

๐Ÿ“ Anggaran jarak: 8 KM
๐Ÿ”ฅ Langkah demi langkah, peluh demi peluh, demi tubuh yang lebih sihat!

Aktif Itu Tekad, Sihat Itu Nikmat.

Aktif itu gaya hidup. โค๏ธ

๐Ÿ’š MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 ๐Ÿ’šJom sertai Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat ...
13/08/2026

๐Ÿ’š MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 ๐Ÿ’š

Jom sertai Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Kedah 2026 pada 13 hingga 19 Ogos 2026.

!๐ŸŽ‰ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang kempen ini seperti:

๐Ÿ“ฒKuiz interaktif
๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธCabaran langkah BookDoc
๐Ÿ’ปPertandingan poster digital AI
๐Ÿ“‘Hebahan infografik
๐Ÿ“ฑPameran poster digital
๐ŸŽชReruai Jom Ikrar Derma Organ

Bukan itu sahaja! Pelbagai hadiah menarik menanti peserta yang menyertai aktiviti yang dianjurkan. ๐ŸŽ

Ayuh ambil peluang untuk belajar, sertai aktiviti dan pada masa yang sama sebarkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ.

๐ŸŒฑ Satu ikrar mampu memberikan harapan baharu kepada mereka yang memerlukan.
๐Ÿ“ฒ Jom daftar sebagai pengikrar derma organ menerusi aplikasi MySejahtera.

Derma Organ




๐Ÿ’š๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€๐€๐ ๐Ž๐‘๐†๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ’šโœจ Warisku, Hormati Ikrarku โœจHari Pendermaan Organ Sedunia yang dis...
13/08/2026

๐Ÿ’š๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€๐€๐ ๐Ž๐‘๐†๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ’š

โœจ Warisku, Hormati Ikrarku โœจ

Hari Pendermaan Organ Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun menjadi peringatan bahawa satu ikrar yang kita buat hari ini mampu memberikan harapan dan peluang untuk kehidupan baharu kepada mereka yang memerlukan.

Pendermaan organ bukan sekadar satu keputusan, tetapi merupakan tanda kasih, keprihatinan dan kemanusiaan.

Jom bersama-sama sebarkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ dan hormati ikrar yang telah dibuat.

๐Ÿ“ฒ JOM DAFTAR SEBAGAI PENGIKRAR DERMA ORGAN MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

๐ŸŒฑ Satu Ikrar, Sejuta harapan.




12/08/2026

๐ข-๐๐€๐’๐’: ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐Š๐€๐ ๐†๐€๐˜๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Š๐€๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐‰๐€๐–๐€๐“ ๐€๐–๐€๐Œ ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿš’๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€โš•๏ธ๐Ÿคต๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

๐Ÿ’กTahukah anda?
Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang memberi fokus kepada pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.

i-PASS merupakan pendekatan menyeluruh bagi membantu memastikan penjawat awam mempunyai status kesihatan yang baik, produktif dan berdaya tahan, seterusnya mampu menyumbang dengan lebih berkesan kepada pembangunan negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Seiring dengan usaha memperkukuh budaya hidup sihat di tempat kerja, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah juga akan melaksanakan inisiatif i-PASS bagi membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan warga kerja JKN Kedah.

Inisiatif ini juga akan dilaksanakan dibeberapa lagi agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di negeri Kedah.

๐Ÿ’ช Penjawat awam sihat, organisasi hebat!
๐ŸŒฑ Bersama kita bina budaya kerja yang lebih sihat, aktif dan sejahtera.

SIHAT ITU SAYA, SIHAT ITU KITA, SIHAT ITU MALAYSIA





[๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐’๐„๐๐˜๐”๐Œ ๐‰๐Š๐ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡]๐Ÿ˜Š๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐๐˜๐”๐Œ, ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡! Senyuman kita mungkin kelihatan kecil, tetapi bagi seorang ...
11/08/2026

[๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐’๐„๐๐˜๐”๐Œ ๐‰๐Š๐ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡]
๐Ÿ˜Š๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐๐˜๐”๐Œ, ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡!

Senyuman kita mungkin kelihatan kecil, tetapi bagi seorang pesakit, ia boleh menjadi sumber ketenangan, keyakinan dan harapan.

Sebagai warga kesihatan, kita bukan sekadar memberikan rawatan, tetapi turut memberikan sentuhan kemanusiaan melalui senyuman, sapaan mesra, sikap profesional, empati, keprihatinan dan rasa hormat kepada setiap individu yang kita layani.

SENYUM ADALAH IDENTITI KITA.
๐Ÿ˜Š MESRA dalam melayani.
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ PROFESIONAL dalam memberikan perkhidmatan.
๐Ÿ’š EMPATI memahami perasaan.
๐Ÿค PRIHATIN terhadap keperluan.
๐Ÿ™ HORMAT kepada setiap insan.

Ayuh, seluruh warga kesihatan JKN Kedah, jadikan senyuman sebagai budaya dalam perkhidmatan kita. Tidak kira di klinik, hospital, pejabat, kaunter, wad mahupun di lapangan.

