PAS Kawasan Larut Official

Directions

PAS Kawasan Larut Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS Kawasan Larut Official, Political organisation, Kampung Sungai Segar, Ijok.

PAS akan memperjuangkan wujudnya di negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup islam dan hukumnya menuju keredhaan Allah swt.

🏍️ JUALAN BAJU RIDE – JELAJAH TERENGGANU 2026🏍️Assalamualaikum w.b.t.📢 ARC Kawasan Larut kini membuka tempahan Baju Ride...
25/09/2026

🏍️ JUALAN BAJU RIDE – JELAJAH TERENGGANU 2026🏍️

Assalamualaikum w.b.t.

📢 ARC Kawasan Larut kini membuka tempahan Baju Ride Jelajah Terengganu untuk semua yang berminat.

👕 *LELAKI (Tanpa Kolar)* — RM35.00
👚 *MUSLIMAH (Tanpa Kolar)* — RM40.00

✨ Rekaan eksklusif • Selesa • Sesuai untuk aktiviti ride & harian

📲 TEMPAHAN & PERTANYAAN:
Bukhari Ridha
📞 +6011 5975 5334
Www.wasap.my/601159755334/TempahanBajuRideTerengganu2026

🔥 Jangan lepaskan peluang! Dapatkan baju Ride Jelajah Terengganu anda sekarang.

RIDE • UKHUWAH • DAKWAH
ARC KAWASAN LARUT

Tuan Guru Haji Ismail Bin Lebai Salleh, Kampung Jelai ( 1920 - 1992 )Oleh : Tengku Yusuff Tuan Guru Haji Ismail Bin Leba...
05/09/2026

Tuan Guru Haji Ismail Bin Lebai Salleh, Kampung Jelai ( 1920 - 1992 )

Oleh : Tengku Yusuff

Tuan Guru Haji Ismail Bin Lebai Salleh dilahirkan pada tahun 1920 di Simpang Empat, Permatang Buluh, Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ibunya bernama Timah dan beliau mempunyai 5 orang adik beradik.

Keturunannya berasal dari susur galur ulama tersohor Tuan Minal al-Fathani yang membuka pusat pengajian di Permatang Sungai Dua sekitar 1880an dahulu.

Ayahnya, Lebai Salleh telah berpindah dari Permatang Sungai Dua ke Kampung Jelai, Batu Kurau, Perak ketika Tuan Guru Haji Ismail masih kecil dan di situlah Allahyarham membesar dan berumahtangga.

Allahyarham Tuan Guru Haji Ismail mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri dan kemudian melanjutkan pengajian ke Pondok Guar Perahu, Seberang Perai berguru dengan Tuan Guru Haji Muhammad Isa Bin Haji Yusof al-Yamani. Gurunya ini adalah di antara ulama Melayu lapisan pertama menuntut ilmu di Yaman.

Beliau juga berulang alik mengayuh basikal bertalaqqi kitab daripada beberapa ulama setempat di daerah Seberang Perai selama bertahun-tahun lamanya.

Ketika hayatnya, Allahyarham membuka kelas pengajian agama di rumahnya. Rumahnya dibina tanpa tiang seperti dewan dengan alasan mudah untuk adakan kelas. Selain itu tiap-tiap malam beliau juga mengajar agama di masjid-masjid sekitar Batu Kurau.

Allahyarham juga seorang aktivis PAS dan pernah menjawat jawatan sebagai YDP PAS kawasan Larut selama beberapa penggal. Di Markaz Pas Kampung Jelai dahulu beliau sering mengadakan ijtimak bulanan. Ramai juga tokoh pimpinan yang dijemput seperti Dato' Ustaz Fadhil Noor, Tuan Guru Haji Yusof Rawa, Ustaz Yusuf Baling dan ramai lagi. Bahkan beliau juga bersahabat baik dengan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya.

Beliau telah berkahwin dengan Hajah Hazimah Binti Haji Harun, anak tempatan Kampung Jelai. Perkahwinan ini dianugerahkan 8 orang cahaya mata.

Allahyarham meninggal dunia pada tahun 1992 dalam usia 72 tahun. Jenazahnya disemadikan di Batu Kurau.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Temubual penulis dengan Ustaz Abdullah Bin Haji Ismail (anakanda Allahyarham) pada 26 Mac 2024

Salam Maulidur Rasul 1448H. Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan me...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah perjuangan Baginda serta mencontohi akhlak mulia yang menjadi pedoman sepanjang zaman.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan diterjemahkan melalui kehidupan yang berlandaskan sunnah, kasih sayang, persaudaraan dan kebaikan.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Salam Maulidur Rasul 1448H. ﷺ


الحمدلله
09/08/2026

الحمدلله

08/08/2026
Kerusi DAP mendominasi dalam kerajaan Pakatan Harapan. Masih ramai anak melayu jadi barua dan buang kepada DAP..
29/07/2026

Kerusi DAP mendominasi dalam kerajaan Pakatan Harapan. Masih ramai anak melayu jadi barua dan buang kepada DAP..

KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA“CINA BALIK CHINA, INDIA BALIK INDIA” ADALAH TUDUHAN HASUTAN YANG CUKUP BERBAHAY...
26/07/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

“CINA BALIK CHINA, INDIA BALIK INDIA” ADALAH TUDUHAN HASUTAN YANG CUKUP BERBAHAYA

Pemuda PAS Malaysia memandang serius tuduhan yang dibuat oleh pemimpin PKR, Dr. Sathia Prakash, terhadap YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dengan mendakwa seolah-olah Menteri Besar Kedah itu pernah menyebut, “Cina balik China, India balik India”.

