Parti Gagasan Rakyat Sabah - Bahagian N.17 Darau

Parti Gagasan Rakyat Sabah - Bahagian N.17 Darau Ini adalah Halaman Rasmi Media Sosial Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian N17 Darau

13/04/2026

Kg Likas

13/04/2026

Sk DARAU

18/12/2025
18/12/2025
18/12/2025

Kerajaan Sabah dicadang untuk menaik taraf Pusat Autisme Sabah (PAUS) sebagai rumah kedua untuk anak-anak autisme di negeri ini dan bukan sekadar sebagai pusat pendidikan awal.

18/12/2025

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah dicadang mempertimbangkan pembangunan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bertingkat, khususnya di kawasan separa bandar dan berpenduduk padat, bagi memastikan lebih ramai rakyat berpeluang memiliki kediaman sendiri di bawah skim perumahan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, meskipun beliau menyambut baik keputusan kerajaan negeri meningkatkan kuota pembinaan Rumah Mesra SMJ pada tahun hadapan, realiti di kawasan separa bandar seperti Sepanggar menuntut pendekatan yang lebih strategik dan bersesuaian.

Pautan berita penuh di ruangan komen....

18/12/2025

𝗡𝗔𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗥𝗔𝗙 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗔𝗨𝗧𝗜𝗦𝗠𝗘 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 (𝗣𝗔𝗨𝗦) 𝗔𝗚𝗔𝗥 𝗝𝗔𝗗𝗜 '𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔' 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 & 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗥𝗨𝗦

Alhamdulillah, saya berpeluang membahaskan Belanjawan Sabah 2026 di Dewan Undangan Negeri dengan membawa suara rakyat Sabah. Belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan saya sokong kerana bersifat holistik, namun terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi penambahbaikan demi memastikan tiada rakyat Sabah tercicir daripada arus pembangunan.

Isu Autisme perlu dilihat sebagai soal kemanusiaan. Saya mencadangkan agar Pusat Autisme Sabah (PAUS) dinaik taraf bukan sekadar pusat pendidikan awal, tetapi menjadi “rumah kedua” yang selamat dan terurus untuk anak-anak autisme, termasuk selepas ibu bapa sudah tiada. Biasiswa khas serta latihan kemahiran dan vokasional juga penting agar mereka mampu berdikari mengikut keupayaan masing-masing.

Saya turut mencadangkan penubuhan One Stop Centre (OSC) Digital supaya rakyat mudah mendapatkan maklumat, menyemak kelayakan dan memohon bantuan kerajaan. Ini bukan sekadar soal teknologi, tetapi soal keadilan akses agar bantuan sampai terus kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan.

Dalam isu perumahan, saya menyambut baik penambahan kuota Rumah Mesra SMJ. Namun bagi kawasan separa bandar seperti Sepanggar yang berdepan kekangan tanah, saya mencadangkan pendekatan Rumah SMJ Bertingkat serta kajian Rumah SMJ Atas Air bagi komuniti penempatan air supaya dasar perumahan negeri lebih inklusif, praktikal dan mampan.

Akhir sekali, pemerkasaan belia mesti dianggap sebagai pelaburan strategik negeri. Belia Sabah bukan kurang bakat, tetapi kurang peluang. Pembangunan modal insan perlu diperkasakan secara berterusan kerana belia adalah masa depan Sabah.

Autisme adalah soal kemanusiaan, perumahan soal maruah, digitalisasi soal keadilan dan belia soal masa depan.

Dengan penuh tanggungjawab, saya menyokong Belanjawan Sabah 2026 demi Sabah yang lebih inklusif dan maju.





Address

Inanam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Gagasan Rakyat Sabah - Bahagian N.17 Darau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share