Biarlah setiap pertemuan meninggalkan senyuman dan setiap perkhidmatan meninggalkan kenangan yang baik.

JOM SENYUM! ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’š
Kerana satu senyuman daripada kita, mungkin menjadi sinar harapan buat mereka.



๐Ÿ”Š๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐‘๐ˆ๐๐“๐ˆ๐’ ๐…๐‹๐„๐—๐ˆ ๐‡๐Ž๐”๐‘๐’๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐–๐ˆ & ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘Berita baik buat rakyat Kedah! Wellness Hub ...
11/08/2026

๐Ÿ”Š๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐‘๐ˆ๐๐“๐ˆ๐’ ๐…๐‹๐„๐—๐ˆ ๐‡๐Ž๐”๐‘๐’
๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐–๐ˆ & ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘

Berita baik buat rakyat Kedah!

Wellness Hub Langkawi dan Wellness Hub Kota Setar kini melaksanakan Inisiatif Rintis Flexi Hours bermula hari ini iaitu 10 Ogos 2026 hingga 30 September 2026.

Inisiatif ini bertujuan memberikan lebih fleksibiliti kepada komuniti untuk mendapatkan akses kepada aktiviti dan perkhidmatan promosi kesihatan mengikut kesesuaian masa.

๐ŸŸข ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐–๐ˆ
๐Ÿ—“๏ธ Ahad โ€“ Khamis: 8.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ—“๏ธ Jumaat: 5.00 petang โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ—“๏ธ Sabtu: 8.00 pagi โ€“ 1.00 petang & 5.00 petang โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ”ด Cuti Umum: Tutup

๐ŸŸข ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘
๐Ÿ—“๏ธ Ahad โ€“ Khamis: 8.00 pagi โ€“ 9.00 malam
๐Ÿ—“๏ธ Sabtu: 8.00 pagi โ€“ 1.00 petang
๐Ÿ”ด Jumaat & Cuti Umum: Tutup

โœจ Masa lebih fleksibel, peluang hidup lebih sihat!

Jadikan kesihatan sebagai keutamaan dengan memanfaatkan kemudahan dan aktiviti di Wellness Hub.






Kita sendiri adalah barisan hadapan.Luangkan sedikit masa untuk memeriksa kawasan rumah dan tempat kerja.๐Ÿ”Ž Cari.๐Ÿ—‘๏ธ Buang...
11/08/2026

Kita sendiri adalah barisan hadapan.

Luangkan sedikit masa untuk memeriksa kawasan rumah dan tempat kerja.

๐Ÿ”Ž Cari.
๐Ÿ—‘๏ธ Buang.
๐Ÿงน Bersihkan.
๐Ÿ’ง Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

Kerana kemerdekaan bukan sekadar kibaran Jalur Gemilang.

Kemerdekaan juga bermaksud kita berani melindungi keluarga dan komuniti daripada ancaman yang boleh dielakkan.

Jangan beri Aedes ruang untuk menjajah.



๐Ÿ’‰ ๐—ฉ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—” ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ & ๐—š๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ขBerita baik! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan va...
09/08/2026

๐Ÿ’‰ ๐—ฉ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—” ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ & ๐—š๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข

Berita baik! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan vaksin influenza secara percuma bagi:

๐Ÿ‘ด Warga emas berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira status kesihatan.

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿฆณ Individu berumur 50โ€“59 tahun yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik.

Vaksinasi ini penting bagi membantu melindungi golongan berisiko daripada komplikasi serius akibat influenza.

๐Ÿ“ฑ Semak dan tempah janji temu melalui MySejahtera atau hadir secara walk-in ke Klinik Kesihatan terpilih, tertakluk kepada ketersediaan stok.

๐Ÿ›ก๏ธ Lindungi diri. Lindungi keluarga. Cegah komplikasi influenza.




๐Ÿฆ  ๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ! ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐— ๐—ข๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”, ๐—•๐—”๐—ž๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐Ÿ—๐ŸฅšSalmonella ialah bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Ia b...
06/08/2026

๐Ÿฆ  ๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ! ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐— ๐—ข๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”, ๐—•๐—”๐—ž๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐Ÿ—๐Ÿฅš

Salmonella ialah bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Ia boleh ditemui pada ayam, telur, daging, susu mentah dan makanan yang tidak dikendalikan dengan betul.

Lindungi diri dan keluarga dengan:
โœ… Masak makanan hingga suhu dalaman melebihi 75ยฐC.
โœ… Basuh tangan dengan sabun sebelum menyediakan dan menikmati makanan.
โœ… Asingkan peralatan untuk makanan mentah dan makanan yang telah dimasak.
โœ… Amalkan konsep โ€œLihat. Hidu. Rasa.โ€ sebelum mengambil makanan.

โš ๏ธ Keracunan makanan boleh dicegah. Utamakan kebersihan dan amalkan pengendalian makanan yang selamat setiap hari.

Kredit: FB BKKM JKN Kedah




Address

Guar Chempedak

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan:

Shortcuts

Share