Tuduhan tersebut amat berat, bersifat menghasut dan cukup berbahaya. Ia bukan sekadar serangan politik biasa, tetapi memberikan gambaran palsu bahawa seorang pemimpin Melayu-Islam yang sedang mentadbir sebuah kerajaan negeri mahu menghalau rakyat Malaysia berdasarkan kaum.

Hakikatnya, ucapan Dato’ Seri Muhammad Sanusi dalam ceramah di Jempol adalah berbeza daripada apa yang didakwa. Beliau tidak pernah menyebut atau mengarahkan masyarakat Cina “balik ke China” dan masyarakat India “balik ke India”.

Perkataan “balik” yang ditambah telah mengubah keseluruhan maksud ucapan beliau. Manipulasi seperti ini boleh membangkitkan kemarahan, ketakutan serta ketegangan antara kaum, seolah-olah mengajak rakyat Malaysia untuk terus bertegang urat dan saling bermusuhan.

Pemuda PAS kesal apabila seorang ahli politik PKR yang bersekongkol dengan DAP sanggup bermain dengan sentimen perkauman demi mendapatkan keuntungan politik. Kritikan politik mesti dibuat berdasarkan fakta dan rakaman sebenar, bukannya dengan mencipta petikan yang tidak pernah disebut.

Sehubungan itu, Pemuda PAS akan membuat laporan polis terhadap penyebaran dakwaan palsu tersebut agar pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud unsur hasutan, penyebaran maklumat palsu serta perbuatan yang boleh mencetuskan permusuhan antara kaum.

Sekiranya dakwaan palsu itu turut dimasukkan dalam mana-mana laporan polis, perkara tersebut juga wajar disiasat sebagai kemungkinan pemberian maklumat palsu kepada pihak berkuasa.

Pemuda PAS mendesak Dr. Sathia menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Seri Muhammad Sanusi serta seluruh rakyat Malaysia yang telah dikelirukan.

Pemuda PAS turut menggesa Kerajaan Negeri Kedah atau Dato’ Seri Muhammad Sanusi sendiri mempertimbangkan tindakan saman sivil terhadap pihak berkenaan. Tindakan tegas perlu diambil supaya budaya memutarbelitkan ucapan, mencipta fitnah dan melaga-lagakan kaum tidak terus menjadi senjata politik.

Pemuda PAS akan terus memantau mana-mana pemimpin PKR dan DAP yang cuba menggunakan sentimen perkauman untuk mencetuskan kebencian serta merosakkan keharmonian negara.

Berbeza politik bukan lesen untuk memfitnah. Jangan bakar sentimen perkauman demi kepentingan politik.

YB Afnan Hamimi bin Dato Taib Azamudden
Ketua Pemuda
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
26 Julai 2026

09/07/2026

Jom tempah Tshirt Rasmi Jentera PRU16 PAS Kawasan Larut. Membeli sambil menderma.

Tempah sekarang
🔥 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧-𝗦𝗛𝗜𝗥𝗧 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗝𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗥𝗨𝗧 𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔🔥

💚 Dapatkan T-Shirt Rasmi Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Larut dengan material Microfiber Eyelet yang selesa serta cetakan Sublimation Full Print berkualiti tinggi.

👕 Harga Promosi (Sehingga 19 Julai 2026):
✅ Round Neck Short Sleeve – RM25
✅ Collar Neck Short Sleeve – RM30
✅ Muslimah – RM35

📌 Tambahan RM5 untuk saiz 4XL dan ke atas.

📍 Tempahan Mengikut DUN
📞 Ustaz Fawwaz (DUN Selama) –
01155907380
📞 Ustaz Anas (DUN Kubu Gajah) – 01157857094
📞 Ustaz Bukhari (DUN Batu Kurau) –
01159755334

🌐 Tempahan Secara Online
Sila isi borang tempahan di sini:
https://forms.gle/DkaPYhYgjWubtkUP8

⏳ Tempah sekarang sebelum promosi tamat.

PAS Larut lancar Baju Rasmi Jentera PRU-16, tekad pertahan kemenangan✊️==============================🔥 TEMPAHAN T-SHIRT ...
07/07/2026

PAS Larut lancar Baju Rasmi Jentera PRU-16, tekad pertahan kemenangan✊️

==============================
🔥 TEMPAHAN T-SHIRT RASMI JENTERA PILIHANRAYA PAS KAWASAN LARUT ONLINE DIBUKA!🔥

💚 Dapatkan T-Shirt Rasmi Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Larut dengan material Microfiber Eyelet yang selesa serta cetakan Sublimation Full Print berkualiti tinggi.

👕 Harga Promosi (Sehingga 19 Julai 2026):
✅ Round Neck Short Sleeve – RM25
✅ Collar Neck Short Sleeve – RM30
✅ Muslimah – RM35

📌 Tambahan RM5 untuk saiz 4XL dan ke atas.

📍 Tempahan Mengikut DUN
📞 Ustaz Fawwaz (DUN Selama) – 01155907380
📞 Ustaz Anas (DUN Kubu Gajah) – 01157857094
📞 Ustaz Bukhari (DUN Batu Kurau) – 01159755334

🌐 Tempahan Secara Online
Sila isi borang tempahan di sini:
https://forms.gle/DkaPYhYgjWubtkUP8

⏳ Tempah sekarang sebelum promosi tamat.

Address

Kampung Sungai Segar
Ijok
34510

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Larut Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share