IKTBN Dusun Tua - Laman Rasmi

IKTBN Dusun Tua - Laman Rasmi Km 25, Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan GPS: 3.136231,101.835572 (since 1966)
(1)

VISI: Menjadi institut kemahiran yang terunggul menepati keperluan pembangunan negara. MISI: Menghasilkan belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal, berwawasan dan berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketrampilan selaras dengan pembangunan negara.

15.05.2026: IKTBN DUSUN TUA SKILLS TEAM (DTST) – MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN & AMANAT IKTBN DUSUN TUA , WSMB ELE...
15/05/2026

15.05.2026: IKTBN DUSUN TUA SKILLS TEAM (DTST) – MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN & AMANAT IKTBN DUSUN TUA , WSMB ELECTRICAL INSTALLATIONS (AKHIR) 2026.

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen & Amanat Pengarah IKTBN Dusun Tua kepada IKTBN DUSUN TUA SKILLS TEAM (DTST) – ELECTRICAL INSTALLATIONS telah disempurkan oleh En.Johary Yahya, Tim.Pengarah Pengrusan Latihan IKTBNDT bertempat Di Dewan Serbaguna IKTBNDT dengan sambutan yang meriah oleh para pelajar dan kakitangan.

Pertandingan Akhir WSMB 2026 – Electrical Installations yang akan di adakan pada 17-20 Mei 2026 bertempat di ABM Wilayah Timur , Terengganu akan diwakili 3 orang pelajar Bahagian Pendawaian Elektrik terdiri daripada Sdr Muhamad Nor Amirul Bin Safari , Sdr Muhammad Affan Bin Dahari dan Sdr Muhammad Syauqirudeen Bin Abdullah

Dalam amanat yang disampaikan oleh TPPL, penghargaan yang tertinggi diberikan kepada barisan jurulatih En.Mohd Fauzi Akhir Zarman & En.Mohd Nasir Bakhir yang bersungguh-sungguh dalam menyediakan pasukan ketahap yang terbaik disamping penghargaan kepada semua peserta yang sangat bersemangat dan bersedia dalam mengharungi cabaran peringkat akhir WSMB 2026.

Turut memeriahkan majlis adalah kehadiran keluarga bagi kesemua para peserta yang semestinya menyuntik semangat agar mereka melakukan yang terbaik demi IKTBN Dusun Tua.

Semoga pasukan IKTBN DUSUN TUA SKILLS TEAM (DTST) – ELECTRICAL INSTALLATIONS akan memperoleh kejayaan yang cemerlang demi mengharumkan nama IKTBN Dusun Tua.

Penyelaras DTST

TVET.
Pilihan Utama Kerjaya

ILKBS.
Profesional Terunggul



Terunggul






Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026 🇲🇾15 Mei 2026 - JumaatHari Belia Negara 2026 bukan sekadar sambutan, tetapi sim...
15/05/2026

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026 🇲🇾

15 Mei 2026 - Jumaat

Hari Belia Negara 2026 bukan sekadar sambutan, tetapi simbol semangat anak muda yang berani mencipta masa depan 💥

Melalui pendidikan TVET di ILKBS, belia hari ini dibentuk dengan kemahiran, disiplin dan kepimpinan untuk menjadi tenaga mahir negara. Dari bengkel ke industri, dari idea ke inovasi, belia TVET terus melangkah sebagai generasi pemacu kemajuan negara 🚀

Menggerak Belia MADANI! 💪🏻

💼 TVET Pilihan Utama Kerjaya
🏆 ILKBS Profesional Terunggul


PROGRAM SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT14 Mei 2026 - KhamisIKTBN Dusun Tua men...
14/05/2026

PROGRAM SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

14 Mei 2026 - Khamis

IKTBN Dusun Tua meneruskan kerjasama bersama agensi/industri melalui pameran sempena Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara bagi tahun 2026 peringkat Daerah Hulu Langat.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat bersama Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat diadakan meriah di Dewan Terbuka SMK Tinggi Kajang.

Semoga dengan perkongsian informasi berkaitan pendidikan latihan kemahiran melalui laluan TVET memberi manfaat kepada para pelajar dan warga komuniti yang hadir, seterusnya menjadi bakal pekerja mahir Negara satu hari nanti.





IKTBN Dusun Tua Melakar Nama di Pentas Malaysia Premier Futsal League 2026! 14 Mei 2026 - KhamisWarga Institut Kemahiran...
14/05/2026

IKTBN Dusun Tua Melakar Nama di Pentas Malaysia Premier Futsal League 2026!

14 Mei 2026 - Khamis

Warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua dengan penuh bangga mengucapkan selamat maju jaya kepada dua orang staf hebat IKTBNDT yang bakal membawa cabaran ke pentas Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2026 yang akan bermula pada 16 Mei 2026..

En. Saiful Nizam dari Cawangan Latihan Khas bakal beraksi sebagai pemain bagi Selangor FC, manakala En. Khachern dari Jabatan Mekanikal p**a akan menggalas tugas sebagai staf coach pasukan Wipers FC.

Sirkit 1 MPFL 2026 akan berlangsung pada 16 May 2026, Sabtu ini di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor dan apa yang lebih menarik, perlawanan pertama terus menemukan Wipers FC menentang Selangor FC.

