20/09/2026
20.09.2026
Sibu
20 September 2026 – Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi, Ahli Parlimen P.207 Igan menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Penghargaan Pendidikan dan Majlis Sanjungan Budi, Kilauan Bakti Pejabat Pendidikan Daerah Daro Tahun 2026 yang menghimpunkan sekitar 500 Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).
Tahniah dan syabas kepada 94 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta setinggi-tinggi penghargaan kepada 35 pesara atas segala jasa, khidmat dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.
Dalam ucapannya, YB Haji Ahmad Johnie menegaskan bahawa pendidikan akan terus menjadi antara keutamaan yang diperjuangkan di Parlimen, khususnya dalam memastikan anak-anak di luar bandar mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dan setara.
Beliau turut menyeru seluruh warga pendidikan agar terus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan integriti serta menjadikan pengiktirafan ini sebagai suntikan semangat untuk terus meningkatkan kecemerlangan dan mutu perkhidmatan pendidikan.
Turut Hadir Tuan Mohd Yusri Azhar bin Abdullah @ Leo Takip, Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Daro, En. Mohamad Mohadiruddin bin Semain, Pengarah Urusan BMCT Holding Sdn. Bhd.