Belia4BTTitiwangsa

Belia4BTTitiwangsa Gerakan Khas Taman Titiwangsa Hulu Langat

19 Februari 2026 - Khamis✨🌙Selamat Menyambut Bulan Ramadan 2026. Semoga bulan yang mulia ini menjadi medan untuk meningk...
18/02/2026

19 Februari 2026 - Khamis✨🌙

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 2026. Semoga bulan yang mulia ini menjadi medan untuk meningkatkan iman, memperbaiki diri, dan mengeratkan silaturahim. Semoga puasa kita dipermudahkan, ibadah bertambah mantap, dan hati makin tenang.

14/01/2026
Kenyataan Rasmi Bantahan Program Glamping With PrideKami, Pergerakan Belia 4B Cawangan Taman Titiwangsa, Hulu Langat, de...
09/01/2026

Kenyataan Rasmi Bantahan Program Glamping With Pride

Kami, Pergerakan Belia 4B Cawangan Taman Titiwangsa, Hulu Langat, dengan ini menyatakan bantahan keras dan tegas terhadap penganjuran program yang dikenali sebagai “Glamping With Pride” yang telah/dirancang untuk dianjurkan di kawasan glamping sekitar Hulu Langat.

Program seumpama ini adalah tidak bermoral, bercanggah dengan nilai budaya masyarakat tempatan, serta jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan majoriti penduduk di negeri Selangor khususnya di daerah Hulu Langat. Penganjuran aktiviti sedemikian berpotensi merosakkan akhlak belia, mencetuskan keresahan awam, serta mengganggu keharmonian sosial masyarakat setempat.

Sebagai sebuah pertubuhan belia yang bertanggungjawab, berprinsip dan beramanah, kami menyuarakan pendirian ini bagi mewakili suara dan kegusaran seluruh ahli-ahli Belia 4B cawangan kami, serta masyarakat yang menolak sebarang bentuk kegiatan yang mencabar nilai agama dan moral.

Sehubungan itu, kami mendesak dan memohon tindakan segera daripada semua agensi kerajaan yang berkaitan, antaranya:

1) Polis Diraja Malaysia (PDRM) – untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang.

2) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – untuk menilai serta bertindak terhadap sebarang elemen yang bercanggah dengan ajaran Islam.

3) Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat – bagi menyemak kelulusan serta pematuhan garis panduan penganjuran program.

4) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) – selaku pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian.

Kami berharap agar pihak berkuasa tidak memandang ringan perkara ini, serta mengambil tindakan yang tegas, adil dan berlandaskan undang-undang, demi menjaga kesucian agama, keharmonian masyarakat dan masa depan generasi muda.

Pergerakan Belia 4B Cawangan Taman Titiwangsa, Hulu Langat
Berpegang teguh kepada prinsip agama, moral dan tanggungjawab sosial.

Official Gerakan Belia 4B Malaysia


Address

Taman Titiwangsa
Hulu Langat
43100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia4BTTitiwangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Belia4BTTitiwangsa:

Shortcuts

Share