27/07/2026
PUSAT PERKHIDMATAN YAB AHLI PARLIMEN BAGAN DATUK
25 Julai 2026
11.00 pagi
Perpustakaan Desa Sungai Sumun
PROGRAM KREATIF & TEKNOLOGI @ PERPUSTAKAAN DESA SUNGAI SUMUN 2026
Program telah dirasmikan oleh Encik Mohd Nasoha bin Md Nasir ,Pegawai Khas (Pentadbiran) Kepada Yab Ahli Parlimen Bagan Datuk, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan serta menyaksikan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang program.
Pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan antaranya pertandingan kreatif, permainan interaktif berunsurkan STEM, ceramah kesedaran jenayah siber dan scam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pameran, kuiz serta cabutan bertuah yang berjaya menarik penyertaan kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan komuniti setempat.
Program ini bukan sahaja bertujuan memupuk budaya membaca, malah turut memperkasakan kreativiti, inovasi dan literasi teknologi dalam kalangan masyarakat selaras dengan usaha melahirkan komuniti yang berpengetahuan dan celik digital.
Tahniah dan Syabas kepada Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) atas penganjuran program ini.
Like & Share Page Pusat Perkhimatan YAB Ahli Parlimen Bagan Datuk - https://www.facebook.com/profile.php?id=61550677636917&mibextid=LQQJ4dd