15/06/2026
ZIARAH AMEERAH CARE | 13 JUN 2026
Alhamdulillah, pada Sabtu yang lalu.
Ameerah Kawasan Hulu Langat telah berkesempatan menziarahi seramai 6 orang penerima yang terdiri daripada Ibu muda, Ibu Tunggal dan Asnaf.
Dalam ziarah ini, kami menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian sebagai tanda kasih dan keprihatinan.
Selain tu, kami turut meluangkan masa berkongsi cerita, mendengar luahan hati serta menyampaikan kata-kata semangat buat mereka yang sedang melalui pelbagai ujian kehidupan.
Sesungguhnya, setiap insan mempunyai perjuangan yang tersendiri. Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat dan meringankan beban mereka๐คฒ๐ป
Kami dari keluarga Ameerah Care mendoakan agar semua penerima sentiasa diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.
Semoga setiap ujian yang dilalui menjadi asbab datangnya rahmat, rezeki dan kebahagiaan yang lebih besar.
InsyaAllah.
Akhir kata, setinggi terima kasih juga buat barisan Ajk yang terlibat & sudi turun padang. Sungguh, hanya Allah taala yang mampu membalasnya๐