" Mari ramai2 kita pergi ke stadium atau layan live di rumah".

Kejayaan ini membuktikan bahawa warga IKTBNDT bukan sahaja cemerlang dalam bidang TVET dan pendidikan kemahiran, malah turut menyerlah dalam arena sukan profesional negara. Semoga pengalaman, semangat juang dan disiplin yang dibawa menjadi inspirasi kepada seluruh warga institut.

Seluruh warga IKTBNDT mendoakan agar kedua-duanya diberikan kejayaan, dipermudahkan segala urusan serta terus mengharumkan nama institut di peringkat nasional.

Terus melangkah, terus berjuang! IKTBNDT boleh!



🔥PENUTUP KEJOHANAN SUKAN ILKBS KE-38 2026, TERIMA KASIH ATLET DUSUN TUA LIONS, USAHA ANDA KAMI HARGAI🔥14 Mei 2026 - Kham...
14/05/2026

🔥PENUTUP KEJOHANAN SUKAN ILKBS KE-38 2026, TERIMA KASIH ATLET DUSUN TUA LIONS, USAHA ANDA KAMI HARGAI🔥

14 Mei 2026 - Khamis

Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 2026 melabuhkan tirai dalam suasana penuh meriah dari atlet ILKBS seluruh negara.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan.

Kontinjen IKTBN Dusun Tua mencipta kejayaan memperoleh TEMPAT KEEMPAT bagi acara Badminton dan TEMPAT KEDUA bagi acara Go Kart kategori Pengarah ILKBS.

Kejohanan ini bukan sekadar medan persaingan sukan, malah menjadi platform menyatukan warga ILKBS dari seluruh negara dalam semangat persahabatan, perpaduan dan gaya hidup sihat.

Tahniah kepada seluruh atlet, jurulatih, pegawai serta penyokong kontinjen IKTBN Dusun Tua atas komitmen dan semangat yang dipamerkan.

Jumpa lagi di Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-39 2027 di IKBN Wakaf Tapai.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul






TERUSKAN PERJUANGAN PAHLAWAN IKTBN DUSUN TUA 🔥🔥🔥SUKAN ILKBS KE-38 202613 Mei 2026 - RabuSemalam, persaingan sengit telah...
12/05/2026

TERUSKAN PERJUANGAN PAHLAWAN IKTBN DUSUN TUA 🔥🔥🔥

SUKAN ILKBS KE-38 2026

13 Mei 2026 - Rabu

Semalam, persaingan sengit telah ditunjukkan oleh semua atlet IKTBN Dusun Tua didalam peringkat kump**an dan berkump**an. Hasil memihak kepada pasukan Badminton dan Bola Tampar yang akan meneruskan perjuangan di peringkat suku akhir.

Tahniah dan syabas buat pasukan Bola Sepak, Bola Baling, Bowling dan Sepak Takraw yang telah menunjukkan kesungguhan luar biasa.

Hari ini, buat pasukan Badminton, Bola Tampar da Go Kart, teruskan momentum kejayaan hingga ke garisan penamat.

Mari berikan sokongan bersama
SUNTUAAA!!!...

💼 TVET Pilihan Utama Kerjaya
🏆 ILKBS Profesional Terunggul






Masih belum terlambat lagi untuk ucapkan SELAMAT HARI IBU  kepada warga IKTBNDT yang bergelar ibu.Ibu adalah sumber keku...
11/05/2026

Masih belum terlambat lagi untuk ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada warga IKTBNDT yang bergelar ibu.

Ibu adalah sumber kekuatan, inspirasi, dan doa yang tidak pernah putus.
Pengorbanan mereka dalam mendidik anak-anak, di samping komitmen terhadap tugas di institut ini, adalah sesuatu yang amat kita hargai.

Sempena Hari Ibu, marilah kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu di IKTBN Dusun Tua.
Andalah Wira Tanpa Jubah — yang sentiasa berjuang dengan penuh kasih, sabar, dan ketabahan, tanpa mengharapkan balasan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kebahagiaan, dan keberkatan yang berpanjangan kepada semua ibu.

Selamat Hari Ibu!
Terima kasih kerana menjadi cahaya dan teladan dalam keluarga serta dalam komuniti kita. 🌹

PERSIAPAN AKHIR ATLET IKTBN DUSUN TUA KE SUKAN ILKBS KE-38DUSUN TUA LIONSBUILT TO DOMINATE
10/05/2026

PERSIAPAN AKHIR ATLET IKTBN DUSUN TUA KE SUKAN ILKBS KE-38

DUSUN TUA LIONS
BUILT TO DOMINATE






Check out iktbndusuntua’s video.

LOGO RASMI KONTINJEN SUKAN IKTBNDT - DUSUN TUA LIONS🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
09/05/2026

LOGO RASMI KONTINJEN SUKAN IKTBNDT - DUSUN TUA LIONS
🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

MENEROKAI IDENTITI LOGO RASMI DUSUN TUA LIONS🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
09/05/2026

MENEROKAI IDENTITI LOGO RASMI DUSUN TUA LIONS
🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Address

Km 25, Dusun Tua
Hulu Langat
43100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKTBN Dusun Tua - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKTBN Dusun Tua - Laman Rasmi:

Share