08/08/2026
PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)
8 Ogos | Sabtu
Alhamdulillah, selesai sudah Program Santuni Warga Emas anjuran Guru Agama Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk yang telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bagan Datuk pada hari ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini, khususnya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bagan Datuk, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk, para urusetia, sukarelawan serta seluruh warga Bagan Datuk yang turut bersama-sama memeriahkan program.
Program yang diserikan dengan Fun Walk dan Sukaneka ini bukan sekadar menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat, bahkan menjadi ruang untuk kita menyantuni, menghargai dan mengeratkan silaturahim bersama warga emas.
Sesungguhnya, warga emas merupakan insan yang sarat dengan pengalaman, jasa dan pengorbanan. Mereka wajar terus dihargai, disantuni dan diberikan ruang untuk kekal aktif dalam masyarakat.
Terima kasih kepada semua yang hadir, menyumbang tenaga, masa dan sokongan. Semoga segala usaha dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT, serta program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.